Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, March 19, 2012

Gembiranya hati ini melihat kesungguhanmu ..

As salam ...

Setiap orang yang bergelar ibu juga pasti dapat rasa ape yang aku rasa..bezanya cepat dan lambat. mana tak gembira kawan kawan.. Anak yang aku kandung tak sempat sampai 9bulan genap dalam rahim dah berkejar kejar nak keluar lihat dunia dah besar dan boleh di harap. Anak yang aku lahirkan cukup cukup 2kg ketika lahirnya cuma sebesar botol air mineral 1.5liter dah berusaha membantu meringankan beban ibunya. Anak yang aku susukan dan di dalam darahnya mengalir darahku dah pandai menggembirakan hati ibunya.

Alhamdulillah syukur Ya Allah.. Umi berharap agar segala tingkahlaku mu ketika ini berkekalan sehingga kau menginjak dewasa kelak nak. Semoga kau terus menjadi anak yang boleh membanggakan ibu,ayah dan seluruh keluarga. amin! amin! amin! Ya Rabbal Alamin..

semalam seharian aku dan anak anak duduk terperap kat rumah. Biasanya ari minggu aku dan anak anak akan menepek umah mak. Tulah untungnya umah sendiri dengan umah emak hanya jarak sekangkang kera.. sile jangan jeles! tapi semalam mood nak menepek xde makanya aku berjemaah dengan anak anak berguling gulingan je kat umah. Si kecit tomey haruslah merengek tanpa henti sebab terpaksa menempuh saat bosan tahap maksima bile tak dapat menyepahkan umah nani dia hari tu.. Aku plak bile dah melayan si kecit tomey merengek memang tak dapat lah nak buat kerja lain selain dari melayan segala kehendak budak bambam tu. Dah merengek rengek cenggitu laju je lah aku sumbat dalam buai sambil nyanyi suh si kecit tomey tue cepat cepat tidur lepas tu aku pulak boleh berdengkur kan? tengah asyik mendendangkan lagu buat si kecit tomey dengan harapan si kecit tomey lena beradu aku tengok keadaan kat luar mendung mendung macam nak ujan gitu.

aku pon saje lah gatal mulut suh si kakak sayang angkat kain.. bukanlah kain sedebuk penuh satu bakul. aku cuma basuh kain lap..de lah 7-8 keping kain. Memula aku cakap tu si kakak sayang macam buat tak tahu je. yelah kan,,cakap ngan budak yang umur belum pon masuk tahun.kena pulak cakap time dia tengah syok layan tv cerita best..memang tak de lah dilayannya kata kata aku ni kan.. slow je dia jawab sambil mata pandang tv..

"kang ujan kat luar abis kakak pon basah.."

"mane de ujan lagi..belum ujan lah!"

"kang ujan kang"

"yelah kakak...biarlah.kang ummi angkat"

aku pon pikir memang basah le kain lap yang aku sidai tue.. nak bangun lari angkat kain si kecit tomey tak pejam pejam lagi mata.. pe'el dia lak selagi belum betul betul tido selagi tu lah aku kena terus enjut buai sambil nyanyi. dah confirm tido baru boleh tinggal dengan bunyi bunyian comel tue..huh!

tetibe aku dengar bunyi orang bukak pintu..aku tengok si kakak sayang keluar. Aku biarkan aje.. tapi dari dalam umah dapat ler aku tangkap gambar aktiviti dia kat luar tue..memang dia tak perasan pon aku tangkap gambar dia sebalik tingkap..
masuk je umah aku sengih,si kakak sayang sengih.. terus aku panggil dia dekat dengan aku dan aku peluk lalu cium dahi dia bertalu talu. sebak rase hati. Agaknya perasaan ni lah yang emak dan abah aku rasa bila aku dapat buat dorang bangga dengan kejayaan aku. Kini baru rase betapa aku nak anak anak aku juga boleh buat aku bangga dan gembira dengan kejayaan mereka.

terima kasih sayang..umi hargai apa yang kamu buat ari ni untuk umi.


terkedek kedek si anak dara ...
dah besar anak dara umi ...


No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**