Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, January 9, 2014

DOUBLE Stemcell ;)

Assalammualaikum ;)

Keajaiban kesihatan kembalikan keremajaan! Semuanya dengan izin Allah S.W.T dan kite sebagai hambanya berusaha dan bertawakkal lah. tapi apa yang paling penting ANDA CUBA ANDA TAU!!

HALAL DAN MENDAPAT KELULUSAN KKM JUGA COVER INSURANS RM 3 JUTA ;)

APA ITU DOUBLE stemcell?
DOUBLE stemcell merupakan kombinasi sel-sel tumbuhan dengan menggunakan teknologi Swiss - phytoCellTec Malus Domestica (Sel Stem Epal) dan PhytoCellTec Solar Vitis (Sel Stem Anggur),diperkaya dengan Acai Berry dan Blueberry untuk menyuburkan kulit anda dari dalam dan memberikan hasil yang ketara. DOUBLE stemcell ini akan mengaktifkan semula sel-sel pada seluruh tubuh badan agar sentiasa cergas dan bertenaga menjalani aktiviti harian. Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hingga warga emas. Baik lelaki mahupon wanita :)

KELEBIHAN PhytoCellTec Teknologi
Ini teknologi inovatif yang dibangunkan oleh Mibelle Biochemistry menawarkan kelebihan berikut :
  • Kemungkinan untuk memupuk sel-sel tumbuhan yang jarang dan terancam manakala menghormati alam sekitar.
  • Bahan tumbuhan ketersediaan bebas musim dan permintaan pasaran.
  • Loji bahan yang benar-benar bebas daripada pencemaran racun perosak dan alam sekitar.
  • Kepekatan Malar metabolit dalam sel stem.
ACAI BERRY
Dianggap sebagai 'beri kecantikan' dari Amazon,Acai adalah padat dengan sebatian yang membuat badan berasa dan kelihatan menakjubkan dari luar dan dalam. Ia padat dengan antosianin dan flavonoid yang membekalkan lebih banyak antioksidan berbanding kebanyakan buah beri. Ia mempunyai 5 kali antioksidan ginkgo dan 33 kali antioksidan wain merah. Bahkan ia bukan sahaja antioksidan,beri kecil ini juga padat dengan asid lemak omega.asid amino,mineral semulajadi serta Vitamin A B1 dan E.

BLUEBERRY
Buah Blueberry merupakan penjana Anti Pengoksidaan yang berkesan. Perubatan tradisional memberitahu kita bahawa Blueberry mempunyai sejarah yang lama dalam penggunaan untuk anti penuaan,kencing manis,keletihan mata,menentangkan serserviks/payudara,perlindungan sistem jantung,peningkatan selera makan,peningkatan daya ingatan,menyokong saluran darah,mengelak daripada jangkitan saluran air kencing dan juga pengurangan kolestrol dalam badan.


KEBAIKAN DOUBLE stemcell
  • Melambatkan penuaan
  • Meningkatkan fizikal dan tenaga
  • Pembaikan dan pertumbuhan semula sel-sel
  • Laraskan pH badan
  • Antioksidan
  • Memperbaiki uminti
dan juga menyelesaikan masalah lain (Dengan izin Allah)
  • Sukar tidur / X cukup tidur termasuk hitam sekeliling mata
  • Darah tinggi
  • Kencing manis
  • Inginkan zuriat
  • Fibroid
  • Masalah buah pinggang
  • Masalah batin
  • Luka luar dan dalam
  • Koma
  • Eczema
  • Batu karang
  • Gout
  • Awet Muda

InsyaAllah dengan usaha dan tawakal kita yakin dan mengambil DOUBLE stemcell secara konsisten segala jenis penyakit dapat dirawat. Dengan izin Allah semuanya adalah tidak mustahil.

Dengan DOUBLE stemcell satu produk satu family. Xperlu bermacam macam jenis vitamin / supplement untuk setiap peringkat umur dalam sebuah rumah. Ini kerana DOUBLE stemcell boleh dimakan semua peringkat umur. Sedap berkesan dan mudah!!

Perlukan consult percuma di kawasan bangi kajang putrajaya boleh hubungi pm msg wassap IRA 652698 (member ID) di talian 0182277895 ;)





 




ANDA CUBA ANDA TAU!!
SO..KALAU NAK TAU KEBERKESANANNYA ANDA PERLU MENCUBA ;)

Wednesday, January 8, 2014

Kenangan setahun yang lepas :)

Assalammualaikum ;)

Bakpe dlm opis aii rini rase sejuk semacam? dari pagi sampai dah dekat nak balik ni bape kali kuar masuk bilik air xtau! dah le air xdok.. adoiiiyai buat hal sungguh. Rini aii kije sengsorang. Partner emergency leave de kematian di kampung. Takziah sahabat :'( Sorang sorang pon sempat je aii nak menaipnyee punn!

Sebab dah lama sangat xberceloteh kat blog sendiri tetibe je rini rase mcm nak berkongsi kisah saat saat indah nak bersalinkan si bujang Aiden :) Dah lama dah nak kongsi tapi macam macam hal sampai hampir setahun blog ni bersawang cenggitu je. 

pic last amik sebelum cuti.. gomok tol!
27 Dec 2012 (8 malam)
Malam tu sepatutnye incik abam kena pergi genting attend satu event. Tapi hati ni berat sangat nk lepaskan kekasih hati pergi. Dah siap emsem emsem kat mata aii je bile incik abam tengok muncung aii yang panjang sedepa langsung dibuka kameja dan disidai atas buai sambil duduk sebelah aii. "b xjadi pergi"katenye..
Dan trus aii rase bersalah yg amat bersuara "gi lah bie.. lom mase kot" dalam ati dah melonjak lonjak arnab sebab incik abam de disisi. Tapi berjaya sembunyi dengan riak dan mimik muka kunun kunun sedih. "xpe syg..bie mmg xnak gi pon"jawab lagi si kekaksih hati. Yes!!! saya berjaya. Berhip hip hooray rumah mak macam biasa seperti selalu sampai jam 12mlm. Tiba waktu tidur angkat dua org puteri si kakak dan si kakngah bawak masuk kete. Rutin biasa setiap malam sebelum balik rumah kena pastikan dua orang puteri tu dah terlelap lena dalam kete baru leh balik. Pusinglah kami keliling taman sambil menidurkan dua orang puteri manja.. *Dan rutin berlanjutan sehingga lahirnye sibujang. alahaiiii anak! ni pengorbanan umi abi.
Aii yang mase tu sedang sarat dan sebenarnye belom sampai waktu pon sebab baru genap 36weeks pregnantkan si bujang xrase kelainan. Rase serupa mcm hari2 biasa.. Sampai rumah mata pon mintak rehat. tidurlah aii dan anak anak di atas tilam empuk yang incik abam bentang depan tibi.. 

28 Dec 2012 (2 pagi)
Sedang lena diulit mimpi tetibe aii terjaga dari tidur. Rasenye macam nak terkencing. Sebelum bangun kejut incik abam.. "bie..syg nk g toilet" Eh! pelik.. selalu nk ke toilet reti je pergi sendiri. Tetibe malam ni kemain manja siap kejut kekasih lagi. haha! lawak.. Ntah dengar ntahkan tidak incik abam sempat jawab "hurmmm.." Elok je berdiri tepi tilam rase macam de cecair ngalir celah kaki. Aikk! kencing ke aku? Berkata dalam hati. Sume jugak secara kebetulan. Xpernah malam malam sebelumnye tidur berkain batik,malam tu kain batik pakaian tidurku. haha! sambil menaip senyum sendiri kenang saat itu. Rase mcm nk putar balik waktu tu. Panik bila tetibe kuar air belum sempat ke bilik air trus kejut incik abam. Mengejut incik abam pon bangun dari tidur. Kami panik! siyes... Sebabnye selama beranak dah dua kali belom pernah merasa pecah ketuban. Dan kalini aii merasa juge akhirnye. Tapi bukan trus pecah. Air tu turun sikit sikit. Sekurang kurang klu org tnye aii de pengalaman juge.. Yg dua org puteri tu tande darah.. lite lite je darah kat semende. Yg bujang ni dia saje bagi panik umi dan abi.. memalam hari lak tu. Kakak kakak elok je siang siang hari. Macam macam peel! Trus incik abam suruh kol emak abah dtg umah pepagi tu jugak. Tujuan dtg suh jage kan kakak kakak yg sedang lena tidur. Ishhh.. Xsbr sbr kot nak suh aii beranak kan anak bujang dia. Trus2 nk bawak ke sepital. Sampai je emak dan abah trus emak pon suruh segera ke sepital. Takut baby lemas katenye. Ouhhhh! Apepon terima kasih sgt xterhingga kat emak abah aii yang sanggup gadaikan waktu tidur mereka sebab sudi dtg jagekan anak anak aii. Pukul 2pg kot!! besarnye pengorbanan emak dan abah :')

Siap siap tukar kain akibat lenjun dengan air masuk kete terus gegas ke sepital. Dalam kete sempat kot bertekak manja dengan incik abam. Disuruhnye aii beranak kat Hospital Kajang. Katenye sane ramai pakar. Aii lak nak jugak Hospital Serdang sebab mengharapkan kehadiran incik abam di saat aii sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat ketiganya. Nasib aii bijak berlakon. Nak ke sepital kajang kena tempuh sepital serdang dulu. Elok je dh dekat dengan simpang sepital serdang aii trus berlakon buat buat sakit. Padahal mase tu langsung xde rase ape pon. Ape lagi incik abam yg mmg senantiasa panik bertambah panik tgk aii kunun kunun teran nak terberanak. Trus masuk simpang sepital serdang. Yes lagi sekali!! 

Ehhh! Memang kalau pecah ketuban dulu xrase sakit erk? Sampai kat klinik pe yg kat sepital serdang tu? Yg dekat dengan trauma dan kecemasan tu. Utk org bersalin tu? Aii xingat. Aii sebut klinik je lah ye. Korang korang paham lah sendiri. Nurse tu check tekanan darah sambil tanye sebab ape dtg. Aii bgtau lah kuar air sikit sikit tapi xde rase sakit. Dtg sorg doktor check katenye masih 2cm. Hurrrmmmm bape lame nk tunggu? Tapi org kate klu dh anak ketiga keempat xlama. Skang 2cm pejam pejam celik dalam 2-3kali tetibe dah 10cm. Yeke? dari pukul 3pg tu aii disuruh baring je kat katil klinik tu.. orang xsakit disuruh baring! Makanya kehulu kehilir le aii jalan kunun nak bg cepat 'bukak' jalan. Incik abam setia menanti kat tempat menunggu dari 3am till 5am. Kesiannnn! tertidur tidur lah si kekasih sambil duduk menanti kelahiran si bujangnyeee.
Aii dengan rasa berat hati tapi sebabkan kesian incik abam suruh dia balik dulu. sekurang kurangnye leh lurus pinggang lelap mata barang sekejap. Nampak incik abam mcm berat nak tinggal tapi aii sedapkan ati dia.
"baby ni lambat lg nk kuar..dia tggu abi dtg balik kang"

Pergilah incik abam tgglkan aii ditemani baby yang masih setia didalam perut. Dan aii yg sememangnye dah penat sebab xlelap lelap dari jam 2pg td cuba rehatkan badan. Uihhhh letih ooo klu xtido. Kang nak meneran pule.

muka tension tggu katil!
kembangnyeee idun!hahaha.. See! muka saya yg letih..ohoiiii..

28 Dec 2012 (10 pagi)

Datang sorang doktor pelatih check aii sambil pegang perut dan mcm2 check lg yg aii pon dah ingat lupa. Katenye baru 3cm. OMG! lambatnye... Incik abam dah sampai sambung menunggu diruang menunggu. Pengorbanan abi mu nak! balik sekejap je tidur. Dtg balik meneruskan tugas menanti :)
Sedang sedap diulik doktor pelatih tersebut tetibe datang doktor pakar mungkin. Sebab dari gaya percakapan aii dengar dia seolah sedang memarahi doktor pelatih tersebut. 'Kesian'kata dalam aii dalam hati. Doktor pakar perempuan tersebut terus mengulit ulit perut aii dengan muka serius. Aii is berdebau di dalam dada. Tetibe.....

Doc : Puan... ape2 puan kena byk berdoa dan bersabar ye. Sebab dari pengukuran saya dan noted dr doktor kk puan rujuk anak puan mungkin de mslh.
Aii : masalah pe doc?
Doc : ukuran kaki anak puan seolah xsama. Kdg mslh ni boleh berlaku kerana sindromdown bla bla bla bla bla......
Aii : hurmmmmm (dalam ati dah sebak)
Doc : Tapi skang kami xboleh buat ape2 sbb puan cuma tggu masa nak bersalin. Confirm atau x cuma boleh tau lepas baby dah keluar nnt.
Aii : ok.. (hati dah menangis hiba)
Doktor : puan byk bersbr ye....

siyess! time tu aii sgt keliru. Sebab mase kandungan 28weeks aii dah siap wat 4D dengan sonographer terkenal Ms Jezlyn. Langsung xde kecacatan yg Ms Jezlyn detect. Semuanya ok.. Tp doktor pakar yg kunun nye power ni dah hancurkan hati aii dengan kata kata je. Sebab pe aii kate dia power? Sebab dia langsung xscan baby aii. Dia just pegang perut ukur pakai tgn dan tanpa jaga hati dan perasaan aii yang sedang menunggu saat saat nak bertarung nyawa je dan cuma melalui noted doktor kk je dia boleh detect baby aii CACAT. Sungguh mengguris hati saat tu. Mase doktor pakar ckp panjang berjela aii sket pon aii xpaham sbb dah sgt keliru aii sempat jeling pada muka doktor pelatih yg bg aii sangat lembut. Muka seolah simpati terhadap aii.. Bertambah sebak. Elok je doktor tu blah aii meluru g kat incik abam.
Lagi nampak muka incik abam,lagi bertambah sebak lah kan... Langsung xleh nak tahan tahan. Iyolah,,anak kan? 

Aii : B!!
Incik abam : Yer syg..
Aii : (Nangis siap sedu sedu..Xleh nk ckp)
Incik abam : Nape ni syg? Jgnlah cmni..
Aii : B..Td doc check. dia de sebut sindrom down lah ape lah.. Syg takut. (sambil ckp sedu sedu)
Incik abam : xmolah cmni. Doc tu slh tu.. Kan kite dh check 4D. Mn de pe. Ok je.
Aii : huhuhuhuhu (sambung nangis)
Incik abam : Dah lah.. syg g masuk. Tidur dulu. B tggu luar ni ye. Xmo pk bukan bukan.

Masuk klinik terus capai enset. Kol emak! Ape ape pon emak. Sambil tggu talian diangkat hati dah sebak. Menangis lagi!

Aii : emak........ huhuhu (menangis)
Emak : Nape?? 
Aii : Td doktor check. Dia kate kaki baby pendek. Sindrom down. Dia xscan pon. bla bla bla bla...
Emak : Xyah pikir sgt. Kite terima je ape pon rupe baby tu. Doktor tu silap tu. Jgn byk nangis. Ko nak bersalin dah. Kang susah nk meneran. Bwk tidur dulu.Rehat!
Aii : huhuhuhu....
Emak : baby tu cmne pon kite tetap syg dia. Dah ye..
Aii : hurmmmmm...(masih menangis)

Baringlah aii atas katil dengan hati bengkak dan kepala macam macam pikir. Bengkak dengan kata kata doktor yang langsung xreti nak jaga hati aii. Pikir segala macam bende yang akan berlaku. Tambah bengkak aii dari jam 2pg semalamnye tunggu wad xdpt. Doktor akan check aii balik kul 3ptg katenye.

28 Dec 2012 (3 ptg)

Sekali lagi aii diperiksa. Setelah berjam jam 'jalan' baru 5cm. " pukul 6ptg kalau xbukak jugak kite tolak je puan ke labour room ye puan"kata doktor.Alahai... tunggu lg. Tunggu baby sambil tunggu katil kosong di wad bersalin. ahaiiii.. Sakitnye! Incik abam setia mennati diluar. Kehulu kehilir lagi aii membawa perut. Makan diruang menunggu nasi yg incik abam tapau. Xde rasa sume disebabkan kata kata doktor pakar tersebut. Sambil tunggu incik abam cerita perangai anak anak di rumah yang sedang menanti kelahiran adik baru. Hilang sikit rasa gusar dihati. Incik abam memang pandai mengubat jiwa aii yang sedang lara. Sebab tu aii sayang lebih kat dia. Hehehe!

28 Dec 2012 (6 ptg)

Aii dah ditolak masuk kelabour room. Makin berdebar didalam hati, Dengan jelas dengar nama incik abam dipanggil masuk ke labour room menemani isteri bersalin. Berdualah kami didalam labour room. Elok le pulaknye.. Dari mula kuar air ketuban langsung aii xde rase sakit,masuk je labour room pinggang aii dah mula sakit sakit. Seolah sakit senggugut. Kate orang baby sedang cari jalan keluar.  Bergolek golek lah aii atas katil ditemani kekasih yg setia. Nampak gusar diwajah incik abam. Setiap kali aii menanggung sakit incik abam akan panik.. "nak b panggil nurse ke syg?" Aii yg sedang sakit seolah xmau diganggu tanpa sedar berkasar dgn incik abam "xyah lah..." Dipegang tangan aii yg sedang sakit. "janganlah pegang" diurut pinggang.. "xyahhhhh" Tapi dia tetap sabar, Terima kasih bie! Last skali mmg aii dah xtahan aii sendiri bersuara. "Bie..tlg panggilakan doktor.Syg nak teran dah ni" Hahaha! itu kelakar. Siap ckp dah nak teran. kahkahkah!!
Dtglah sorang nurse.Hanya seorang.. Muda. Tapi bagi aii dia mmg berpengalaman dan sgt meyakinkan dang menyenangkan. "Maaf encik..sy seorang je. Kalau xde mslh lain InsyaAllah sy boleh handle. Doktor cuma akan dtg jika ade mslh besar. dan kite kekurangan kakitangan. De yg mc dan cuti.Harap encik xkisah.."kate nurse kepada incik abam.
"Saya ok klu xde problem"jwb incik abam..

Nurse : ok puan..De rase nak meneran?
Aii : yerr...
Nurse : ok sy check kejap ye.. (Sambil menyeluk) hurmmm... dah boleh dah ni. ok teran ye puan.sy bantu.
Aii : UMMPHHHHHH.... (menggunakan segala kekuatan)
Nurse : ok sket lagi syg... Sikit lg. Ade rase nk teran?
Aii : xde.... (kepenatan)
Nurse : ok rehat kejap ye.Kang de rase nk teran,teran je terus..
Aii : Nak teran!
Nurse : ok teruskan..... Ha! sket lg.Kepala baby dah nampak.. Encik,meh tgk kepala baby. Dah nk keluar dah ni.
Incik abam : Xnk!! Xberani..
Nurse : mehlah... peluang ni. Sikit lg syg..
Aii : UMPHHHHHHHHH (Semakin bersemangat bile dengar kepala baby dah nampak)
Nurse : ok... ok... Sket lg nk kuar bahu. Iye syg! sket lagi..

Tepat jam 6.45ptg.....Plussshhhhh! Arghhhhh! Lega rasenye. Aii jeling pd wajah incik abam. Nampak wajah incik abam seolah sedih nak menangis. Terharu mungkin. Lepas dibersih baby terus diserah pada incik abam utk diazankan. Alhamdulillah keluar si bujang aii. Sambil mengazankan si bujang gugur jugak airmata si abi. Sedang nurse nak membalut tubuh si kecil,aii perasan xde pergerakan mahupon bunyi dari si kecil.Lantas laju mulut bertanya. "kenapa baby saya diam je nurse?" Diperiksa dada sikecil. "Saya kena bawak baby encik ke tempat oksigen ye encik.ape2 kang sy inform".Hati waktu tu xyah nak kate. Memang berdebar sgt. Tapi incik abam kate jgn risau. Xde ape. Baby kite kuat! Diusung aii bawak ke bilik air membersihkan diri. Sementara menunggu katil wad. Dari semalam menati sampai dah melahirkan pon belum dapat2 katil. Memang ramai nauu orang nak melahirkan. Orang masuk labour room bwk baju baby je. Aii segala bende ku angkut! Beg baby,beg mak baby,beg nasik,beg plastik,sokabor,sume lah! sebab xsempat masuk wad. angkut le sume. Sampai dah settle tukar baju pon aii masih rungsing sebab xde berita tentang si kecil. Incik abam intai sebalik pintu.. Masuk semula.. "makan lah syg. td mak de bekalkan nasik.Baby kite de kat luar tu. Bie dah tgk" Aishhhh incik abam nehh. Xkn le aii nk mkn kat labour room ni. Memang tgh lapar pon. Tapi lapar pon ilang selagi kenangkan anak yg baru lahir xsempat pegang xde kat sisi.

si bujang syg....

28 Dec 2012 (8mlm)

Masih menanti katil kosong di dalam labour room juga masih menanti berita si kecil. Sempat aii kol abah yg mmg sedang menanti berita dirumah.

Aii : Hello.. assalammualaikum bah. Dah selamat ptg td. Baby boy.
Abah : Alhamdulillah.. (bunyi sore sgt happy.Sambil bgtau sume kat umah)
Aii : Tapi baby xde kat kami. Nurse letak baby kat bekas oksigen tu.
Abah : hurmm xpelah.,rehat dulu. Esok kami dtg.

Dah selesai bersalin baru terasa lapar agaknye incik abam. Dari pagi xmkn mungkin. 

Incik abam : Bie lapar lah syg.
Aii : G lah makan dulu.
Incik abam : abes syg?
Aii : xpe..syg tggu sini.Klu dpt katil kang syg kol bie.
Incik abam : Jap..b ckp ngan nurse kt luar.

Incik abam : Nurse..lmbt lg ke? Sy nk g mkn jap boleh?
Nurse : boleh..tp jgn lama ye. xde sape temankan isteri encik.
Incik abam : ok.

keluarlah incik abam mencari makan dan aii setia menanti si kecil. Tapi didalam pikiran usah kate lah. Bermacam macam bermain difikiran tapi cepat cepat aii buang jauh. 

28 Dec 2012 (10 mlm)

Incik abam pon dah selesai makan..setia disisi :) Datang nurse.Tapi bukan nurse yg sambut baby ptg td. Dah abes shift barangkali. "Okey encik ye.. katil wad dah de. Tapi bilik transit ye. Wad penuh skang"
"boleh lah nurse. Dari semlm tggu katil sbnrnye.. Anak kami cmne nurse?" kata incik abam.
"ouhh ye..ok dah. kejap lagi sy bg baby ye. Tapi kena tggu doktor dtg periksa isteri encik dan baby ye.."

Sampai je baby kat aii dan incik abam kami terus pelok cium baby. Syukur Ya Allah!! Comel sgt si kecil. Tapi aii tetap terngiang ngiang kate doktor pakar petang td. Terus aii suruh incik abam bukak balutan kain baby. Nak tengok kaki dan seluruh badan si kecil. Ok je! Tang mana yg pendek nye? Hurmmm Xpe. Kite tggu doktor dtg periksa. Bergilir gilir aii dan incik abam dukung si bujang. Muka sebijik mcm abi. Dengan lekuk idungnye. Cute! Mengadap lah aii dan incik abam pd si kecil yg baru lahir tu. Indah saat tu. Teringin ulang balik ;)

manja abi ;)
29 Dec 2012 (1 pg)

Dtg sorang doktor. Bukan doktor yg dah hancurkan hati aii juga bukan doktor pelatih yang simpati pd aii. Doktor shift utk hari tersbut mungkin. Diperiksa sikecil. Laju soalan keluar dari bibir aii.

Aii : anak sy ok doc?
Doc : kenapa?
Aii : doktor petang td kate anak sy de problem. Kaki pendek.
Doc : (sambil pegang kaki baby) Ok je puan.Xde mslh pe pon.
Aii : syukur...

Alhamdulillah Ya Allah.. Lega rase hati dengar kata kata doktor tersebut. Hilang segala gusar. Hilang jugak rase sakit melahirkan. Kalau tidak macam macam rasa de. Setelah selesai diperiksa akhirnya aii dan baby ditolak naik ke wad. Setelah berharian dan berjam kami menanti katil. Adoiiyaiiii! Dapat pon bilik transit. Oklah kan dari berjam jam dalam labour room. Esoknye datang seluruh kaum kuarge aii nak tgk waris aii. Baby boy yang mmg kami tunggu tunggu. Muhammad Aiden Azizulhaziq ;)

Syukur Ya Allah di atas kurniaan Mu Ya Allah..Aku bersyukur diberi peluang merasai nikmatnye mengandungkan dan melahirkan.Dan esoknye aii dah boleh discharge. Yeahhh!! boleh bwk baby balik. Gomol2 kat umah. Tu setahun yang lepas. Sambil menaip ni dh bayang baby ke 4. Ohoiiiii!!!
skang dah besar emsem..
and last me :)






Monday, January 6, 2014

i'm back!!

Assalammualaikum ;)

perghhhhhh lama rase menyepi.. dari cuti berpantang terus smpai la ni. Konon nak tunjuk pic bujang dari kecit ke besar trus-trus tunjuk dah besar je.. Busy sgt! busy dgn anak kecik.. Busy dgn bisnes "kecik".
Sume pon busy.. Harap2 lepas ni dah xbusy.

Bujang dah besar.. Kakngah dah besar.. Kakak lagilah dah besar.. Kakak dah enam tahun ;)
Xnangis pon g skolah.. excited sgt nk g skolah. Dah lama cuti. Tambah pulak tahun lepas dah skolah tu yg langsung xde rase takut.. Sekejapan je kakak dah hampir nk jadi anak dara. Seram sejuk je bile sebut perkataan anak dara. Hurmmm..mudah mudahan anak anak umi semua cukup didikan dan tau membezakan mana yang baik mana yang buruk :)

Kakngah pon dah besar! Perrrrrrrrrrrrr..... haha! tu le trademark kakngah bila kita kate dia dh besar. Org dah besar je pandai buat bunyi PEEERRRRRRRRR!! niat ati kunun nak sekolahkan dia sama dengan kakak. tapi nani xbagi. Kate nani kakngah baru 4tahun. nnt skolah lama lama dia boring. Tapi sebenarnye umi tau nani boring kalau kakngah xde sbb kakngah kawan gaduh nani. Nak gaduh dengan bujang.. blom mase lagi. 

Bujang baru je selamat potong kek 1tahun. Alhamdulillah anak bujang umi dah setahun. Sekejap je rase. Macam semalam baru umi berhempas pulas dalam labour room nk keluarkan si bujang. Duk mengepit je kejenye. Ade je kepandaian setiap hari.. Lambat jalan serupa kakak kakak dia jugak. Dah genap setahun baru belajar2 merangkak. Kawan2 sume dah jauh berlari dia baru nak merangkak tapi kadang cuba berlagak hero. Memanjat meniti tepi sofa lepas lepas tangan konon dah pandai berjalan. hahaha! macam macam.. ;)

Umi dan abi dah menginjak usia. Bertambah anak rase usia pon semakin tua. Apepon alhamdulillah sebab masih diberi pinjam nafas untuk meneruskan hidup diberi peluang menjaga sendiri anak anak. Syukur alhamdulillah :')

oklah dulu. sbnrnye saje je warm up menaip sebab lama sgt xde entri baru.. bersawang sudah! lepas ni umi mesti akan rajin dan terus rajin dan terpaksa rajin..semoga jumpa lagi!

Eh eh lupe lak. masih sempat nehh. 
Selamat menempuh tahun 2014... **sebenarnye banyak bende lg nk celoteh.

**happy family**

**happy family**