Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 27, 2012

Semoga apa diimpikan menjadi KENYATAAN ;)

Assalammualaikum ...  ;)

Lama betul bercuti sampaikan blog pon xberjenguk.. Cuti jaga anak-anak je pun! xkemana.. Saje menghabiskan cuti bersama-sama anak dirumah. Letih tapi berbaloi-baloi =)
Pejam celik pejam celik pejam tak celik-celik  rase sekejap je dah dekat nak masuk 6bulan aii pregnant. Perghhh!! xlame lagi dah nak bertarung lagi dlm labour room. Memang terbaeek!
Rase mcm baru semalam je menggigil-gigil teran nak kasi kuar itu si kecit tomey.. Tetibe dah nak kena belajar teknik MENERAN lagi sekali. Tahniah lah kepada kengkawan yang dah berjaya lalui saat meneran tu ye? Selamat berpantang!

Ikut pengalaman 2kali mengandung,,aku memang jenis kena awal standby barang. Satu beg baby dan satu beg aku sendiri perlu ada dalam kereta bermula kandungan aku usia 7-8bulan. Buku merah lak memang kena ade senantiasa dalam handbag diusung kehulu kehilir.Sebabnya, dua-dua pengalaman yang lepas pon due bersalin aku xpernah tepat sampai tarikh yang dijangka doktor. Pasti awal! Memang anak-anak umi sume xsbr nak tengok dunia ye?  ;)
Dan kali ni pon rasenye bersiap sedia awal tapi wat mase ni lom prepare ape pon. Baru nak masuk 6bulan pong.Esok-esok dah 7bulan lebih sikit leh le standby.Cuma skang tgh survey-survey barang keperluan je. Bagi aku pregnant 1st ke,2nd ke 3rd ke...sume pon mesti kena ada sambutan lah walau xsemerah mcm memula nak dapat baby dedOlu an? Kire cam xadil lak kalau xbeli sumthing baru tuk next baby. Dorang pon nak rase baju baru gak.. Ni x mentang-mentang ade kakak/abang maknenya kena pakai yang lepas-lepas punya. Mana yang leh guna,kita guna! Mana yang terpakse tukar kena lah tukar ye dak? Kena lak mr.huB dah ade janji dedOlu..if kali ni adalah bayi IMPIAN dia..dia nak berhabis sikit beli barang-barang baby. ;) Wahhh..kelas ko jah. Sebenarnya setiap anak pon ada keistimewaan masing-masing. Cuma mcm aku ckpkan le..Lumrah dunia! yang dah ade anak girl pasti teringin anak boy. Yang ade boy teringin nak girl lak. Mcm tu gak aku ngan mr.huB.

Eh..eh..cam dah bagi hint2 lak di situ.. okeyh! pendek cerita... Semalam aii gi scan ye! Memulanya saje-saje msg manja sorang neh.. Niat asal cuma nak tanye klinik yang dia pernah pergi baru neh. Manja sorang ni pon preggy cam aii..hehe Musim mungkin! ;)
Tetibe manja neh kata nak teman..OMG u!! malu lah aii camni.. Dia kate ok je lagipon BOS dia baik dan xkisah pon. Aku pon ape lagi..? Dah mr.huB awal-awal lagi sound xmo teman aku scan baby yang ni. Mungkin sebab dia lebih berdebar banding aku. Dia kate kalau dah tau pon jangan bgtau dia pon. Terpakselah aku terima pelawaan manja sorang neh nak temankan. Bodek-bodek incharge aii petang tu nak cabut awal. Kul3 lebih cenggitu gerak dari opis. Sampai fasa 4tambahan BBB jumpe si manja dekat SHELL..settle isi minyak bagai gerak terus gi Klinik Ummi Saliha. Sekali sampai-sampai staff nurse kat situ cakap doktor akan sampai jam4.30 petang.kami pon ok kan jelah..sebab leh bergosip sambil makan-makan. Siap isi perut,lebih kurang 4.45petang cenggitu gi balik tercongok kat depan staffnurse Klinik Ummi Saliha. De dlm 15minit cenggitu..Si manja neh dah risau. Katanya sebelum ni xpernah lak dia dtg klinik tu doktor xde. Dia dah serba salah kat aii..

"hey u..aii okeyh je lah..xde hal pong!"
padahal dlm hati berdebOr-debOr

Dan kebetulan pon staff nurse tu pon cam dah serba slh tengok kami tunggu lama terus dorang bersuara bgtau yang doktor cam agak lambat sikit. Ade hal katanya..Terus Nadia ajak aku gi Klinik Dr.Suraya yang bese dia gi gak. Beria-ia Nadia bgtau xpernah lah doktor tu xde. Aku pon xkisah sangat.Mungkin sebab baby ni xmo bagi aku intai dia kot. Mcm-mcm le dugaannya. Bergegas gi Klinik Dr.Suraya tu..sampai-sampai register rupenya doktor Suraya pon xde.Amik anak dia kat taska. Memang mendebarkan. ;)

Tapi sebab staff nurse tu kate taska tu pon xjauh dari klinik tu kami amik keputusan utk tggu. Xlama pon..tetibe masuk sorang pompuan ngan anak kecik.Ouhhh..doktor rupenye.  ;)
Nampak baik...Bila nama aku dipanggil aku makin kuat debOr..si manja ni lak nak jugak ikut sampai dalam. Nak tengok katanya. Eh! dia lagi excited dari aku..hehe

Dr.Suraya : ye puan..sakit apa?
Aku : xsakit ape pon..nak scan je ;)
Dr.Suraya : ok..baring puan..
Aku : ~~Berdebor-debor~~

Memula scan tu beselah doktor akan check ukur lilit kepala kaki bagai..sume pon alhamdulillah mengikut tumbesarannya.tetibe doktor tanye aku.

"nak tau jantina ke?" ;)
"nak le doktor"..malu-malu kucing..
"ok...cam susah skit neh..sebab baby byk gerak..susah nak ckp boy ke girl.."
"ala..."
"ok..ni pandangan dari bawah.kite tengok dari bawah..atas ni punggung dia..cam girl ade cam boy pon ade."
"hurmm..ok"cam ade agak sedih sikit lah..

tetibe muncul sumthing cam sup bunjut dari celah kangkang baby

terus aku tanye doktor

"doktor..tu ape?"
"ouh....tengok betul-betul ye.."
"ape tu?" nak nanges dah..
"mcm telur dia..bese kalau ade cmni boleh saya kate LELAKI"

tanpa sedar menitik sudah airmata saye =')

turun dari katil berborak-borak jap ngan Dr.Suraya.. Doktor tu ok.. Best lah gi situ.  Lepas dia check buku pregnant aku dia terus ckp..Patutle nak sgt baby boy..rupenye dah ade 2gegirl!Dia kata 80% dia boleh kata baby yang ade dalam perut aii adalah BOY.. ouhhh! saya ade rase terbang-terbang gitu. 
Balik bawak kete tu pon xbenti dari nak SENYUM je.. hehe
Ikut ati kunun xmo bgtau sesape..tapi hati meloncat-loncat nak bgtau sume orang..dan akhirnya 
Rahsia bukan lagi rahsia!!
sume orang pon dah tau termasuk mr.huB...dia adalah antara orang paling hepi bila tau yang dia bakal dapat anak LELAKI ;)
Ape pon yang dua gegirl kat umah itu juga adalah kesayangan kami berdua.. 
Semoga apa yang kami impi menjadi kenyataan.. aminnnnn ;)





sayang WAWA&YAYA ...






Thursday, September 13, 2012

Jom solat ;)

Assalammualaikum ...

Solat itu tiang agama. Marilah kita semua umat Islam menyegerakan solat bila tiba waktunya..
**peringatan untuk diri sendiri jugak!
sepohon kayu daunnya rimbun.
lebat bunganya serta buahnya.
Walaupon hidup seribu tahun kalau xsembahyang apa gunanya?
teringat mase umur 6thn nasyid lagu ni wat persembahan kat dewan,sume orang pon nanges!
Menurut istilah syarak,,solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat - syarat tertentu. Sebelum bersolat,seseorang itu mestilah terlebih dulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya solat itu dilakukan di dalam keadaan dirinya kotor,maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan pertalian terus di antara seorang hamba dengan Allah S.W.T. Islam memfardhukan keatas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam ..
  • Solat Subuh - 2 rakaat
  • Solat Zuhur - 4 rakaat
  • Solat Asar - 4 rakaat
  • Solat Maghrib - 3 rakaat
  • Solat Isyak - 4 rakaat
Hukum bagi orang yang meninggalkan solat.
  • Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran keran meninggalkan Rukun Islam.
  • Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
  • Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajipan solat , terdapat dua pendapat mengenai ini :
  1. menurut Abu Hanifah : Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir  serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini tergolong dalam kalangan orang yang berdosa.
  2. menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal : Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah S.W.T 
  • Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik,kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam. 
Rukun Islam
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Sembahyang lima waktu.
  3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
  4. Menunaikan haji ke Baitullah bagi yang berkemampuan.
  5. Menunaikan zakat.
Dalil yang mewajibkan solat

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
...maka dirikan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas - atas orang mukmin... (an - Nisa 103)

Solat itu tiang agama,sesiapa yang mengerjakannya,dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya,dia akan meruntuhkan agamanya. (Riwayat Baihaqi)

Suruhlah anak - anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka bila berumur 10tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur. (Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Al - Hakim)

Syarat - syarat wajib solat
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
Rukun solat
  1. Niat
  2. Takbirratul ihram
  3. Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
  4. Membaca surah Al - fatihah
  5. Rukuk serta takmaninah
  6. Iktidal
  7. Sujud 
  8. Duduk diantara dua sujud
  9. Duduk tahiyat akhir
  10. Membaca tahuyat akhir
  11. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  12. Salam pertama
  13. Tertib
Perkara yang membatalkan solat
  1. Meninggalkan salah satu dari rukun sembahyang.
  2. Berkata - kata dengan sengaja.
  3. Bergerak dari tiga kali secara berturut - turut.
  4. Terkentut dan yang sewaktu dengannya.
  5. Terdapat najis pada badan atau pakaian.
  6. Aurat terbuka.
  7. Mengubah niat solat.
  8. Membelakangkan kiblat.
  9. Makan walaupon sedikit.
  10. Minum.
  11. Ketawa.
  12. Murtad.
PERBEZAAN ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT
PERBUATAN
LELAKI
PEREMPUAN
Ketika takbir
Merenggangkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Merapatkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Ketika sujud
Kedua-dua paha hendaklah direnggangkan.
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan.
Bacaan dalam solat
Boleh menyaringkan bacaan
Dilarang menyaringkan bacaan
Ketika imam terlupa
Boleh mengucapkan lafaz tasbih
Hanya sekadar menepuk tangan kiri.
Aurat
Antara atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup.
Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
 Semoga dengan beberapa info yang aku amik dari incik google ni membantu kita agar solat kita terjaga. =)
Bersama - samalah kite berusaha meningkat amalan kita agar dapat membantu diakhirat kelak..amin!

Anak sulung saye belajar - belajar solat.. hehe

Semoga kakak terus solat dan solat.. Boleh doakan umi kelak.





Yang kecik pon xmau kalah.. tapi pinjam telekung kakak.

Nanti umi beli telekung adik ye..

**tetibe teringat maghrib semalam..

Sikakak elok ikut aku solat tetiba siadik yang kunun nak ikut solat jugak gelak besar tengok kakak sujud. Tah ape yg buat dia geli hati aku pon xtau.Naseb umi xketawa gak.Kalau x batal solat umi dik! Bertuah...



Bantal busuk.

Assalammualaikum ...

Sape yang ade  bantal busuk? Baik ngaku! kalau xngaku kang korang - korang balik umah tengok bantal busuk dah hilang disorok. Aku memang dari kecik xpernah ade pon bantal busuk. Dedolu, kalau tengok kawan - kawan len tido lena peluk bantal busuk teringin jugak ade bantal busuk. Tah ape - ape! tengok orang ade bantal busuk terus TERINGIN nak ade bantal busuk. Padahal bukan best kot ade bantal busuk. **mati kalau orang yang de bantal busuk bace.Kompom aku kena sumpah! Dedulu aku macam pelik je tengok orang len berbantal busuk. Ape lah bestnye ade bantal busuk. Peluk peluk gentel gentel pastu terlelap tido. Dia kemana bantal kemana! pastu bangun baru hegeh hegeh cari balik bantal yang tah dah jatuh bawah katil. Tapi yang peliknye time tido je pun nak berbantal busuk. Time gi skolah pejabat shopping kompleks xde plak nak diusung bantal peluk tu. Tau pulak malu tuh!ishhhh... Kadang tertanya sendiri. Sejak bile dan siapa yang ajar mereka mereka ni jadi ketagih berbantal busuk ye? Kenapa aku tanye? Sebab anak sulung aku sudah mula berbantal busuk. Siyes busuk masam! hahaha Dia je yang tahan bau busuk masam tuh. Xdibagi nak cuci nye punnn.. Apakah?

tapi xde lah teruk sangat sampai usung kehulu kehilir. Tibe teringat dia cari lah bantal busuk tu. Tapi bile dia terlupa tido je tanpa bantal busuk tu.Janji de susu! Tapi yang merisokan aku..kalau dia berterusan dan akan jadi ketagih untuk cium itu bantal busuk. Xmau le sampai besar duk kendong bantal busuk.Buruk bebenOr rupenye tue! Agak agak de care x aku leh buat untuk aku elak si kakak sayang terus berbantal busuk? Dedolu kan .. ade sorang cousin aku ni pun ade bantal busuk. Siap bape kali koyak dan bape kali jahitlah sejak dia kecik. Sampai terkeluar - keluar nugget dari bantal tu. Nugget tu adalah kekabu dari dalam bantal tu. Ibu dia panggil nugget sebab bentuk kekabu tu dah jadi ketul ketul like nugget gitu.haha Memang seram! Tapi sejak bile dia dah xberbantal busuk pon aku xsure. Lupe nak tanye.! ke ko masih berbantal busuk bang?? hahaha KANTOI!
Abang berbantal busuk...**kalau ko bace entri ni harap ampun ye? jgn terase sebab xde mention nama pong..haha

Tapi siyes cam seronok je tengok si anak yang masih kecik kecik berbantal busuk. Sebab dulu dulu aku xpernah di ajar berbantal busuk.Tetibe anak aku ade bantal busuk.Cam best je nyakat! Bila dia nak tido bantal tu tertinggal umah my emak sanggup redah malam sekuarge semata mata nak amik bantal busuk sebab si kakak sayang dah nanges2 hentak kaki. mcm sweet jerk! tapi kalau leh xmo le sampai besar. Bile dah besar stop lah dengan sendiri berbantal busuk.Kalau x mau lari incik suami nanti. Duk sedap sedap cium wangi bau rambut tetibe terhidu bau ashem ashem dari bantal tuh. Ngeri!hahaha

Tapi kan kengkawan sejak sejak dah kawen ni je aii dah pandai berbantal busuk.Bantal aii ni busuk bila lupe nak pakai perfume je! Tapi bile disembur perfume mak aiiiih! poning acik!hehe
memang xleh tido le xde bantal busuk ni. Cemane pon mesti nak ade bantal ni sebelum pejam mata.Pastu dah lelap pandai pandai le bantal busuk aii ni nak kemana mana.Nak tengok tibi ke! Nak bergoogle ke! wahhh kelas... Bantal aii pandai tengok tibi bergoogle bagai.hehe!     Ko ade??
Pastu celik celik mata bantal busuk ni ade lagi sebelah aii.. so sweettttt!! Kalau tetibe bantal busuk aii ni tertido kat depan tibi dan aii terjage jam 3 ke 4 ke tetap kejut suh tido sebelah aii..manje x aii manje x???hahahaha Vongoksss!


Pic si kakak sayang leka tengok tibi dgn susu dan bantal busuk!

siap le kakak..umi cuti ni nak operate bantal kakak..kasi buang kekabu! pastu basuh..

pastu potong 2 jahit balik. Sebab dah berebut budak 2 tuh! bagi bantal len xmo.. Sabor je lah..


Rahsia perangai anak =)

Assalammualaikum ...

Ini cuma pendapat orang - orang je.. Lain orang lain pendapat! Sumber dapat dari incik Google!
Saje - saje isi mase lapang sambil kenang - kenang karenah si manja puteri - puteri aku yang berlainan karektor!Macam yang kengkawan yang slalu jengah aii..mesti dah tau aku ade 2 orang puteri yang sangat menghiburkan. Seorang Najwa Nur Qistina atau si kakak sayang dan seorang lagi Najla Nur Hidayah atau si kecit tomey. Dan sekarang aku sedang mengandung 5bulan anak yang ketiga. Alhamdulillah di atas anugerahMu ini Ya Allah!

♥ Anak Sulung...

* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.



Biar aku cite pangai si kakak sayang. Si kakak sayang punyai karektor yang manja! Manja dengan semua orang.Tapi dalam pada manja dia,kadang - kadang selit pangai ngengade. Mungkin sebab dia adalah anak sulung,so sebelum ade adik dulu perhatian kami adalah 200% pada dia menyebabkan dia terus merasakan yang dia masih boleh gedik - gedik manja walau dah adik pong!hehe
Tapi xkisah pon..dah memang karektor si sulung memang manja kot!Tapi kalau dah kamu abe - abe gagoh yang dilahirkan sulung jangan le gatai - gatai nak gedik - gedik manja.Geli nok! Si kakak sayang sejak ada adik ni dah pandai tunjuk pangai memberontak. Hentak - hentak kaki. Tangan cepat nak naik. Buat muka. Menjerit. Melawan. Kadang sampai aku pon leh jadi marah. Mungkin sebab dia dah rase kurang perhatian sejak ade adik. Dengan cara tu dia leh meraih perhatian sikit kot! Pastu si kakak sayang ni kuat merajuk. Kuat menangis. Silap sikit kang dah merajuk meleleh airmata. Kena buli sikit ngan adik kang merajuk meleleh. Jatuh sikit kang dah meleleh. Lambat buat susu dah meleleh. Asik - asik nak meleleh je manjangnya. Selagi xdipujuk peluk cium selagi tu lah menangis. Memang manja le kamu ni kakak! Makan dari kecik sampai dah besor panjang ni pon masih suka di suap! Kalau disuruh pilih nak makan sendiri / suap? Laju je dia cakap nak suap. Tapi jangan time dia makan tu ade orang lain baya - baya dia makan sendiri pastu kita dok puji budak tu kate pandai makan sendiri dengan sepantas kilat cakap nak suap sendiri. Menunjuk memang pangai dia kot. Tunjuk yang dia hebat. Maknenye suke bersaing! Kalau bersaing secara sihat tu xpe ye kakak? =)
Macam dedulu aku nak pisah pampers dari si kakak sayang..sebut je anak si polan tu dah xpakai pampers terus dia cakap dia pon xmo pakai dah. Berhasil! Si sulung ni memang selalu nak nampak hebat kot! Dan lagi satu sikap dia ialah dia cepat belajar. Cepat sangat di ajar. Dan yang paling penting sikap si sulung adalah bertanggungjawab. Dia akan cepat - cepat datang bila aku mengaduh sakit. Kadang - kadang sesaje je aku buat - buat sakit pastu si kakak sayanglah yang akan datang walau time tu dia tengah merajuk. Terus tanya.. Umi sakit ke? Meh kakak urut.. Bagus anak umi. =)

♥ Anak Tengah...

* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah


Kena buli ngan ibu =)


Disebabkan aku baru de 2 cahayamata dan bakal menimang yang no 3.. so aku amik kire si kecit tomey adalah ANAK TENGAH..hehe
Meh cite hal si kecit tomey lak.. Si kecit tomey ni pangai memang sangat berbeza ngan kakak dia. Sejak ade dia baru keganasan si kakak sayang terserlah.. Nampak sangat dia yang mengajar si kakak. Dedulu kakak xpandai panjat - panjat kerusi grill bagai. Tapi sejak ade adik,,pandai dah! kat situ dah nampak adik yang ajar. Tapi memang hebat lagi adik lah sebab grill pintu tu slumber je dia naik sampai atas. Sifat berani dia memang ade.. si kecit tomey berani berbanding kakak. Kirenye dia sifu pada kakak lah. Dalam umur baru setahun lebih dah tunjuk pangai berdikari dia. Mungkin sebab dia ade kakak..bile tengok kakak buat,dia pon ikut nak buat. Kakak pakai baju seluar sendiri,dia pon nak buat jugak! Bab makan memang kalah kakak. Sebab kakak sampai la ni mau bersuap! adik xmo disuap - suap. Makan ke bukak plastik makan ke sume pon nak sendiri. Dah bersusah payah xleh baru dia mintak pertolongan kita. Bagus anak umi! Bab karektor..si kecit tomey memang sangat - sangat pandai melawak. Ade je gelagat dia yang buat kami sekeluarga nak gelak. Time dia tido je senyap. Bile celik je mata si kecit tomey ni memang riuh rendah rumah dengan suara dia. Sangat suke bergurau! Peramah pon ye.. x macam kakak dedulu. Duduk terletak diam takutkan orang. Si kecit tomey memang payah korang nak tengokm dia duk diam. Orang dia xkenal pon leh jadi geng. Memula je malu - malu kucing,lepas 5minit gitu..terus geng! dan juga adalah penyakat. Sangat suke menyakat si kakak bagi nangis - nangis. Bukan kakak je mangsa dia. Kadang budak yang lembik - lembik baya dia pon leh jadi mangsa. Dalam pada penyakat tu si kecit tomey adalah pemurah. Walau suke sakat kakak dan kengkawan dia yang len jika ade benda makan yang di pegang xpernah kedekut nak berkongsi. Xpernah kisah kalau mainan dia orang pinjam. Sebab ade separuh budak - budak sangat sensitif jika mainan dia dipegang orang. Mungkin sebab si kecit tomey aku adalah jenis slumber badak kot!haha Dan si kecit tomey punya pangai xsuke di manja - manja. Dia xberapa suke dipeluk dicium. Tah rimas tah memang pangai dia ganas. Aku pon kurang pasti. Cuma dia akan cemburu bila aku lebih peluk cium kakak.Time tu baru dia datang mintak di cium jugak. Tapi pastu terus mintak candu!huh.... Dalam pangai ganas dia si kecit tomey punya pangai penyayang. Sayang kat baby - baby..kadang dalam sayang tu ade geram - geram sikit.hehe


♥ Anak Bongsu...

* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.


nak cite perihal anak bongsu lom ado!!makanya korang tengok jelah pangai anak bongsu memasing yo!hahaha..


♥ Anak Tunggal

* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.


Anak tunggal?? xpernah merasa jadi anak tunggal tapi ade sorang anak buah yang memang anak tunggal. Yakni anak kakak aku. Yang aku pasti si tunggal ni memang adalah kesayangan si ibu dan ayah. Tapi kena berpada gak lah kate kakak aku nak manjakan anak - anak ni. Walaupon Umairah adalah anak tunggal tapi selalu jugak kena marah. Xleh bagi muka sangat. Tapi si Umai ni memang akan kena marah kalau xbuat kerja sekolah. Kalau lewat solat. Kalau xmo makan. Jangan ngat sebab mereka anak tunggal kita kena manja lebih ye kengkawan. Kena ajar dia supaya lebih berdikari. Dan si tunggal ni xkan berasa kesunyian kot selagi dia mendapat kasih sayang yang sewajarnya dari ibu dan ayah.Bagi aku ler!! Umai xsunyi kan? sebab Umai de ramai adik-adik dan pasni bertambah lagi adik - adik..Rajin xrajin je nak jage adik - adik ni..hehe
 





**happy family**

**happy family**