Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 18, 2012

Berubah demi anak anak =)

As salam ...

Sedang cuba memperbaiki kekurangan diri masing masing dan di sambil mempelajari teknik teknik menjadi seorang usahawan yang berjaya demi anak anak dan emak abah juga ma abah.

Semoga dengan restu ke empat empat orang tua kami dan juga dengan keizinanNya berserta usaha kami yang benar benar nak merubah kehidupan ..,segala niat kami kekal di jln yang lurus dan xakan terpesong.

Berharap agar apa yang kami lakukan mendapat hasil yang lumayan. =)


berusaha berubah demi orang orang yang tersayang... pabila berasa letih kedua puteri inilah pembakar semangat aku dan mr.huB..

Sabar ye sayang..umi dan abi terpaksa bersusah susah sekarang untuk kita mengecapi kesenangan.. =)

Monday, April 16, 2012

As salam ...

saje saje tumpang lalu dari x ber 'update'
rse lame je x update..

si kecit tomey umi

si kecit tomey with umi

si kakak sayang umi

**eh kak..mn kaki satu lg?**

Sunday, April 8, 2012

Gembirakan hati si kecil dengan mainan kami! =)

As salam ...

Promosi sedang giat dilakukan xkire di acc FB sendiri mahupon acc Letting Go(Pre Loved) juga blog kesayangan hamba.. =)
Maaf sekiranya ada yang xsuke tapi ni dah jadi sebahagian kerja saya..hihihi

Kepada sesiapa yang berminat nak membeli items2 seperti dalam gambar boleh lah terus email kepada naj_may@yahoo.com atau terus comment pada gambar di akaun FB Letting Go (Pre Loved) atau terus sms/kol aku di talian 017-2504286(fifie)...
TERMA&SYARAT....

1) Restricted to serious buyer only.No back out buyers!

2) Harga yg ditawarkan tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan....

3) Items yg dijual 'are-non returnable / refundable @ exch angedable.'

4) Saya tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan @ kerosakan yg berlaku selepas penghantaran dilakukan.


***mekaseh!! HAPPY SHOPPING.. ('',)




DRUM SET (BLUE/PINK)

1pc RM 85.00
INCLUDING POSTAGE



ELECTRIC GUITAR

1pc RM 80.00
INCLUDING POSTAGE

*FLASHING LIGHT
*EXCITING RYTHM
*6 GUITAR KEYS
*6 DEMO SONGS



MY DREAMS HOUSE

*EASY TO CARRY
37.5cm x 27.5cm

RM 75.00/pc
INCLUDING POSTAGE


KITCHEN LUGGAGE SET

1pc RM99 +
RM15 postage


KITCHEN MINI SET

RM95.00/set
INCLUDING POSTAGE



APPLE IPADS KIDS

RM30.00/pc
INCLUDING POSTAGE

*LETTER
*WORD
*SPELLING
*SONG
* SIZE 18 x 24 x 1.5CM
* USE BATT 3 X 1.5AA

*DWIBAHASA CHINESE & ENGLISH


Y-PAD

RM 43.00/pc
INCLUDING POSTAGE

*1-10 number(keys piano)
*A-Z(26 letters word)
*WORD (6 special word and different sound)
*MODE(4 quiz mode)
*VOLUME(turn up/turn down the voice)
*DEMO(2 different song)
*Voice & light switch
*Battery 3x1.5V "AA"



ANGELO IPAD (BLUE)

RM50
Postage RM8

FUNCTIONS :
* 40 FUN EDUCATIONAL ACTIVITIES
* LARGE LCD SCREEN WITH VIVID ANIMATIONS INSIDE
* FULL KEYBOARDS : ALPHABET, NUMBER & FUNCTIONS KEY

* COLOURS : BLUE BLACK & WHITE PINK
* LANGUAGE : ENGLISH
* SIZE : 240 x 180 x 12MM

♥ ALPHABET
♥ GAME
♥ MUSIC
♥ CLOCK
♥ CONTRAST+/-
♥ ENTER
♥ LEVEL
♥ REPEAT
♥ ANSWER

40 FUNCTIONS:

1) LETTERS
2) LETTER STOKES
3) FIND THE LETTERS
4) WORDS
5) SPELLING
6) FIRST LETTERS
7) WHAT'S MISSING
8) FIND WORD
9) FLASH WORD
10) NUMBERS
11) NUMBER OF SPELLING
12) NUMBER OF STROKES
13) COUNT OUT
14) COMPARISON
15) ADDITION
16) SUBSTRACTION
17) MULTIPLICATION
18) DIVISION
19) ASCENDING ORDER
20) MUSIC BOX
21) NOTS
22) MUSIC NOT
23) FOLLOW ME
24) MEMORY CHALLENGE
25) PATCH MATCH
26) HOW MUCH
27) CLOCK
28) HUNTING PLANES
29) GREEDY SNAKE
30) TYPING GAME
31) RACING CAR
32) DROPPING HEART
33) GO HOME
34) TETRIS
35) PAINTING
36) WHACK IT
37) MENDING
38) HIDE & SEEK
39) FIRING
40) MAZE

Saturday, April 7, 2012

Alahmdulillah =)

As salam ...

Syukur di atas rezeki yang telah Engkau berikan pada aku dan keluarga..
Walaupon xsemewah sampai boleh tidur berbantalkan duit sekurang kurangnya aku bersyukur sebab diberi peluang merasa rezeki yang telah Engkau berikan pada kami ini. Alhamdulillah!
Mungkin ini adalah pintu peluang untuk aku meraih lebih lagi dari yang ada ni. Aku bersyukur diberi peluang ini.. =)

berapa lama aku xberbicara dan bercerita di dalam blog yang saje saje aku cipta untuk meluahkan dan berkongsi cerita..Sebenarnya ada perkara yang buatkan aku jadi terlupa seketika nak bercerita dengan kamu kamu semua!

Sejak 2-3minggu yang lepas mungkin,, aku mula sibuk dengan jualan online yang aku sendiri xsangka boleh mendapat sambutan. Dan arini aku rase nak berkongsi dengan kamu kamu semua. Korang korang pernah dengar jualan online Prelove/Bundle? Mesti pernah kan?
Sekarang ni semua pon dihujung jari.. =)
Aku selalu jumpe FB orang lain yang menjual bermacam benda secara online..samada barang baru! barang terpakai! dan juga barang seperti baru tapi nak letgo dengan harga murah.. Selama ni aku pon pernah cakap gak..baju baju terpakai mcm bundle & prelove de ke orang nak beli?
Dan sekarang aku sendiri dah menjadi owner kepada acc FB yang bernama Letting Go (Pre Loved)..puncanya ada kejadian 2-3minggu lepas. Aku sangat tension sebab rumah aku dipenuhi semut semut yang sangat banyak. Aku pelik! Walaupon dah mop berulangkali tetap ada semut. Aku ikut dari mana datangnya semut semut sekalian.. rupe rupenye semut semut tu dah buat sarang dalam kotak kotak baju yang dah aku tape elok elok.. Bengan btol! punya lah baik aku simpan baju baju anak dari si kakak sayang hingga si kecit tomey. mana yang xboleh pakai tapi like new aku letak dlm satu kotak.. mana yang xboleh pakai tp masih elok dan cantik utk buat basahan aku simapn elok dlm kotak yang lain.. alih alih dtg si semut semut tu abis di buatnya sarang dalam kotak kotak yang dah aku tape tue. Ape lagi? Bermulalah aktiviti mengemas,menggeledah,membongkah,membasuh dan macam macam MEM lagi lah. Sambil sambil mengemas tue otak aku ligat berpikir. Apa aku nak buat dengan baju baju yang sangat banyak nie.? Tetiba! aku teringat mengenai bundle&prelove yang selalu aku jenguk jenguk kat FB orang lain. Tergerak hati nak mencuba jugak. Kenapa x aku bg je baju baju tue pada orang lain?

Sebabnya dah sangat banyak kali emak aku terkena! Emak aku jugak sangat suke simpan baju baju lama yang dah xberpakai dalam kotak elok elok. Konon konon nya kalau ada orang susah emak nak sangat sedekah pada dorang. Tapi aku rasa orang sekarang dah xperlukan bantuan pakaian kot! kalau bagi duit dorang terima kot! tapi kalau bagi baju dorang slumber je buat kain lap..kite ni punye lah sayang smpai kotak siap tape baju baju tu elok elok. sampai je kat tangan orang..sedih tengok keadaan baju. ade yang main pakai buang je. Dapat memula pakai lah sekali dua pastu tau tau dah jadi balut nangka belakang umah dah. padahal baju tu masih cantik dan boleh digunakan buat baju jalan. Kata emak,bagus jugak aku ade idea macam tu. Kalau orang yang membeli walaupon harga tu hanyalah RM1 tapi pasti orang tu akan jaga dengan elok sebab dia beli pakai duit. Bukan pakai daun.. =)

Aku bukanlah menjual prelove baju baju anak aku tu sebab duit sebenarnya. kalau sebab duit dah tentu tentu aku letak harga tinggi. sebab preloved ni kan lebih elok dari bundle. Tapi aku saja saja nak berkongsi dengan orang lain. Dengan cara ni aku harap aku leh tambah pahala dengan cara xlangsung. Yelah,,bile orang berpuas hati dengan apa yang aku bagi maknanya aku berjaya menggembirakan mereka. aku sangat suka bile sampai je baju baju yang aku pos pada customer dorang bagi feedback yang positif.."Thanks fifie..baju cantik sangat!lenkali ade baju like new lagi tag lah akak" ..Kalau ada yang bagi feedback negatif aku akan cuba untuk xmelatah. Mungkin ada yang aku terlepas pandang dan aku jadikan teguran tue sebagai nasihat. "Baju agak berbulu sikit lah yang!kate preloved so preloved kena lebih elok dari bundle!"

itu mase permulaan aku menceburi dunia jualan online. Dan kini aku lebih berhati hati! aku akan pastikan customer berpuas hati dengan apa yang aku bagi. Sejak kejadian tu hingga ke hari ini aku dapat feedback yang positif dari customer..tQ semua! dan sebab teguran tu jugak aku akan pastikan aku akan bagitau dengan cara caption kan pada baju baju apa yang xkena. seperti baju agak berbulu ke.. baju pudar warna ke.. baju butang tercabut ke.. baju getah kembang ke..
Aku xharap sangat aku dapat balik modal bagi baju baju yang aku jual sbb macam aku cakap. aku harap dengan cara ni aku boleh tambah pahala dengan cara xlangsung dan jugak menambah kenalan dari serata negeri. pada yang hanya mampu beli baju aku dengan harga RM1 pon aku akan cuba bertolak ansur. Kebanyakan yang dah aku jual aku rase banyak yang dapat diskaun dari aku mase pembukaan Letting Go (Pre Loved) sebab mase tu aku xtau langsung tentang harga harga pos laju,pos register dan macam cara nak pos ni. sebab sebelum ni memang aku xpernah mengepos barang.. xde aku kire bape berat baju semua pon aku charges sama aje. alih alih sampai pejabat pos nah ko! RM15 bagi baju baju yang terlebih berat sebab ade customer yang order sekali banyak. bayangkan hanya RM40 utk lebihkurang 15items tolak duit pos RM15 berapa benar harga baju yang aku bagi? hahaha.. sebab tu aku harap aku boleh dapat tambah pahala sikit dengan cara ni..amin! dan yang terlebih tue aku anggap sebagai sedekah kepada mereka. sebab tue bile ade terkurang tu aku mintak maaf sangat sangat dengan customer awal awal sebab aku xnak ada customer yang marah dan hanya sekali jenguk je Letting Go (Pre Loved) . Aku nak customer yang dah pernah membeli akan terus setia dan terus membeli dengan aku.. =)
Selain dari tu aku jugak mengalu alukan kawan kawan yang mengenali aku kalau kalau nak menumpang menjual preloved anak anak dalam Letting Go (Pre Loved) . Sejak wujudnya Letting Go (Pre Loved) ada jugak kawan kawan yang dah mencuba nasib..dan alhamdulillah semuanya pon dah clear..

dan lagi sekali aku bersyukur sebab ada insan yang sudi berkongsi kesenangan dia dengan orang lain. Insan mulia nie dah berjaya dan dia menjemput sesiapa menjadi agent dibawah nya untuk mempromosikan barang barang jualannya. Tanpa modal! Ada lagi ke manusia semulia dia?
kepada semua diuar uarkan berita tue dan ramai mencuba nasib. Dia hanya memilih 20 orang dari setiap negeri mungkin menjadi agent nya tanpa modal dan aku yang hanya mencuba nasib dengan menghantar email menjadi di antara 20 orang yang terpilih. =)

Aku terima quotation mengenai harga barang yang aku perlu jual dan commisen yang boleh aku dapat dari setiap barang yang aku jual. Terima kasih pada dia kerana sudi berkongsi kesenangan bersama kami walau tanpa seposen modal pon. tQ sangat sangat! Semoga rezeki buat mu dan kami akan murah..amin!amin! Ya rabbal alamin..

Semoga dengan usaha yang sedang aku buat ini bertambah tambah lah rezeki buat kami sekeluarga..bagi aku xpelah xkaya sangat pon tapi cukuplah buat aku dan anak anak juga mr.huB boleh berbahagia dengan apa yang ada. =)

nota kaki : lepas ni blog ni akan jadi tempat aku menjaja barang jualan aku jugak ye disamping berkongsi cerita dengan kalian..harap jangan bosan! =)

Wednesday, April 4, 2012

Mengantuk & Terhantuk =)

As salam ...

Sebelum ni cerita KETEGURAN KELINTASAN.. dan skang nak cerita Mengantuk dan Terhantuk.
Si kakak sayang ,,alhamdulillah lah xde berulang lagi sakit kepala sejak kami bawak dia berubat hari tu dan aku harap harap si kakak sayang akan terus sihat senantiasa. =)

Sejak baik dari sakit hari tu,si kakak sayang sangat sangat lah mudah merajuk dan banyak sangat cakapnya. Ada je soalan soalan yang nak ditanya.Dan soalan soalan yang ditanya pulak soalan yang aku sendiri xjangka keluar dari mulut anak kecik aku yang baru berumur 4tahun dan belum bersekolah.
teringat satu oetang tengah tunggu mr.huB balik dari keje aku ngan anak anak melepak depan tv. tetibe....
"umi..mengantuk tu apa?"

"mengantuk tu nak tido...mcm ni huAAAAaaaaaaa ngantuknya!"
(sambil buat buat menguap)

"ouhh..mengantuk nak tido..terhantuk plak umi?"

"terhantuk tu mcm ni...kepala wawa dgn kepala umi terantuk"
(sambil laga kepala dengan si kakak sayang)

"ouh mengantuk..terantuk...."

"kalau ATOK plak kak?"

''atok kat umah nani"
(sambil gelak besar)

Lega hati aku bila tengok si kakak sayang dah boleh gelak gelak macam tu.xde lagi menanggung sakit. Tapi dari soalan soalan dia aku jadi cam terkejut.. Mana anak aku leh terpikir plak dua perkataan yang hampir sama tu dan tibe tibe plak tanya aku maksud kedua dua perkataan tu. Pelik! sebab budak umur 4tahun bagi aku soalan tu. Si kakak sayang plak belum pernah aku hantar mana-mana preschool/playschool pon..tp care pemikiran dia sangat matang.

Sejak baik dari sakit ari tu..si kakak sayang mudah sangat merajuk tapi sangat mudah dipujuk. klu dia tengah merajuk tu aku buat muka sedih sikit mesti di datang terus peluk aku dan cakap..

"umi
..kakak mintak maaf ye umi.kakak xnk wat umi marah lagi.kakak sayang umi sangat!"

serius kalau dia pujuk macam tu..aku rase nak nanges sangat sangat.. pandainya kamu bercakap sayang.. betul ke umur kakak skang ni 4tahun? umi macam xpercaya yang bercakap dengan umi ni seorang budak berusia 4tahun..

ade insiden jadi kat bowling Alamanda..sejak baik sakit ni,,seboleh-bolehnya..apa yg si kakak sayang nak aku cuba turuti.. Berapa malam berturut turut aku dan mr.huB juga emak bawak si kakak sayang main bowling. Tengah best best tetibe mamat yang men bowling lane sebelah bersin dengan sekuat hati. Si kakak sayang yang nak baling bola terus letak bola pastu lari ke arah sebab nak berbisik..

"umi..terkejut kakak dengar orang sebelah ni bersin td"


aku terus macam WOW...! anak aku pandai cakap cover cover seyh! macam dah besar sangat perangai ko nak.. cepatnya mase berlalu..terbau bau lagi bau baby di badanmu..dan terdengar dengar lagi suara tangisan abi mu di labour room di saat melihat kau keluar kedunia.. dan skang kamu dah besar menjadi anak dara yang sangat baik.. =)

Tuesday, April 3, 2012

keteguran -------- kelintasan

As salam ...

Apa keteguran? Apa kelintasan?
Ape yang aku nak kongsi arini adalah berkaitan dengan dunia lain dari dunia kita.. Korang percaya ke dengan makhluk halus? Bagi aku kita di dunia hanya menumpang nikmat Allah S.W.T .. begitu jugak dengan makhluk makhluk lain.. Mungkin ada benda yang kita boleh pandang dengan mata kasar dan ada benda yang kita xboleh tengok guna mata kasar kita. =)

Percaya 100% tu idak ler.. sebab kita ni hamba Allah kena percaya setiap yang berlaku adalah kerja Nya. Maka setiap ujian yang datang adalah mungkin boleh jadi hikmah disebaliknya atau juga boleh jadi mungkin peringatan untuk kita. Aku terima setiap ujian Mu Ya Allah..

Sebelum ni aku ade cerita hal si kakak sayang mengadu sakit kepala sejak beberapa hari yang lepas. Sejak dari si kakak sayang mengadu sakit kepala tu hati aku xsenang nak buat itu ini. Nak gi kerja pon jiwa aku meronta ronta mintak balik.. setiap minit setiap saat nak kol emak tanya perkembangan si kakak sayang. Sebagai ibu aku xsanggup tengok anak yang aku sayang menangis menanggung sakit .. seriously, sakit yang si kakak sayang tanggung sebab sakit kepala tu seperti aku sendiri xdpt tahan. Dia menangis tersedu sedu sambil mengomel sakit..sakit...! urat kepala yang biru tue sampai timbul..kata doktor itu adalah disebabkan sakit terlampau yang ditanggung oleh pesakit. Ouhh anak! ummi tau kamu kuat!

Aku dan mr.huB yang xsanggup tengok penderitaan si kakak syg terus bawak si kakak sayang ke unit kecemasan Hospital Putrajaya.. Agaknya kes si kakak sayang agak pelik. Budak berusia 4tahun sakit kepala tanpa sebab. Xde sebab yang aku boleh kaitkan.. Si kakak sayang sihat seperti biasa..xde demam! xde jatuh! Sampai sampai kat unit kecemasan cepat je nama si kakak sayang dipanggil. Macam macam ujian dilakukan. Amik sampel darah. Amik sampel air kencing. Buat x-ray.

Kata doktor dalam air kencing dan darah terdapat infection sikit. tapi x-ray doktor xkate ape.. So,aku pikir xde benda serius lah. yelah!doktor kan lebih arif. kalau ade benda xkena mesti doktor dah bgtau aku sebab aku dan mr.huB adalah emak dan ayah dan kami berhak tau sekiranya ada apa apa yang xkena dengan anak aku. Alhamdulillah,,kami dibenarkan balik dengan antibiotik oleh doktor tapi dengan pesanan..sekiranya masih sakit aku kena bawak anak aku datang balik sebab doktor tu ada kata macam mana pon saya nak cari jugak sebab anak awak sakit kepala. Takut aku dengar penjelasan doktor tu. Mula terbayang macam macam! Ya Allah mintak jauh segala penyakit dari kami sekeluarga..

Balik umah tue si kakak sayang tidur elok hingga ke pagi aku hantar rumah emak. Aku pon senang hati sikit pergi kerja sebab pagi tu si kakak sayang kata dah xsakit kepala.Lebih kurang pukul 2petang,aku telefon emak tanya perkembangan si kakak sayang. Bergoncang dada bila tiba tiba emak menangis dalam telefon suruh balik mintak aku bawak anak aku gi berubat.

"balik lah teh..xsanggup emak tengok kakak menangis mcm tu"

Aku pon berkemas kemas terus balik.. menangis lah aku dalam kereta mintak Allah kurangkan sakit si anak. Dah berapa ari tu memang aku terasa sayu je tengok si kakak sayang. Emak kata selalunya kalau demam pon dia mesti gagah jugak nak bangun main. Tapi kali ni memang dia baring je. Xdaya mungkin! Balik je rumah aku tengok si kakak sayang terbaring menangis kat sisi emak. Emak pulak menangis melihat cucu yang dia bela dari kecik menanggung sakit. Terus kol mr.huB suh balik jugak.

Ikut hati aku nak bawak je si kakak sayang gi hospital balik tapi emak kata kita cuba cara lain dulu. Aku ada kenal sorang nenek ni. Dia lah yang mengurut aku ketika pantang bersalin. Bukan time berpantang je,,bila bila rasa nak mengurut dia lah yang aku dan emak cari. Nenek ni bukan bomoh. Dia ada kelebihan yang Allah bagi.. boleh mengurut dan mengubati mungkin. Dari penglihatan aku nenek ni mengubat orang bukanlah macam bomoh bomoh yang selalu aku tengok kat tv tue. Yang guna kemenyan bagai,kain kuning lah,limau purut le,dan macam keperluan lain. Dia cuma tanya nama penuh si pesakit. Sebab tu aku kata dia bukan bomoh.
sebab selalu tgk tv bomoh bomoh ni seram..nenek ni xseram kot!

Nenek tu urut sikit belakang badan si kakak sayang.. katanya si kakak sayang ni terkena lintasan. Macam ada pelanggaran antara dia dan makhluk halus tue. Mungkin si kakak sayang tengah main main lepas tu si anak makhluk halus ni pon tengah berlari lari dan berlanggar. Walallah hu alam.. =)
Langgar sebelah sebab tu dia sakit sebelah..nenek tu urut belakang badan dia sebab nampak macam bengkak sikit. Mulalah cerita cerita tentang benda ni aku dengar dari cerita emak dan nenek. Dorang kata kalau keteguran ni lain..kalau kelintasan ni lain..Yang tu aku xpaham. Ada orang yang kena lintasan ni sampai herot berot badan. senget benget muka.. yang itu kelintasan. Keteguran ni besenye "benda" tu cuma tegur je! ntah ler bedah... =)

Alhamdulillah si kakak sayang memang rasi atau kata lain sesuai dengan nenek tu. Lepas je berubat dengan nenek tu si kakak sayang sihat seperti biasa. Xdelah menangis menanggung sakit lagi. Dari kecik pon si kakak sayang memang serasi dengan nenek ni. Pernah mase umur si kakak sayang 6bulan lebihkurang aku sekeluarga pergi kelantan. Ondaway perjalanan Pregio Van yang kami naik breakdown kat jalan gelap yang orang sane panggil bukit putus..
Bertolak malam konon sejuk sekali stuck tengah hutan gigil lutut semua! Si kakak sayang xmeragam mase tu..sampai pukul 4pagi jugak bertapa tengah hutan tunggu abang aku dari Machang datang amik. Balik dari kelantan tu si kakak sayang jadi takut dengan semua orang. nak melekap kat ummi je! dengan abi pon xnak.. tengok orang macam takut..menangis plak kuat sangat. Terus emak ajak jumpe nenek tu..dan alhamdulillah ok jugak..kata nenek tu ade benda ikut dia dari sana. Wallah hu alam =) Sebab tu aku kate dia rasi dengan nenek tue kalau berkaitan halus halus ni.

Bersyukur sangat dengan keadaan si kakak sayang skang ni. Dia dah xmenangis sakit lagi macam hari tu. Dah boleh main main macam biasa. Makan pon mahu je semua! Alhamdulillah sangat. Emak kata kami kena pergi lagi rumah nenek tu bawakkan makanan/apa apa hadiah untk dia tanda terima kasih. Kita hanya mencuba Allah S.W.T juga yang menentukan. Bukan bertujuan menyekutukan Pencipta..sebab makhlus halus itu wujud .

Kepada readers / silent readers mintak jasa baik kamu doakan yang terbaik untuk aku sekelurga terutama anak anak aku. Sebagai ibu xsanggup rasenya melihat anak sakit bukan.?kalau boleh diganti biarlah nyawa jadi galang gantinya. =)

Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang
dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat
oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib
Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang
sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api
iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya.

Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal
yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah
s.w.t.
Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:


Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka
yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang
mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami
anugerahkan kepada mereka.

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan
tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia
yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta
makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya
begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda
keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak
nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan
manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat
menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana
dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan
diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang
yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan
Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta
rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

**happy family**

**happy family**