Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 24, 2009

jadilah sahabat sejati kpd suami...

Isteri seharusnya menjadi sahabat terdekat kpd suami...ini kerana sudah sememangnya sifat kita yg sentiasa dekat dan juga sentiasa disisi suami.

1. Kenali perkara yang disukai dan juga yang xdisukai.

  • setiap hari bersama suami,pasti kita akan belajar sesuatu.Ambil pengajaran dari perkara itu.Perhati apa yang disukai dan apa yang xdisukai.Elak melakukan apa yang xdisukai.Jika ada hal yang kita suka tapi suami xsuka maka berbincanglah dan jangan pendam.Cari masa yang tepat agar penyelesaian dapat dicapai.

2. Raikan kegembiraannya.

  • meraikan apa jua khabar gembira yang diterima oleh suami.Lemparkan senyuman yang ikhlas saat dia menyampaikan berita gembira tersebut.Jangan buat xtahu terhadap butir perkataannya. Berikan dia kata-kata pujian dan juga kata-kata perangsang agar dia lebih bersemangat untuk melakukan yang lebih terbaik.

3. Kenali teman-temannya.

  • berbaik-baiklah dengan temannya,tapi jangan pula berlebih-lebihan.Jadikan mereka teman kita juga.Kebolehan kita bergaul mesra dengan rakannya pasti membuatkan suami kita lebih bangga.

4. Fahami minatnya.

  • jika suami mempunyai hobi yang memerlukan aktiviti tersebut dilakukan diluar rumah, misalnya memancing,main golf atau berekreasi kita haruslah menyesuaikan diri dengan minat suami kita. Ingatlah bahawa kita merupakan sahabat terdekat suami, jadi seharusnya kita bersedia menemani suami melakukan hobinya. Jika kita kerap menolak ajakannya, dia akan mengajak orang lain. Sebenarnya menemaninya merupakan waktu untuk kita bersama-samanya. Kita akan jadi lebih dekat lagi dengannya. Kita perlu belajar meminati hobi suami dan ambil bahagian. Misalnya, membantu suami menyiapkan barang yang diperlukan untuk hobinya.


**happy family**

**happy family**