Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 13, 2012

Jom solat ;)

Assalammualaikum ...

Solat itu tiang agama. Marilah kita semua umat Islam menyegerakan solat bila tiba waktunya..
**peringatan untuk diri sendiri jugak!
sepohon kayu daunnya rimbun.
lebat bunganya serta buahnya.
Walaupon hidup seribu tahun kalau xsembahyang apa gunanya?
teringat mase umur 6thn nasyid lagu ni wat persembahan kat dewan,sume orang pon nanges!
Menurut istilah syarak,,solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat - syarat tertentu. Sebelum bersolat,seseorang itu mestilah terlebih dulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya solat itu dilakukan di dalam keadaan dirinya kotor,maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan pertalian terus di antara seorang hamba dengan Allah S.W.T. Islam memfardhukan keatas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam ..
  • Solat Subuh - 2 rakaat
  • Solat Zuhur - 4 rakaat
  • Solat Asar - 4 rakaat
  • Solat Maghrib - 3 rakaat
  • Solat Isyak - 4 rakaat
Hukum bagi orang yang meninggalkan solat.
  • Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran keran meninggalkan Rukun Islam.
  • Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
  • Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajipan solat , terdapat dua pendapat mengenai ini :
  1. menurut Abu Hanifah : Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir  serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini tergolong dalam kalangan orang yang berdosa.
  2. menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal : Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah S.W.T 
  • Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik,kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam. 
Rukun Islam
  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Sembahyang lima waktu.
  3. Berpuasa di bulan Ramadhan.
  4. Menunaikan haji ke Baitullah bagi yang berkemampuan.
  5. Menunaikan zakat.
Dalil yang mewajibkan solat

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
...maka dirikan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas - atas orang mukmin... (an - Nisa 103)

Solat itu tiang agama,sesiapa yang mengerjakannya,dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya,dia akan meruntuhkan agamanya. (Riwayat Baihaqi)

Suruhlah anak - anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka bila berumur 10tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur. (Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Al - Hakim)

Syarat - syarat wajib solat
  • Islam
  • Baligh
  • Berakal
Rukun solat
  1. Niat
  2. Takbirratul ihram
  3. Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
  4. Membaca surah Al - fatihah
  5. Rukuk serta takmaninah
  6. Iktidal
  7. Sujud 
  8. Duduk diantara dua sujud
  9. Duduk tahiyat akhir
  10. Membaca tahuyat akhir
  11. Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
  12. Salam pertama
  13. Tertib
Perkara yang membatalkan solat
  1. Meninggalkan salah satu dari rukun sembahyang.
  2. Berkata - kata dengan sengaja.
  3. Bergerak dari tiga kali secara berturut - turut.
  4. Terkentut dan yang sewaktu dengannya.
  5. Terdapat najis pada badan atau pakaian.
  6. Aurat terbuka.
  7. Mengubah niat solat.
  8. Membelakangkan kiblat.
  9. Makan walaupon sedikit.
  10. Minum.
  11. Ketawa.
  12. Murtad.
PERBEZAAN ANTARA LELAKI DENGAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT
PERBUATAN
LELAKI
PEREMPUAN
Ketika takbir
Merenggangkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Merapatkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
Ketika sujud
Kedua-dua paha hendaklah direnggangkan.
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan.
Bacaan dalam solat
Boleh menyaringkan bacaan
Dilarang menyaringkan bacaan
Ketika imam terlupa
Boleh mengucapkan lafaz tasbih
Hanya sekadar menepuk tangan kiri.
Aurat
Antara atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup.
Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
 Semoga dengan beberapa info yang aku amik dari incik google ni membantu kita agar solat kita terjaga. =)
Bersama - samalah kite berusaha meningkat amalan kita agar dapat membantu diakhirat kelak..amin!

Anak sulung saye belajar - belajar solat.. hehe

Semoga kakak terus solat dan solat.. Boleh doakan umi kelak.





Yang kecik pon xmau kalah.. tapi pinjam telekung kakak.

Nanti umi beli telekung adik ye..

**tetibe teringat maghrib semalam..

Sikakak elok ikut aku solat tetiba siadik yang kunun nak ikut solat jugak gelak besar tengok kakak sujud. Tah ape yg buat dia geli hati aku pon xtau.Naseb umi xketawa gak.Kalau x batal solat umi dik! Bertuah...



No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**