Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, March 2, 2012

yang terbaik! (^^_)''

As salam ...

Aku cuba jadi seorang ibu terbaik buat anak-anak aku,si kakak sayang dan si kecit tomey ..
Kadang-kadang ada pendapat orang lain yang boleh kita gunapakai.. Aku tak nak jadi seorang ibu yang terlalu manjakan anak-anak dan aku jugak tak nak jadi seorang ibu yang ditakuti anak-anak. Macam mana aku nak selesaikan masalah aku kalau aku tak cuba cari jalan penyelesaian kan? Sebab tu lah,,aku buat entri khas arini..kalau ada yang xkeberatan aku nak mintak pendapat kawan-kawan blogger yang singgah-singgah kat blog aku ni..marilah kiter same-same berkongsi cara-cara mendidik anak dengan cara yang betul.

Dulu mase aku belum bersalinkan si kecit tomey,,si kakak sayang sangat lembut orangnya. Tak banyak raga. Pergi mana-mana pon semua orang pon akan cakap .. "baiknya budak ni.." Alhamdulillah~~ Masalah aku bermula bila lahirnya si kecit tomey.. Si kakak sayang,,jadi seorang anak yang sangat suka merajuk. Ada kawan-kawan yang kata mungkin si kakak berasa hati atau rasa kurang kasih sayang sejak ada adik. Tapi bagi aku layanan aku bagi sama je pada kakak dan juga adik. Kita manusia lemah,kadang-kadang tak perasan kesilapan sendiri. Mungkin betul kata kawan-kawan aku.. Si kakak sayang mungkin rasa kurang perhatian dari aku sejak ada adik dan aku terlepas pandang benda-benda macam ni.

Aku nak perbaiki kelemahan aku yang satu ni. Dan aku harap aku mampu lakukannya. Kelemahan aku adalah aku mudah menjadi panik.. contoh si kakak sayang dan si kecit tomey bergurau-gurau dan tiba-tiba si kecit tomey jatuh tersebam lalu luka berdarah bibir.. aku yang sedang sibuk didapur akan berlari ke tempat kejadian dan terus je akan marah si kakak sayang. Tapi masa tengah marah je aku akan bising-bising dan dalam masa 5-10minit macam tu aku akan kembali reda dan aku akan terus peluk si kakak sayang balik..tapi pada tu aku cuba untuk paksa si kakak sayang cakap maaf atas tujuan mengajar si kakak sayang meminta maaf jika membuat kesalahan..bukan dengan si kakak sayang je,dengan si kecit tomey pon aku ajar benda yang sama.. dan sambil menaip entri ni aku tersedar kesilapan aku adalah 'mulut bising'.. Disebabkan mulut bising aku lah si kakak sayang jadi macam fobia bila dia wat silap atau buat adik dia menangis. Bila si kecit menangis akibat berebut sesuatu atau melibatkan si kakak sayang,,si kakak sayang akan cepat-cepat tutup telinga dia seolah-olah xnak dengar aku marah-marah kat dia. Sejak aku perasan tingkahlaku si kakak tu lah aku cuba perbaiki kelemahan aku dan aku cari cara-cara yang paling betul untuk didik anak yang seusia dengan si kakak sayang. Aku jadi takut jika sebabkan kelemahan aku tue buat anak aku jadi takut atau fobia.

Aku cuba jadi ibu yang terbaik kerana setiap hari aku akan pastikan yang aku akan memeluk dan mencium anak-anak aku. Dan aku sangat berharap walau dorang sampai besar pon aku nak lakukan benda yang sama. Permasalahan aku sekarang,aku sangat risau bila anak aku macam takut dimarahi dengan menutup telinga.. tolong bantu aku kepada sesiapa yang memahami masalah aku. Sama-sama kita perbaiki diri masing-masing ke arah yang lebih baik..
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّن

Disini aku berkongsi sedikit tip panduan mendidik anak yang aku dapat dari seorang sahabat yang cuba membantu aku setelah aku meluahkan ketakutan aku dalam FB.
Terima kasih ros sebab sudi berkongsi dengan fifie tip ni dan fifie akan cuba amalkan.

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas..

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh dikawal.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. **Tapi antara kita segelintir je amalkan cara ni kot.. dari zaman dulu lagi orang suka piat telinga atau cubit dipeha..rupenye salah cara yang diamalkan selama ni.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) **aku cuba pastikan aku xterlupa memeluk dan mencium anak-anak aku setiap hari sebelum gi kerja. Dan aku sangat berharap sampai besar pon aku akan lakukannya. Biasanya waktu cuti bangun je pagi si kakak sayang dan si kecit tomey akan jalan kuar dari bilik mencari aku samada di dapur untuk memeluk aku sebelum duduk bertenggek depan tv.Alhamdulillah memang dari kecik aku dah amalkan pelukan ni.

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).**cara ni pon aku dah amalkan,,aku akan beri pujian,pelukan dan ciuman jika si kakak sayang atau si kecit tomey berjaya lakukan sesuatu kebaikan.Aku harap aku kekalkan benda ni untuk meningkatkan keyakinan anak-anak aku.

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah pernah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. **Ya Allah Ya Tuhanku..ampunilah hambamu yang lemah ini seandainya aku pernah mengeluh di dalam membesarkan anugerah Mu Ya Allah..sesungguhnya aku adalah diantara hamba-hambaMu yang sedang cuba perbaiki kesilapan yang lalu Ya Allah.. Berilah aku kekuatan agar aku berjaya memperbaiki segala kesilapanku..آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّن

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg drpd persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. (Jgn pernah bosan dalam berusaha mendidik anak2)

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

1 comment:

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


Post a Comment

**happy family**

**happy family**