Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, March 13, 2012

korang plak macam mana?



As salam ...

aku ade terbaca satu penulisan nie..mengenai TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI ..
aku rase tertarik nak baca ape yang cuba disampaikan.. sebab bagi aku tajuk tue memang dah best sangat. Aku sendiri xtau kenapa aku rase tajuk tu sangat sangat lah menarik. Mungkin sebab aku dah berlaki..atau pon aku sendiri telah mempraktikkan cara tue sejak dulu lagi. Tidaklah berbangga kerana aku sebegitu..sebab xdelah hari hari pon berbantalkan lengan suami. Kadang kadang tolak jugak lengan laki tarik jugak bantal busuk sebab keselesaan tu lain.. cuma time time rindu bau ashemmm je tarik lengan laki.. boleh?

rupenye betul lah apa yang aku pikir selama ni..sebab
penulisan ni pon menekankan bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak suami boleh mengaktifkan hormon isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. memang betul lah kot.. patutlah tido aku selama ni nyenyak je..sampaikan mr.huB kate package dengkur dengan air liuQ sekali..ye ye je! **mencik taw
kalau de air liuQ pon biarlah..padan muka lengan hang..boleh?

tapi berapa ramai isteri je sebenarnya yang masih berbantalkan lengan si suami ni erk? Yang baru baru berumahtangga tu dan belum memiliki cahayamata mungkinlah kot.. sebab xde komitmen lain selain dari menghidu bau ketiak incik suami aje..kot! Contoh terdekat,,aku sendiri ler..kunun kunun baru tarik lengan mr.huB nak bau bau..tetibe merengek si kecit tomey nak nenen...elok mengiring belah kiri terus berpusing mengiring belah kanan sua nenen kat si kecit tomey.. dah xberbantalkan lengan.. sebab tu sebagai isteri kite kena pandai curi curi time tuk tido berbantalkan lengan suami kot.. tips~~bagi yang dah ade baby macam aku.. boleh tarik lengan incik suami time baru nak lelap mata tue amik bau bau asheemmm pastu dah tido tanpa sedar taw taw mesti dah pusing belah anak punya..sebab anak tarik nenen ..hehe

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (mengikut satu kajian) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

itu adalah kajian dari penulis..aku copypaste je.. gile kan? dari 10ribu pasangan hanya 45% je isteri yg tidur berbantalkan lengan suami lepas 3tahun berkahwin..dan aku sgt berharap aku adalah dikalangan 45% tersebut. Dan peratus semakin menurun sehingga 21.7% je selepas 10tahun berkahwin..dan aku juga berharap aku dikalangan 21.7% tue..
tapi kan,,aku nak bgtau pada kawan kawan..xsalahkan kite berkongsi.. benda kalau kite dah biasa buat rase kekurangan kalau sehari xbuat..macam tu jugak lah tidur berbantal lengan suami. kalau dah tiap tiap malam pon tidur mesti nak ade incik suami menjadi bantal mesti ari ari nak ade lengan dia kan? kalau dah xpernah buat mesti xrase nak buat kan?okey,,pe kate lepas bace entri aku nie kita same praktikkan..mudah mudahan dengan cara nie boleh merapatkan hubungan suami isteri yang mungkin dah semakin renggang..tapi sebelum tue incik incik suami semua kena lah wangi wangi dulu tau? janganlah bagi bini anda cium ketiak hapak lak..mati!
aku cakap sebab ada gak kawan kawan pernah menjadikan aku tempat meluahkan perasaan bilamana suami berubah perangai lepas 2-3tahun kahwin..baru 2-3tahun dik oii~~ suami selalu keluar malam lepak dengan member member lah..cuba tarik balik suami suami kita tue supaya sentiasa ada disaat kita nak melelapkan mata..biar benda tue jadi kebiasaan pulak pada incik incik suami..kan?

FAKTA
Sebenarnya hampir 65% bau badan suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.
Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang
Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda.
(pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu betapa asyik dan rilexnya)…


ayat diatas jugak adalah hasil copypaste dari penulis.. itu memang aku xnafikan. sebab berpeluh cenggane pon mr.huB aku xpernah bau busuk kalau tidur berbantalkan lengannya..cett! yang aku dapat rase adalah damainya aku dicelah ketiaknya..haha
tapi aku xdelah tidur sampai pagi berbantalkan lengan mr.huB sebab sebelum tidur tue memang jadi kewajiban dia untuk bagi lengan dia kat aku pastu layan aku bercelloteh sampai aku tertidur.. sebabnya lepas je aku tidur mr.huB akan bangun gi duk melangok depan tibi lak.. pastu dah terjaga dari tidur baru aku terhegeh hegeh cari lengan dia balik,.tu pon kalau mood ok. kalau mood x ok..xdonyo! yelah..anak anak pon perlukan perhatian aku..aku perlu ketiak mr.huB,,anak anak lak perlu ketiak aku..kan kan kan? kena lah adil.. ko je nak ketiak..hehe

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

copypaste
yang ni aku cam kurang bersetuju sikit..sebab xtau le lengan incik incik suami korang cenggane.. aku xpernah tidur betul betul kalau berbantalkan lengan mr.huB..biasanya aku akan buat buat tidur sebab kesiankan mr.huB dah penat melayan aku berceloteh sampai kebas kebas tangan menampung berat kepala aku..lagipon aku xpernah rase selesa sangat tidur berbantal lengan mr.huB sebab terkenangkan betapa letihnya dia nak menahan kebas tangan tue.. bila aku cakap dia kate "mane de kebas sayang"..ouhh suweeetttnye bie! sape yang leh tidur dengan lenanya sehingga mencapai tahap 7-8jam kat atas lengan incik suami mereka memang aku salute lah..sebab aku memang xboleh buat..

Dan peringatan untuk suami, jangalah cukur ketiak anda togel atau lebih tepat lagi cukur sampai licin cam perempuan perempuan ok, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita. sebab kalau dah togel ape ke rupenye lelaki lelaki macho xde bulu ketiak..hehe


Pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?

semoga dengan info nie akan membuatkan aku dan kawan kawan aku semakin rapat dan semakin sayang pada pasangan masing masing..kan???semoga kita akan terus diberkati dan saling ingat mengingati.. jumpa lagi di next episod..cet..

saye melaporkan bau ketiak laki laki adalah wangi..
















No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**