Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, May 29, 2022

Hadiah 2022

 Assalammualaikum ;)

Kebahagiaan dalam berumahtangga bukanlah saat gemilangnya majlis perkahwinan. Tetapi saat setianya antara kamu dan pasangan bersusah bersenang bersama sehingga akhirnya.

Semoga antara kita semua dikurniakan keluarga bahagia harmoni kekal ke akhirnya. Begitu juge doa setiap kali usai solat. Berselisihan paham dalam berkeluarga itu adalah biasa tetapi dengan penyelesaian yang betul. Jangan baru dilanda masalah kecik gaduh ibarat tak boleh baik dah. Menyesal tak sudah nanti.

Makanya, ambil waktu dan muhasabah diri sendiri sebelum menjatuhkan hukum kepada pasangan. InshaAllah, ada jalan terbaik. Macam tu juge hubungan kami sejak mula kahwin sehingga sekarang. Syukur, masih kekal bersama disisi disamping lima orang anak yang Allah S.W.T amanahkan untuk kami berdua.

Cerita tentang hadiah bermakna tahun 2022

Tahun 2010,sis menerima tawaran bekerja dalam perkhidmatan awam yang memang ramai orang idamkan. Pangkat dan gaji tak penting masa tu. Asal nama nya kerajaan haaaa gittew. Sis antara salah sorang yang macam orang lain zaman tu. Gigih meneruskan misi mengisi segala jenis permohonan dan menghadirkan diri setiap kali terima panggilan temuduga. Sehingga usaha sis membuahkan hasil. Tahniah untuk diri sendiri yang tak pernah putus asa. Sebabnya manis tu sis sendiri rasa sekarang. 

Sis pon macam orang lain zaman tu. Zaman sekarang sis tak tau pendapat mereka yang kejar nak keje dalam awam. Kena tunggu antara mereka zaman ni cerita ye ;) Cita cita kami mase tu, confirm je dalam kerajaan nanti NAK BELI RUMAH

Ye weyh.. nak beli rumah weyh.

Sis suarakan niat sis pada mak mase zaman tu. Sis nak beli rumah tapi pendapat mak xselari dengan sis. Kata emak mase tu

"Buat ape nak beli rumah tambah hutang. Kan dah ade rumah."

Ye.. beruntungnya sis dan adik beradik yang lain. Kami daripada enam orang adik beradik,simpan sorang. Tinggal 5 adikberadik dah emak abah sediakan rumah sebiji setiap seorang dekat dengan emak abah. Mungkin mase tu emak pikir. Kalau sis beli rumah jauh dan sis akan pindah jauh dari dia. Sebab itu seboleh boleh dia menidakkan kemahuan sis nak beli rumah. Maka, sebagai anak yang taat setia kepada bonda tercinta. Sis turutkan.. Demi mu mak. Tengok le kengkawan mase tu isi form sign form pilih rumah pilih design. Wahhhh bahagia kalian ye hihi

Tiba tiba

Tahun 2020 sis cuba sekali lagi lepas nampak tawaran harga rumah murah kebetulan agent jualan kawan sis sendiri. Saje saje suarakan lagi hasrat depan mak.

Kalini pendapat mak lain weyh. Dia kate camni

Kalau beli tak duduk pon boleh buat rumah singgah singgah. Mana tau kite nak jenjalan sana nanti.

Makkkkkkk... selepas 10tahun mak oi. Orang lain dah nak abes hutang dah. Kita baru nak berhutang haha. Tapi takpe mak. Mungkin ade betulnye percaturan tu. Stabilkan dulu ekonomi bekeluarga baru pikirkan hal hal lain. Yes..

Lepas bincang tu bincang ni. Tanpa ketepikan keputusan pasangan setia sis. Kami decide beli rumah tersebut. Nun jauh disana. Mungkin telah ditetapkan olehNya. Dari mula sign purchase sampai siap tak pernah jejak kaki. Naseb baik jiran jiran baik wujudkan group whatsapp & telegram untuk orang orang jauh macam sis ni.

Sesekali dapatlah tengok perkembangan rumah dari mula pecah tanah sampai siap segalanya. Syukur dipermudah olehNya. Tahun 2021 tahun bermula sis membayar pinjaman perumahan. Mana mampu beli cash orang keje macam sis ni. Tapi hutang pon atleast sis bayar selagi berkhidmat. Kalau tak keje jangankan rumah, pasir nak buat simen pon belum tentu sis boleh beli. Jadi, syukur jeeee atas segala yang dah Dia tentukan. 

Sehinga sampai waktunya

28 Mei 2022

Kami diminta datang untuk penyerahan kunci rumah. Lain weyh rasa dia rumah orangtua bagi dengan hasil sendiri. Kecik kecik rumah tapi nikmat dia tu taktau nak cakap macam mana. Padahal tak pernah pon sampai kawasan rumah kami beli tu. Nak masuk ke taman tu agak jauh jugeee. Macam ke dalam ke dalam dan ke dalam. Tapi perasaan dia tu sikit pon takde rase macam tak best. Best sesajeee. Dan surprise sangat bila sampai sampai je. Terus rasa macam


Eh best kan rasa dia kat sini b. Tak rasa janggal pon padahal tak pernah sampai. Rasa macam kalau boleh nak lama je singgah atau senang cita kalau kena campak sini pon tak kisah. Sebab rasa dia memang best je.

Rupanya perasaan sis rasa masa tu. Sama dengan perasaan incik suami. Dia juga rasa benda sama. Katanya, selesa je kan. Tak rasa pelik pon kat sini.

Jadi maksudnya pilihan kami tak salah hihi. Allah permudah sangat urusan kami dari mula buat keputusan sehingga mula bayar dan dapat kunci. Alhamdulillah






Kami beli rumah semi-D kluster dekat Bandar Baru Setia Awan,Sitiawan Perak.

Jemputlah singgah kalau ke sana korang.. Siyes best weyh. Kami belum abes jalan lagi sebab masih belum ade masa sebab banyak bende kami kena settle ni. Tapi takpe. Rumah sendiri kan.. Dan plus best, bila ramai juge kengkawan sis juge beli rumah tempat yang sama. Eeeeeee seronok gile weyh. 

Dan sekarang boleh la bagitau seluruh alam

Kami dah ade rumah weyhhhhhhhhh....... 

**happy family**

**happy family**