Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 12, 2012

Saya sayang nenek saya .

Assalammualaikum ...

Saya sayang nenek saya. Sayang sangat - sangat. Sangat - sangat sayang. Sayang sangat sayang.
Camtu sekali nak bagitau semua orang betapa sayangnya aku kat nenek aku. Yelah,,sape xsayang nenek sendiri kan? Sedangkan binatang pon tau sayang-menyayang! inikan pulak kita manusia yang punya hati dan perasaan. Ade orang kata "xpeluk cium xjenguk lawat bukan makna x sayang"..
Sayang gak..tapi hanya Allah yang tau isi dlm perut neh.. **muntah ijau..
Ye ke?? Abes ape maknenye selagi hayat seseorang tu jika kita sayang tapi xpernah nak tunjukkan kasih sayang tu? Nak simpan celah mana? Nak tunjuk mase dah xde esok? Nak tunjuk kat sape? 
Bagi aku lah.. kalau betul sayang tunjukkan lah SAYANG tu selagi ade hayatnya. Sebab mase ni lah dia perlukan kita curahkan kasih sayang tu. Xperlu kot duit berjuta nak gembirakan si nenek tua.. =')
Cukup datang kepadanya apabila dia memerlukan.. Ye kengkawan! saye iaitu aku..sangat rajin melawat nenek saye. Sebab rumah aku ngan umah nenek pon bukan jauh berbatu.. sejengkal je kot! Tiap petang rumah nenek lah destinasi pilihan aku dan emak.. Minum petang makan malam bagai. Datang bawak perut dan badan je.. Sesekali ade lah buah tangan! xde pon jadi mslh.. Xde pon nenek mintak duit nak sara idup dia. Tapi kenapa de segelintir manusia zaman la ni susah sgt nak berfikiran positif..? Ade lah bunyi2 orang sekeliling mengata.. tah jiran! tah sedare mare! tah adik beradik! tah ayam itik! tah le... katenye aku dan emak rajin melawat nenek tu semata - mata nak menghasut. Ape lah yang nak kami hasut? Untuk pengetahuan kamu.. kami ni memang dalam sehari mesti nak kena tengok nenek! Rindu membuak - buak jika sehari xdpt tengok nenek! Hati tertanya - tanya sihat ke nenek! Ape yang kami nak hasut? Hasut suruh beri tanah sekangkang kera tu? Hasut suruh bagi rumah nak roboh tu? Hasut suruh sign surat wasiat? Hasut suruh benci orang - orang yang xberkaitan? Xde mase okeyhhh... Baik kami berbual - bual manja sambil minum - minum petang atau selongkar tudung saji rumah nenek! Masakan my Cik ana tiada tandingan. Serupa arwah atok! sobs..sobs.. ='( Al- fatihah buat atok.. 
Orang - orang sekeliling marah my Cik ana. Katenye my Cik ana duk situ cuma abeskan duit nenek. Mana duit nenek? Bape banyak duit nenek? Kaya sangat ke nenek? Cakap macam orang xde otak!  Setakat rm500+/month hasil kutipan sewa 2biji umah tu je yg nenek ade. Nak harap kami - kami bagi ribu - ribu/month tu mmg xde lah kan? Nenek pon paham keadaan kami! Tapi dia xpernah mintak. Untuk pengetahuan kalian! Nenek setiap bulan pon abes berpuluh-puluh kadang beratus utk beli ubat. Xde sape tau pong. Tanpa ubat tu xmungkin kalian boleh tengok nenek saye menebas bercangkul. Dia perlukan Vitamin dan ubat sakit tulang. Belum susu bagai.. Tapi orang lain cakap macam xde otak. "Duit sewa tu xcukup ke makan sorang?" Hoi!!! cukup sgt.. zaman la ni serupa je cam zaman atok nenek unyang kamu punnn! Nenek tua pon ade nafsu membeli gak.Jangan ingat kamu yang muda je seronok berjalan bershopping. Kadang dia jugak perlu nafsu itu untuk memenuhi kepuasan diri. Marahkan nyamuk abes kelambu dibakar. Ulang balik..Think positif lah.. my Cik ana tu xsalah ape pon. 
Kepada my Cik ana... ateh,emak,cik an dan sume - sume di kalangan kami berterima kasih yang amat sangat sebab sudi jagekan nenek. Memang kadang - kadang ade perangai incik Ja'a awak buat kami - kami seolah terasa. Tapi bak kate emak! ape aku pedulik.. Selagi nenek idup dan ade kat situ..selagi tu lah kami akan dtg jenguk nenek. Suka atau x terima je lah! hehe Lagipon xjadi kudis pon ape yang incik Ja'a awak buat. Kudis lagi bila sebab orang lain nenek sendiri dah xdipeduli! Konon,benci incik Ja'a kamu benda tu dijadi alasan xmo jenguk nenek! huh... tah ape -ape.. sepatutnya berterima kasih jugak lah pada incik Ja'a sebab izinkan isterinya jage nenek saye itu.. Betul.. saye sendiri xleh kot jage nenek mcm mana my Cik ana jage. my Cik ana langsung xpernah merungut! Dia sangat baik. Apa yang nenek inginkan sehabis daya dia akan cuba tunaikan. Ape nenek idam makan sedaya upaya dia sediakan walau kdg2 kesempitan. Walau kadang - kadang pening disebabkan darah tinggi. Dia sabar. Sabar sangat! Tapi orang benci dia sebab dia jage nenek. Tapi saye sayang my Cik ana. =')
Kenapa orang sekeliling pandai cakap je? konon,,"Haram makan duit menantu"
Nenek saya kan duduk ngan menantu yang memang pesen "cakap berabuk!" tapi xjadi kudis pon. Dah memang cenggitu orangnya. Tapi sekurang - kurangnya dia lah yang tolong tengokkan nenek,tolong belanja sikit - sikit kat nenek,tolong bawak nenek gi klinik,tolong bawak nenek jenjalan. Korang belum tua kot! tapi aku pon belum tua kenapa aku leh pikir kan? Aku esok - esok kalau tua pon akan pilih untuk duduk ngan anak perempuan dari duk ngan menantu perempuan. Nak ke menantu cuci buang taik kita? Nak ke menantu layan karenah yang semakin keanak - anakan kita? Nak ke menantu layan bebelan kita? Ade!! tapi xramai dlm dunia ni bertuah punya menantu sebaik itu. Bersyukur jika siapa yang punya.. Nenek saye pon orang yang baik sebab langsung xmau susahkan menantu.Biarlah menantu bergembira bersenang dengan kuarge masing - masing. Dia xmau bagi penat jage dia yang dah tua.. katenye lagi tua lagi banyak songeh!Sebab tu jugak nenek suke sebumbung ngan my Cik ana. Dengan emak aku memang bukan pilihan sebab emak xpandai nak masak serupa my Cik ana. Dengan aku memang nenek xsesuai sebab aku langsung xpandai masak!haha Ari -ari pon nenek kena makan kedai.. Dengan my Cik An nenek xmau sebab my Cik An bising dan degil..haha **mati kalau Cik An bace neh..tapi kenyataan.. Tapi dengan my Cik Ana nenek senang sebab my Cik Ana sangat sabar orangnya. Langsung xpernah merungut. Dengan rela hati ikut je keinginan nenek. Bertuah nenek punya anak macam my Cik Ana. Dah menantu pon halalkan ape yang dah dikeluarkan sape lah kamu nak keluarkan kenyataan .. "Haram nenek saye makan duit menantu"...
Apa hukum orang yang makan duit tanpa izin tuannya??? X haram ka?? Pikir - pikir sendiri lah ye?
Apa hukumnya jaja cerita yang belum tentu sahihnya??
Apa hukumnya membenci darah daging sendiri tanpa usul periksa??
Apa hukumnya melukai hati si ibunda??
Sungguh..nenek saye banyak menangis kerana kamu - kamu. Setitik airmata ibu jatuh kebumi kerana kamu,, Nauzubillah.... Dia memang memaafkan kamu - kamu tapi hatinya sangat terluka dengan apa yang kamu berikan padanya. Hatinya memanggil kamu - kamu agar ade disisinya.. Tapi jeritan hati dia xde siapa yang dengar. Malah kamu merobek - robek lagi hatinya hanya kerana dia DIAM.  Katalah ape kamu nak kata tentang kami yang rajin lawat nenek ni..kami xpedulik! itu tugas kami selagi dia ade didunia ni.Menggembirakan hatinya yang dah kamu - kamu robek. Jangan sebab kisah lama yang mungkin sebab xpuas ati / apa - apa kamu - kamu benci sume orang yang menyayangi nenek neh. Kami hanya nak mengisi mase kami selagi ade hayat dia. Sesungguhnya kami sangat sayangkan dia. Sangat sayang! 

**Petang ni nak gi umah nenek lagi antar acar buah peberet nenek! Nenek tunggu ye? Ateh sayang sangat kat nenek. Walau kadang - kadang majuk sikit tapi tetap sayang nenek..hehe 
Xamik peduli pon kisah - kisah lama..yang penting skang mase bersame nenek! =')

mase ni kat kelantan. Satu hari di chalet.. nenek hepi sangat! esoknya berpindah hotel lak.

Nenek kate.. "nenek suke tido hotel selalu!"

nanti kite gi lagi ye nenek...


Di wajah nenek tergambar kesedihan..kami xnak tengok nenek sedih. Kalau leh lupe lah segala masalah tu. Kite hepi hepi jerk! tapi hati dia SIAPA YANG TAHU?


Nenek suke kek.. Dia suke jilat jilat cream kek tu..



Nenek suke jalan dan makan - makan! Mase ni kat Port Dickson.. =)


Di Mid Valley =)

Sibuk merengek nak rase naik komuter. Tugas aku adalah ikutkan kehendak dia.

Pergi nek train balik nek teksi..janji dapat naik..Sebabnya mase cuti sgt full orang!


Nenek sangat sayangkan kanak - kanak. Yang dlm picture ni sume cicit nenek =)

kadang - kadang cucu orang pon dia anggap macam cucu sendiri.Mungkin utk ubat kesedihan.


Dengan orang xkenal pon nak bergambar. Mase kami dinner di Sekinchan Ikan Bakar. Nenek antara yang paling hepi..




Tuesday, September 11, 2012

Amalan mulia dalam rumahtangga .

Assalammualaikum ...

Ramai orang berkata, pengalaman silam menjadi pengajaran. Tapi, pengalaman ini jugalah yang selalunya menghalang kita untuk merai kejayaan. Pengalaman buruk seperti pernah dikecewakan oleh suami pada masa lalu membuatkan kita langsung tidak percaya padanya walaupun hakikatnya dia sudah berubah. Inilah yang perlu kita sedar. Bebaskan diri daripada belenggu. Berfikirlah secara positif. Bantulah dia untuk berubah dan terus meninggalkan tabiat lama. Boleh ke? Same - samelah kite memaafkan dan melupakan kisah lama dan bantu dia berubah! Go go caiyok..

7 sifat mulia dalam rumah tangga

1. Jujur
Sama ada anda suami atau isteri, jujur terhadap pasangan sangat penting. Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan. Buang jauh-jauh sifat negatif itu dari diri. Apabila hati sudah bersih, anda pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.

2. Bertanggung jawab
Kedua-dua belah pihak mesti tahu tanggungjawab masing-masing setelah diijabkabulkan. Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, pasti tidak akan berlaku pertelingkahan. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredai Allah S.W.T. Bagi isteri dan anak-anak pula, mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

3. Berwawasan
Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat atau arah tuju keluarga. Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah. Dalam pada itu, masing-masing perlu sedar tujuan asal kita diwujudkan dalam dunia ini dan tahu kepada siapa kita akan kembali kelak. Barulah hidup lebih diberkati dan diredai.

4. Disiplin
Untuk memastikan matlamat tercapai, suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin. Melakukan setiap yang disuruh agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Ketahuilah bahawa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.

5. Bekerjasama
Apa yang penting kerja sama. Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama-sama, mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung.

6. Adil
Tidak kira suami ataupun isteri, anda mestilah sentiasa bersikap adil dengan semua orang agar rumah tangga aman dan damai sepanjang masa. Walau bagaimanapun, anda perlulah memahami tentang konsep adil itu sendiri melaksanakannya. 

7. Prihatin
Rajin-rajinlah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga anda. Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari. Jika ada yang tidak kena, perbetulkan segera. Hal ini penting bagi mengelakkan ahli keluarga anda tersasar jauh dari landasan sepatutnya yang telah ditetapkan oleh anda.

Kewajipan suami
  • Suami ialah ketua keluarga. Oleh itu, suami mestilah menjaga keluarga sebaiknya. Seorang suami mestilah mengawal, membimbing, mencari nafkah, menjaga keselamatan seisi keluarga, dan banyak lagi.
  • Selain menyediakan segala kelengkapan material untuk keluarga, suami juga perlu memastikan jiwa setiap ahli keluarga diisi dengan didikan agama secukupnya. Ketahuilah bahawa didikan agama sangat penting. Oleh itu, sekiranya suami tidak mampu mengajar sendiri, maka carilah orang yang berkelayakan untuk mengajar isteri, anak-anak dan diri sendiri.
  • Dalam hal mendidik ahli keluarga, suami perlulah menggunakan konsep menjadi contoh terbaik, belas kasihan dan berakhlak mulia.
Kewajipan isteri
  • Setiap isteri perlu taat pada suaminya. Segala tindakan tidak boleh membelakangkan suaminya.
  • Isteri juga perlu menjaga kehormatan diri dan nama baik suami ketika keluar rumah.
  • Isteri mestilah sentiasa kemas dan kelihatan menarik di hadapan suaminya dan mampu membahagiakan suami zahir dan batin.
11 amalan mulia dalam keluarga
  1. Sentiasa bersabar dan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.
  2. Sentiasa memaafkan orang yang melakukan kesilapan.
  3. Saling tolong-menolong antara satu sama lain.
  4. Bersikap jujur dengan sesiapa sahaja.
  5. Saling sayang-menyayangi.
  6. Boleh bertolak ansur.
  7. Bertanggungjawab dan amanah.
  8. Elakkan diri daripada sifat-sifat negatif.
  9. Sekiranya ada masalah, berbincanglah bersama ahli keluarga.
  10. Mesti bersikap terbuka dan bersedia menerima kritikan.
  11.  Sentiasa senyum.
Sangat berharap aku dan mr.huB same -same leh amalkan sifat - sifat mulia dalam keluarga  kami. Yelah kan..sape xmau ade kuarge yang bahagia cenggini! =)
Aminnnnn.... **Saya sayang incik suami saya!



Good luck Abang Men!

Assalammualaikum ...

ish..ish..dah besar ko ye mirul. Rasenye baru je dukung - dukung peluk cium ko. Tetibe dah membujang! Cucu pertama incik Sulaiman + puan Pauziah dah menginjak dewasa. Arini amik exam UPSR. Dengan umi ko memang xde can le nak bermanja - manja sgt kan?sebab umi ko memang GARANG. tapi garang xbermakna xsayang. =)

Ape pon.. umi nak ucap selamat berjaya jawab sume soklan UPSR tu ye? Jangan gopoh sgt nak jawab. Xde istilah sape cepat abes jawab dia terror! Double check tu penting! agak2 susah tinggalkan buat soklan len dulu.pastu ulang balik ke soklan yang xdpt buat tu.Jangan bazir mase duk tenung soklan yg susah tu. Kang tembus lak kertas pekse tu! hehe
Beria umi ko ni.. Padahal UPSR je kot! Tapi ko kena ingat permulaan adalah UPSR. Klu UPSR pon xleh nak buat camne ko nak hadapi peperiksaan yang lebih besar lepas ni? Makanya anggap UPSR jugak adalah periksa besar dlm hidup ko!

Belom - belom pekse dah tnye nani n atok nak bg adiah ape.. ha! ni umi nak marah. Buat dulu. Dah tau result baru tunjuk kat sume org pastu baru leh mintak adiah. Kalau A sengau (E) je ko pungut memang rotan lah adiahnye!! ingat tu..ROTAN adiah utk E.. Kalau A bersusun xyah tunggu nani & atok umi pon ade adiah best tuk ko! itu janji umi. =)
Tapi nak A bersusun.. meh buktikan ye abang men!

Tetibe duk bebel ko kan abang men..Umi ngat cite umi dedulu mase nak UPSR. Umi UPSR tahun 1998. Mase negara kite Malaysia tgh anjurkan sukan Komanwel. Tarikh tu pon umi ingat smpai skang. 1 September 1998... Maunye umi xingat? tarikh tu adalah sehari selepas arwah Paklang ko tinggal kan kami sume. 31 Ogos 1998 tu sume rakyat Malaysia sedang menikmati cuti Merdeka. tetibe telefon umah berdering..umi yang angkat pepagi tu! Tetibe org kat talian belah sane cakap 
"E'an eksiden!"
Umi kejut atok & nani.. Atok & nani bangun masuk bilik air basuh - basuh muka mandi bagai sebab nak gi sepital. Sedang tunggu nani & atok siap tetibe telefon bunyi lagi.Umi gak yang angkat..Tetibe orang yang kol tu cakap..
"E'an dah meninggal!".....
Tutttt,...talian diputuskan. Umi rase cam mimpi je. Betul ke x ape yg umi dgr td. Atok yang baru siap mandi pelik tengok umi tercegat pegang gagang. Bile umi bgtau apa yang umi dgr atok & nani dah xtentu arah. Arwah paklang ko tu anak yg paling disayangi.Sume orang pon sygkan dia. Sape sangka. Dia tinggalkan kami ketika usia dia 17tahun. Muda lagi.. mase tu umur umi baya ko. 12thn! Yelah esoknya kan umi nak amik UPSR.. Umi rase cam xnk je gi sekolah amik pekse. Sebab arwah paklang kena wat post-mortem. Esoknya baru leh bawa jenazah balik tuk dikebumikan. Dia meninggal eksiden tapi sikit luka pon xde kat badan dia selain dari calar - calar kena jalan sebab tu doktor terpaksa buat post-mortem. Dia jatuh sendiri menurut kata kawan - kawan yang ade dengan dia. Terlanggar cone jalan yang warna merah tu. Dia leka tengok kapalterbang. Mase tu KLIA baru je dibina.. Pagi 1 September 1998,tarikh umi kena gi sekolah amik pekse tu..umi mmg xde semangat langsung. Telefon umah berdering. Ustaz yang pernah ajar umi dedulu dan jugak dah declare jadi abg angkat umi mase sekolah rendah dulu tepon. Mase tu dia dah pindah ajar tempat lain. Tapi dia ingat umi nak amik pekse dia kol pagi sebelum umi gi sekolah tu. Umi ngadu ngan Ustaz tu.

"ustaz..cmne saya nak amik pekse? Saya xde semangat! Abg saye meninggal semalam"

"suzira..awk kena kuatkan semangat! Pegi amik pekse! Langkah kaki kanan dan selawat tuk jawab pekse tu" Doa abg awk sentiasa bersama awk."

Mekaseh ustaz Yusri.. Sebabkan tu jugak,umi gigih ke sekolah dgn perasaan bercampur - baur. Nak amik pekse dgn nak sgt tengok wajah Paklang buat kali terakhir. Sebelum pergi sekolah tu puas pesan kat sume orang..
"jangan tanam Alang dulu tau! Tunggu ateh balik"

Rupenye selama umi sedang amik pekse tu,beberapa kali kawan baba ko iaitu Zam dtg kesekolah nak amik umi. Tapi cikgu xbg sebab umi lom abes pekse. Abes je jawab umi terus gi kat public depan sekolah tu tepon umah suh amik. Abg Zam tu jugak yang dtg amik. Terus dia bawak umi gi kubur sebab jenazah Paklang sedang dikebumikan. Sampai2 je orang tengah timbus Paklang.Umi nangis. Sebab xdpt tengok Paklang! Yang umi nampak hanya cebisan kain kapan yang menyelubungi arwah paklang mase tu.Umi terlambat.. Malam tu umi mimpi... Paklang dtg dlm mimpi umi.Bersih je wajah dia. Umi salam tangan dia,cium tangan dia terus dia pergi tinggalkan umi tanpa sebarang kata. Sekurang - kurangnya umi dpt gak jumpa dengan Paklang walau dlm mimpi. Esoknya umi kena gak gi sekolah lagi dlm masih lagi bersedih kehilangan orang yang umi syg. Sebab exam UPSR mase tu 3ari. Tapi alhamdulillah keputusan umi UPSR umi sukses.. walaupon x susun A tapi umi bangga umi dpt jugak 3A mase tu walau dlm keadaan macam tu.

Boleh x abang men lakukan lebih baik dari umi??
Buktikan... =)

Al - fatehah buat Alang kesayangan kami semua. Ateh sangat - sangat merindui kamu. Walau dah  14tahun alang pergi meninggalkan kami tapi kami xpernah melupakan alang. Dan kami akan terus merindui alang.. Kita membesar bersama dengan pelbagai kenangan.Dan kenangan itulah yang ateh jadikan pengubat apabila merindui alang. Doa ateh sentiasa mengiringi alang.

**airmata xberenti tumpah disaat aku menaip!sungguh..aku merindui dia Razain bin Sulaiman =)

Susu & Titis ...

Assalammualaikum ...

Tersebutlah kisah susu dan titis ...
Si manja kecit tomey aii le.. Umur dah 2tahun pun. Tapi masih lagi cakap bahasa dia. Puas dah kami sekuarge ajar cakap. Susu! dia tetap Titis.. Tah mana dapat perkataan tu pon aku xpasti. Tapi siyes comel...Susah kot dia nak sebut susu.. Tapi sampai bile erk? xmo le sampai besar titis. =)

"nak titis"...

Rase nak lempang lelaju je ...sebab geram dgr dia cakap! Ari - ari aku dan mr.huB ajar dia..

abi : "lembu..."

atik : "embu.."

abi : "susu!"

 atik : "titis!"

Tetap titis! Ouh my manja..awak buat umi sgt geram nak geget - geget tau. Xsabar rasenye nak tengok gelagat si kecit tomey bile dapat tengok wajah adik dia sendiri. Ape erk reaksi pertama dia? Skang ni asik2 tengok baby orang je. Sebab tiap kali aku bgtau yang dlm peyut aku de baby dia,lelaju dia cakap "nanak!"..
Pastu bile suh pegang pon dia xmo.. my Family pon dah puas ajar panggil si kecit tomey kakngah. Sepantas kilat gak dia jawab.. "atik!"... Atik adalah adik.. begitulah si pelat bercakap. haha
xmo panggil kakngah.. =)
aku rase sebab dia ngat kami panggil dia pakngah kot. de ngah - ngah tu dia xmo lah kot. Pakngah adalah abg aku. Abg aku tu suke sgt sakat dia. Lagi satu dia kate " ngah mok".. pakngah gemok!
comel je dgr si pelat bercakap..

to si kecit tomey =)
nanti ade baby,,adik xmo cakap pelat - pelat ye? kena belajar cakap dari skang! lagi bape bulan je adik dah nak dapat baby. Adik pon dah nak jadi Kakngah! hehe
Kakngah tetap anak manja umi sampai bila - bila..same jugak ngan kakak Wawa. Dua2 pon kesayangan umi! esok - esok tiga2 pon KESAYANGAN umi..

nilah atik a.k.a Kakngah

si kecit tomey!!

makcikpakcikkakakabangsedaramara aku sume kate kalau nak tengik muka aku kecik - kecik dulu cenggini le.. Muka nakal! Sampai de lah sedaramara aku panggil dia Junior sbb sejibik muka umi =)

sekejap je dah nak 3 anak umi! Bestnye pengalaman jadi ibu. Mekaseh emak sebab melahirkan dan menjaga ateh selama ni. Ateh harap ateh jugak leh jage anak2 ateh mcm mane emak jage ateh dulu. Ateh mintak maaf sebab banyak sgt susahkan emak dan abah. skang ateh dah tau betapa besarnye pengorbanan seorang ayah dan ibu..sayang sgt kat emak dan abah!

Monday, September 10, 2012

Tahniah! tahniah! tahniah!

Assalammualaikum ...

Tahniah sangat - sangat buat makcik kesayangan aku, Siti Aini binti Abu Samah. Akhirnya..saat - saat yang kami tunggu utk tahu siapa kah gerangan yang berjaya mencuri hatinya TERJAWAB.
Apa pon dan juga siapa pon pilihan mu,doa kami sentiasa bersama mu! Semoga hubungan ini terus dan sentiasa di bawah rahmatNya. =)

Sejak aku kecil,menjengah dewasa sampailah aku dah berumahtangga ..dgn makcik nan seorang ni lah tersemat segala rahsia. Rahsia mu rahsia ku jua! haha 
Kadang - kadang terasa rindu saat kami asik bersuka ria..tapi semua tu hanya tinggal kenangan. Skang pon sume dah bergelar KEPUNYAAN orang. Makanya tingkah laku kami harus dijaga. Aku selalu mengharapkan agar makcik aku ni jumpe orang yang sebenar - benar orang yang leh mendidik dia didunia dan akhirat. Sebab apa? Sebab aku sayangkan dia. 

To my lovely auntie =)
Ateh harap sgt si dia leh jaga acik sebaik baiknya. Acik dah banyak sangat lalui pahit manis hidup ni. Semoga si dia leh mengubati kedukaan acik yang lama. Buang yang keruh ambil yang jernih! 
Semoga hubungan acik dan si dia akan berkekalan hingga ke akhirnya. Lupakanlah insan yang pernah melukakan acik satu masa dulu.

Merasmikan pelamin nani VOUGE mereka =)

Umi & anak - anak


Bakal mak mertua sarung cincin .. **berdebar - debar


Sangat cantik!

in LOVE =)




Orang yang paling hepi melihat acik hepi .... =)

Friday, September 7, 2012

20weeks 5days =)

Assalammualaikum ...

Alhamdulillah .. cukup 5bulan peknen! Dan alhamdulillah jugak sbb morning sickness dah semakin berkurang. Makan dah laju! Keje pon dah rajin! Cuma satu problem je lom ilang lagi. Problemnya ialah mengandung kali ni adalah aku keGELIan dgn ayaq liuq sendiri. Xleh tertelan sikit pong! Mulalah rase nak termuntah bagai. Makanya,utk elakkan keGELIan,aku kena sumbat mulut ngan gegula/sumthing yang leh kurangkan pemprosesan ayaq liuq. Penat le asik nak berulang alik tandas/sinki tuk meludah. Kenapa erk ade mabuk cenggitu? Ke aku sorang je yg alami mende cenggitu..? Org len xpernah rase..sian aku an?

Mengandung kali ke3 ni banyak sangat beza ngan mase mengandungkan si kakak sayang dan si kecit tomey. Bulan pertama peknen tu langsung aku xde rase mabuk! Siap leh mkn memacam lagi. Ceria je bitau orang len aku peknen..haha Tetiba masuk je bulan kedua & ketiga aku dah mula rase keMALASan yang amat sgt. Nak gi keje MALAS! nak makan MALAS! nak balik umah MALAS! Setiap minggu mesti ade cuti..sbb xlarat gi keje. Makan pon sume xlalu sebab asik muntah. Langsung xde selera makan sampai turun berat badan. Umah pon xjenguk2..balik amik baju je. Bertapa lah kami anak beranak umah my emak. Tapi tahap kemabukan mase bulan kedua ketiga tu xde lah seteruk peknenkan si kakak-kakak tu. Mengandungkan mereka memang aku langsung xkuat. Sampai berumah kat sepital sbb kena masuk air.

Masuk bulan ke4 sehingga sekarang,morning sickness semakin hilang dan aku semakin bersemangat. Baru leh melawa sikit gi keje. Kalau x,serupa xsiap je dtg keje..Pakai rembat je ape yang ade. sedih!
Makan pon dah laju..Sua je ke mulut sume lalu. xde muntah2 dah cuma loya2 tu pon kadang - kadang. Dan yang aku pasan skang aku dah kurang sakit kepala. Mase memula ngandung ritu kerap kena sakit kepala. Kejap - kejap sakit kepala! Sampai tahap kena telan Panadol. Sakit xtertahan. Tapi bila check tekanan darah ok je. Kali ketiga peknen ni adalah 1st time aku kena minum air gula. huh! Memula dgr perkataan MINUM AIR GULA tu aku dah geli geleman.Cenggane nak telan air gula tu erk? Dahlah disuruh berpuasa malam sebelum tu. Tetiba pagi tu kena suh minum air gula. Memang terbaik! Sampai2 klinik tu cool je aku nak minum air gula. Memula minum OK je. Pastu kena tggu 2jam sambil dgr ceramah bagai tetiba tekak aku dah mengembang. Gi sinki trus blueeekk! kuar sume air gula. terus berkriukk kriukk perut kelaparan.. Nak makan! Tapi alhamdulillah result sume OK. 
Dan menurut kate nurse akan ade kali kedua utk minum air gula.Bile aku pon xpasti.. ikut jelah utk kebaikan aku dan bayi..hehe

Mengandung sebelum2 ni,susu dan vitamin adalah musuh ketat! memang susah aku nak telan 2 benda tu. tapi peknen yang ni aku leh minum susu.Walaweyyhh! Susu lak xmo susu khas utk ibu peknen tu. Makanya doktor suggest suh minum susu segar HIGH CALCIUM. mr.huB try beli susu Ducth Lady High Calcium tu..sedap je aku telan! Hasilnya skang setiap kali beli adalah 3kotak. Sekotak utk 3ari..Perghhh..kan main baby ye. Saje nak bagi abi kopak. hahaha!Tapi xpe sume pon utk baby.Vitamin lak aku xbape rajin nak telan.Cuma agak2 dah dekat ari check up baru aku mkn. Alhamdulillah sebab tiap kali check up pon sume ok. Cuma wat mase ni berat aku xkonsisten sbb asik turun je. Tapi le kan.,,aku rase memula tu je turun pasni pasti naik mendadak - dadak. sebabnye aku dah leh telan sume. Ari Isnin ni kite tgk ye? Harap naik le sikit tapi bukan naik banyak. =)

Tetibe teringat mase ngandungkan si kecit tomey dedulu kan..aku dan mr.huB sgtlah mengharap yang baby kami adalah BOY. Dari mula peknen sampai dah kuar baby kami xsure baby ape.sebab tiap kali scan pon xnampak. Last2 kuar adalah GIRL tapi makin besar pangai serupa budak laki. Sangat lasak. Agaknya sebab keinginan kami dulu kot. Dan kali ni aku cuba tanam xmo langsung mengharap. Dan aku memang xde langsung mengharap. Xkisah pon kuar girl/boy.Yang penting baby selamat dan sihat. Cuma kadang - kadang oran sekeliling je yang buat aku jadi terMENGHARAP.. Sebab banyak komen dari orang sekeliling..
  1. "Besarnye perut..mesti baby boy ni!"
  2. "Eh..eh..ngandung kali ni xmabuk ke???sebelum ni mabuk teruk an?Mesti baby boy kan?"
  3. "Kuat makan asam ye..bese kuat mkn asam ni pembawakan bayi lelaki. Tah2 boy kot"
Dan macam - macam lagi.. Mekaseh lah di atas komen - komen tu ye. Saya xkisah pon. Kalau girl pon alhamdulillah kalau boy pon alhamdulillah.. Syukur! Tapi normal lah kan manusia. Yang dah de pompuan nak lelaki yang ade lelaki nak pompuan.  Skang dah 5bln,perut pon dah makin memboyot. Tapi peknen yang ni memang perut aku sangat - sangat cepat membesar. Ke sebab kulit perut tebal? Atau pon dah 3kali peknen? 5bulan dah serupa 7bulan! esok - esok 7bulan dah macam 9bulan.. kalau 9bulan? aduiii!! 5bulan ni pon dah mengah - mengah nak berjalan..alamatnye,,9bulan esok berkerusi roda dtg keje..**tipu disitu Kawan aku peknen kembar pon rileks je berjalan.Tetibe aku ngandung sorang xberdaya..Poyo!

Dan sehingga kini aku masih lom rase gerakan baby..sedih! 3kali ngandung,tiga - tiga pon aku akan rase lambat baby gerak. Rindu nak tengok perut gerak - gerak. Skang yang aku rase cuma jentik - jentik je.. Mungkin dekat - dekat nak 6bulan nnt baru aku leh rase. Betul lah kot kulit perut aku tebal. tetibe salahkan kulit perut.Padahal lemak yang berkumpul..haha Tapi xpe..esok - esok leh rase gak. Itu yang penting! Xsabarnye.... =)

Rasenye cukup takat ni je kot kongsi 20weeks 5 days aku.. Nak kongsi picture baby pon lom scan lagi. Kalau ikut mr.huB dia xmo scan pong! Suprise..boleh?haha
Dan peknen kali ni berkongsi kegembiraan dengan ramai jugak kengkawan yang same - same memboyot. Tahniah ye! Meh kite bersilih ganti cuti 3bulan..weeeehu!

Nah!!tengok le sarapan mak buyung pagi ni ye?

Gambar perut xdo!!!kalau ade pong,,malu nak bg korang tengok..haha

Wednesday, September 5, 2012

Kamu yang bijak ..

Assalammualaikum ...

Sejak dah ok sikit dari mabuk peknen ritu,,terasa rajin je jemari halus aku ni nak menaip cerita sendiri! Syok kot dapat berkongsi kegembiraan membesarkan 2orang puteri yang sangat menghiburkan hati ni.. Entri kali ni nak kongsi kebijaksanaan si kakak sayang lak lah. Asik - asik adik! esok2 kot kakak dah pandai baca jadi hal lak jeles ke adik sebab ummi asik cite hal adik je..hihi
Harap xlah kan sayang - sayang ummi.. Ummi akan cuba berlaku adil terhadap anak - anak ummi. =)

Kadang - kadang aku rase kesian kat si kakak sayang.. Gi mana - mana je sume orang akan tanye dia.
"kakak dah sekolah ke?"
Dia nak jawab pon cam angguk geleng angguk geleng je.. Aku tau dia nak sangat sekolah cam kengkawan yang lain. Sebab kadang - kadang dia duk asik bercerita tentang cegu,tentang sekolah,tentang kawan - kawan.. Dari tibi mungkin! Dia mula mintak sekolah pon sejak pandai tengok upin ipin dulu. katenye kalau dia gi sekolah dia nak cakap cam upin ipin tu.. 
"SELAMAT PAGI CIKGU"..... 
Sebab tu je dia nak gi sekolah.. Rasenye dari tahun lepas lagi aku dah beria - ia nak sekolah kan dia. Tapi emak ubah semua keputusan kami.. Selama ni si kakak sayang memang tinggal dengan nani dia kalau aku dan mr.huB gi keje. Dari kecik pun! So,emak aku kate biarlah umur dia 5/6tahun nnt baru antar sekolah..skang ni kecik lg. Emak kate lagi klu leh umur 6thn pon xpe.. Orang len antar anak tu mungkin sebab xde orang jage anak dorang. kate emak cam aku ni emak jage! xyah ar riso sgt. 
Tapi yang membanggakan aku..walaupon xbersekolah lagi tapi si kakak sayang adalah anak yang mudah di ajar. Sejak umur dia 1tahun lebih pon dia dah mula menunjukkan minat yang dia memang suka belajar. Umur setahun lebih dia dah boleh kira 0ne - ten & satu - soploh! oklah tu..
dah pandai pegang pen/pensil utk tunjuk bakat dia..sebab sesetengah budak yang xbersekolah dan membesar sepenuhnya dirumah memang xmau langsung disuruh pegang pen/pensil.. sehinggalah dihantar ke sekolah. Umur 2tahun lebih - 3thn,si kakak sayang dah hafal doa makan.. memula ajar tu memang lawak lah dgr dia bace. Tapi as a parents kita kena puji dan sentiasa ajar dia. dan skang dia dah ajar adik dia lak bace doa makan. 
Harap kakak akan terus minat utk belajar hingga hujung nyawa sebab ilmu tu harus sentiasa kita cari. Dan sekarang,,si kakak sayang dah mula tunjuk minat melukis.. Rasenye xpernah sape ajar dia pegang pensil care yang betul apatah lagi melukis lukisan yang benar - benar ade bentuk rupa. Tapi siapa sangka walau xgi sekolah pon,anak ummi boleh setanding dengan budak - budak yang gi sekolah. Kakak memang bijak kan?

Insiden berlaku pada satu malam..time aku dan anak - anak tengah melepak sambil tengok tibi. Aku nampak si kakak sayang pegang buku dan pensil..

ummi : kakak,,meh bawak buku sini. Umi lukis muka kakak..

kakak : nah mi..

ummi : kakak duk diam - diam..jgn gerak - gerak..nanti xcantik!

kakak : ok

ummi : nah..tengok muka kakak. cantik x?


kakak : hihihi... ape lah ummi ni!

ku sangkakan abes disitu je..tetibe si kakak dtg balik kat aku..sambil bercakap.

kakak : ummi..ummi duk diam - diam ye..kakak nak lukis muka ummi..

ummi : ok

5 minit kemudian...

ummi : kak,,lame lagi ke? ummi dah penat ni..

kakak : sikit je lagi..ummi jgn ar gerak..nanti xcantik.

ummi : yelah..cepatlah.
  
kakak : dah..nah! cantik x muka ummi?  


cantik nak..memang sangat cantik! sekurang - kurangnya lukisan kamu ade gak rupe orang.. walaupon! hihi...
Kamu memang anak yang sangat bijak. =)
Ummi dan abi sayang sangat kat kakak..juga dekat adik. Kamu berdua adalah permata hati ummi dan abi hingga kami mati . Love u so much!

Segalanya seperti yang dirancang !

Assalammualaikum ...

3 majlis serentak dah selesai !
Dan alhamdulillah sebab semuanya berjalan seperti yang dirancang. Mudah - mudahan ade rezeki lebih tahun depan leh buat lagi. Seronok dapat jamu kawan - kawan dan orang terdekat ni. Bila dah sekali buat rase xlengkap tahun depannya xbuat lagi. Masuk tahun ni adalah tahun ke-4 kot kami dah buat makan - makan di hari raya.. seronok walaupon agak letih. Seperti biasa tahun - tahun yang lepas, majlis bermula jam 5 hingga selesai. Dan seperti biasa jugak tetamu last adalah kawan - kawan kerja mr.huB jam 11.30 - 12 tengah malam. Ape pon terima kasih para tetamu sebab sudi hadir di majlis kecil - kecilan kami. =)

Malam sebelum majlis tu,lepas tidurkan si kakak sayang dan si kecit tomey lelaju aku ngan mr.huB amik my cik Ana gi beli barang  kat NSK Kuchai. Perghhh! jam 12tengah malam pon serupa siang kat NSK. Sejak pandai membeli di NSK ni jarang le aku lakibini membeli kat tempat len melainkan klu barang yang kat NSK tu regenye leh dpt murah kat tempat len. Memang berbaloi - baloi lah buat masa ni.. Yelah,kita kan pengguna dan juga pembeli. Makanya,jadilah pengguna dan pembeli yang berhemah. Dah tau mahal jangan beli! ye dak?

Barang yang nak dibeli memang awal - awal lagi dah aku list..supaya xterpikir - pikir ape menda nak dibeli. Cuma kadang - kadang bertekak gak ngan mr.huB sebab dia jenis yang tiba - tiba terpikir dia terus amik. Aku ni bukan je siap list,kadang mau je aku kuar kalkulator bagai.. bukan kedekut! cuma xmau terlebih bajet.hehe
Lepas campak itu ini dalam troli lelaju gi bayar sebab jam pon dah pukul 2pagi.. esoknya nak bangun pepagi lak. Yelah,,xde sape lagi yang nak diharapkan..kami jelah pon yang akan mensibukkan diri.. Makanya harus rehat jugak.. Tapi memang berbaloi - baloi lah soping kat NSK tu. Lepas - lepas ni sape nak buat makan gi lah membeli di NSK. Memang siap leh wat kenduri bagai dengan hanya bajet yang xseberapa. Malam tu kami hanya habis RM432.00 utk beli pelbagai jenis barang..hanya de beberapa barang yang xdpt. 4rat lebih tu adalah segala bagai..dengan ayam 15 ekornya, nugget 3beg besarnya,ikan masin berkilo -kilo,beras,sayur pelbagai jenis sayur,mee2 bihun bagai,dan macam - macam lagi yang aku dah xingat pe jenisnya. tapi aku memang puas hati.

Menu pada hari tersebut adalah :

Nasi putih (Beras 10kg)
Ayam masak kari kentang (menu asal ayam masak lemak cili padi,tukar last minute)
Sayur Fat Choy Goreng Sos Tiram (menu asal taugeh kasar tp taugeh abes tukar jugak!)
Ayam Goreng Berempah Simple 
Sambal belacan (Terbaikkk from my cik Ana)
Ulam - ulaman ( mentimun & kacang botol berkilo2)
Nasi impit
Masak lodeh/kuah lontong
Kuah kacang
Mee & bihun sup
Sambal kicap
Sate ayam & daging 
Buah orange 
Air orange dan grape

Asalnya cadangan kami hanya nak jamu tetamu makan nasi berlauk je. tapi my abah bertegas. Kita nak wat sekali makan - makan di hari raya.Bukan kenduri semata. Xkan nasik je.. Nak gak ade makan - makan sampingan lain.. Sian lak aku tengok my abah. Makanya menu terus menjadi banyak salah satu sebab adalah nak puaskan hati abah jugak. Itu pon sate my abah yang beli ondaway balik dari keje. Risau betul dia tetamu kekurangan makanan. mekaseh my abah! =)
Bertungkus - lumus le kami - kami nak menyudahkan siap masak. Menu xlah banyak dan adalah sesimple yang boleh tetapinya masak adalah banyak! berperiuk belanga berkuali - kuali berkilo - kilo. Memang serupa kenduri jugak.. Dalam orang duk sibuk - sibuk tu sempat jugak aku dan mr.huB lari ke Carrefour tambah ayam utk sup 3 ekor lagi dan singgah di kedai kek feberet aku dan mr.huB. Baker's Cottage di Presint 8. Beli kek utk si kecit tomey..Memang murah dan sedap. Percayalah! Dah berapa kali beday memang Baker's Cottage adalah pilihan kami. Sekilo kek aiskrim hanya berharga RM72.00 sahaja.. Ala,,kek utk si kecik..xdpt Baskin Robbin pon janji sekerim sudah.. Alhamdulillah sume pon suka..

Naseb baik semua sempat dimasak jam 5petang tu.. Risau jugak xsempat masak. Mekaseh banyak - banyak pada tenaga kerja yang sangat - sangat banyak membantu. Sayang kamu semua!
utk tetamu cilik =)

kek sekerim walaweyyyhhh!

hepi besday my lil princess.. ummi & abi love u so much!

my abah adalah salah sorang orang yang sangat sibuk pada hari itu..mekaseh abah! sayang abah sangat.. =)

Nyum..nyum..

Jemput makan sume .. =)

selepas tahlil..

amoiiiii

tetamu belah malam
Disebabkan sibuk di dapur dan melayan tetamu xbanyak pic yang dpt aku snap. Sebelum aku tamatkan bebelan aku,,mekaseh yang xterhingga kepada tetamu - tetamu yang sudi hadir.. mekaseh sangat..Maaf ye kalau xterlayan..sebab busy,,ai xde orang gaji..hehe



Tuesday, September 4, 2012

si kecit tomey dah BERTUKAR!

Assalammualaikum ...

04 September 2012
Arini genap si kecit tomey 2tahun.. Masih terasa2 sakitnya aku bersalin kan dia 2thn yang lepas. Tapi siapa sangka xlame lagi si kecit tomey aku tu dah nak jadi kakak..hehe
dalam terasa sakitnye tu pun masih lagi mau menambah network kan?haha
Doa ummi & abi setiap hari adalah semoga anak2 ummi & abi menjadi anak yang taat kepada suruhanNya dan menjadi anak yang solehah buat ummi & abi esok hari!

si kecit tomey skang dah sgt2 bijak.. yelah! dah 2thn pon.. sape lagi nak puji kan klu bukan emak dia sendiri. yang wat aku pening skang ni, xlame lagi si kecit tomey ni dah nak jadi kakak. So,kami sekuarge sepakat lah nak ajar dia dari sekarang biasakan panggilan len kat dia. sebelum ni kami2 kat dlm umah panggil dia adik/yaya.. xnak lah esok2 baby dia pon panggil dia adik/yaya.. cara nak ajar si kecit tomey ni slow2 aku ngan yang len2 panggil dia kakngah. tetapi!! elok je dia dengar orang panggil dia kakngah lelaju je dia menyahut.. 
"butan!! atik...."
terjemahan = "bukan!! adik...."
punyalah dia xmo orang panggil dia kakngah. mr.huB aku lak orang yang paling suka sakat dia. kadang dlm kete pon leh lagi nyakat.. tp jawapan dia tetap adik! xmo orang panggil kakngah. sian plak kat si ekcit tomey..cam xbersedia je lagi jd kakak..
tapi kan dalam perangai manja si kecit tomey tu kan..kadang2 aku terperasan lah. Si kecit tomey ni lebih matang dari akak dia.. akak dia lak yang kadang nampak over manja! kadang2 susu punya hal pon si kakak sayang leh menangis.. susu dorang ni sama je jenama! mak apak dia kan sume nak mudah sesajo. kadang2 si kakak sayang dah abes sebotol tetibe mintak lagi..yang si kecit tomey lak sbb kan masih berGANTUNGan so isap botol tu main2 je..makanya susu dia lambat le abesnye. bile dia tengok kakak dia melalak2 nak susu..lelaju dia bagi susu dia kat akak..senyum lebar le si akak! klu time mkn je..terus - terus berlari ke dapur sambil jerit..
"tatak..atan!!!"
terjemahan = "kakak..makan!!!"
kalau si akak..mmg xde nak kenang si adik..makan dia saje! adik mmg mudah disuruh..sbb tu aku kate si kecit tomey ni dlm pada manja dia terselit kematangan dia.. sbb tu aku xriso lah kalu dia beradik pon. mungkin panggilan tu xjadi mslh kot.. salah ke kalau si kecit tomey kekal dgn panggilan adik?
baru - baru ni kami sekuarge de gi Econsave.. tetibe kat Econsave tu si kecit tomey bertukar jadi Mak Jemah!perghhh..memang pecah perut gelakkan gelagat dia. belum2 lagi dah nak bertukar jadi Mak Jemah! orang suh jadi kakngah xmo. kan molek jadi kakngah dari jadi Mak Jemah!
sume angkara troli kecik yang ade kat Econsave tu.kelas ko Jemah!!!
xmo cite banyak aku nak korang tengok je keJEMAHan si kecit tomey..
saye sudah dptkan TROLI saya..anda bagaimana?
"barang" sudah ambil..time bayar!


"eh eh..xsampai lak! aduiiyai~~"

geram je aku tengok keJEMAHan si kecit tomey ni..disebabkan jemahnya dia jugaklah si kakak sayang merajuk xsudah.. sbb TROLI kecik dah kehabesan..berebut lah mereka..dan bese mmg adik lah yang akan menang kn? kakak kan kakak..ngalahlah dengan adik ye syg!
ummi sayang kakak ngan adik ngan baby..hihi

Thursday, August 30, 2012

3majlis serentak pada 31 ogos 2012 =)

Assalammualaikum =)

Cadangan asal aku nak wat open house raya tahun ni skali dgn majlis beday si kecit tomey. Tapi tetibe perancangan berubah last minit bile mr.huB beria - ia nak buat 31 Ogos 2012.. huh! xke last minute namanye tu..esok je pun dah 31hb.. sabar jelah. Lagipon beday si kecit tomey lom tiba lagi pon 31hb tu.. sbb aku klu leh biar lah skali xyah berpening - pening kemudian hari.. tp mcm mr.huB kate..ape de hal klu potong kek awal 2-3hari ponggg.. aduiyaiiii de je jwpnye!

oklah..oklahhh!! dah nak sgt wat 31 Ogos tu aku cdang terus collect sikit sorang sbb nak wat tahlil utk arwah abang yang paling aku syg skali.. Razain Bin Sulaiman yang meninggal pada 31 Ogos 1998. Terasa rindu sgt pada Alang! Nenek pon nak joint skali wat tahlil utk arwah atok kesayangan aku. Bahusin Bin Ali Kabri dlm kenangan! Makanya 3majlis serentak esok hari..

KENDURI TAHLIL
&
OPEN HOUSE 2012
&
YAYA's BIRTHDAY CELEBRATION

hehehe..bab - bab jimat ni mmg leh bg kat aku.! aku mmg suke.. Jimat ke kedekut? ntah.. klu JIMAT dah tentu melambak duit aku kan..haha!
awal2 lg dah ckp ngan share - share partner iaitu my ABAH,my NENEK,my CIK ANA..

  1. share hanya kuar wang mengikut bajet yg dah ditetapkan..! skali kuar je..cukup xcukup itu je bajet.. jgn ade yg terlebih/terkurang keluar.. sbbnye ni persetujuan bersame. same2 nk buat tahlil..same2 nak jemput tetamu memasing makanya kena adil. duit ni bkn leh wat main! betul x? sbb duit leh jd putus sedara..kan? xmo nnt abes majlis de yang xpuas ati sbb kena kuar duit lebih.. fullstop!
  2. masak xmo PELBAGAI jenis tapi biar BANYAK! cadangan menu adalah makan nasik berlauk kekampungan gitu..yelah rasenye kebanyakan tetamu kami pon rasenye orang2 asal kampung gak kot..xde rsenye dikalangan meraka asalnye LUAR NEGARA..haha
    share partner len sume dah bersetuju cuma abah je de pendapat len. Katanye ni ari raya! kita nak wat open house bukan wat kenduri semata2.. xkn mkn nasik je.! nak gak ade mee2 ke, makanan2 len ke.. ok!ok! aku setuju pendapat abah. bertelagah gak memula emak ngan abah..haha..sbb xnk emak dan abah bergaduh manja aku pon ckplah.. jgn riso incik abah! chef kite iaitu mr.huB aku anytime leh msk setakat mee/bihun sup tu. mungkin abah segan kot ngan kawan2 dia.. dan kemungkinan besar esok akan ade menu selain nasik ulam - ulaman ye para tetamu! Tapi jgn harap sgt ye.. kot2 xde kang kecewa lak kamu dtg kena mkn nasik putih je..
  3. itu jelah kot pesanan penaja..! haha   Lain - lain lom pikir! sbb tetibe last minit ni aku nk kena pikir kek arijadi si kecit tomey lah.. Gift nak bg kat tetamu - tetamu cilik lah.. yang tu sume xtermasuk langsung dlm bajet yang telah ditetapkan. Nmpknye aku yang dah terLARI bajet. tulah nak sgt wat skali.. padan muka aku! xpelah sekurang - kurangnya letih skaligus. bayangkan lah klu esok - esok nak wat lak beday party si kecit tomey x ke sakit? asik - asik nak cuti.. sudahnye aku kena benti..lagi padan muka aku!
bagi aku majlis ni nanti setakat yang termampu cukuplah.. xde lah angan aku nak wat besar2an punye OPEN HOUSE.. saje - saje nak jamu tetamu makan2 di hari raya! Ade rezeki lebih esok - esok boleh lah aku wat besar2an punya!Kat sini awal - awal lah nak mintak maaf sekiranya ade terkurang di mata tetamu2 esok. ape yang aku nak semoga semuanya berada dlm keadaan seperti yang dirancang dan majlis esok dirahmati Allah S.W.T utk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada. Aminnnnnn!

sebenarnya kan letih betul tau bile rancang benda last minute ni! arini ni baru nak pikir msk ape esok! baru pikir brg ape nak dibeli! siapa nak masak! siapa nak gi beli barang! tapi disebabkan orang kuatnye pon hanya aku,mr.huB dan cik ana..makanya kami lah yang akan bertungkus - lumus bermula ptg ni! yelah xkan nak suh emak,abah ngan nenek lak pikir benda2 ni...balik je keje aku kena terus lari umah nenek nak bincang ape menu utk esok ngan cik ana sambil list barang nak di beli malam ni.. Barang - barang basah dan keirng mungkin akan kami beli di NSK mlm ni lepas tidur kan anak masing2..haha kenapa NSK? buat mase ni bagi aku NSK adalah tempat paling berbaloi - baloi utk aku shopping barang - barang dapur walaupon kdg2 terpakse bertolak bersempit. ade gak barang dia lebih mahal dari tempat bese! tp kite kena jadi pembeli yang bijak. dah tau mahal jgn beli! cari tempat len..tu pon nak bgtau!
lepas tu klu terpakse gi Pasar Borong mungkin akan terus singgah sebelum balik tu. tu pon klu ade brg yang nak xde di NSK!

esok sebelum mula masak..aku dan mr.huB kena pergi 2tempat iaitu Baker's Cottage kat Presint 8 tuk beli kek favourite si kecit tomey. xde lah secret recipe kan!hehe.. kek pon kecik2 je.. tuk tetamu - tetamu cilik je..mn yang agak2 dah berusia tlg nyanyi dah lah erk..hehe
dan kedai borong runcit di Sungai Tangkas..tah pe kebenda namanya aku pon xtau! nak beli jajan2 nak di isi dalam beg yang dah aku beli tuk bg gift kat tetamu - tetamu cilik nanti.. yang tua2 xkan nak makan jajan2 gula - gula bagai kot kan..haha

itu je perancangan wat mase ni! kepada yang nak dtg2 di alu - alukan ye! xde kad pon sy buat..hehe
di alamat
LOT 482 Rancangan Tanah Belia 
Kampung Limau Manis Sungai Merab
43000 Kajang
jam 4:30 - selesai

Tuesday, August 14, 2012

Boboy ke gegirl ????

As salam ...

Terasa lama betul xmerapu meraban kat belog sendiri.. Semua disebabkan alahan mengandung. Nak wat cenggane mmg tiap kali peknen pon alahan mmg teruk cenggitu! Terima jelah.. Nak jenguk belog sendiri mmg xlalu tapi ari2 je nak jenguk belog org len. =)

Arini kandungan aku dah cecah 17+ week.. Semalam baru wat monthly check up! Menyedihkan.. Setiap kali check up,berat badan pasti turun. Kandungan gula dan HB sume ok je.. Padahal ari2 pon mesti air manis..air suam mmg xlalu kat tekak kalau xsejuk. Obimin yg doc bagi mmg jarang skali jengah tekak melainkan klu esoknye de check up baru paksa telan juge! hehe

Aku agak mungkin sbb alahan yang terlampau kot buat berat badan aku turun. Tapi aku dah bagi jaminan kat doc check up yg lepas ni kompom berat aku xturun lagi sbb aku dah leh makan dgn JAYAnya..haha
Sebelum ni makan apa je pasti kuar balik..pastu pedas2 xmo! skang pedas ke masin ke manis ke sume pon lalu je.. abes le! pesanan doc jgn pas raye naik mendadak2 udah le.. sebulan 0.5kg sahaja! BAIK!!

Macam yang aku ckp,,aku dah lama xmerapu meraban kt belog aku ni..asik duk menjengah belog org len tanpa meninggalkan jejak pong! dan aku de terbaca satu belog someone ni..mcm best!
tajuk dia..MENGENAL JANTINA BAYI DI DALAM KANDUNGAN..hehe
macam tau2 je aku mmg nak sgt tau gender baby lam perut aku ni.. Yelah,sume ibu yg peknen pon pasti teringin nak tau bayi apa yg sedang dikandung kan? xkire le yg ke2 ke,yg ke3 ke,..
Macam aku yg peknen buat kali ketiga ni pon aku masih excited utk buat ujian imbasan.. tapi ramai kawan2 suggest mase kandungan 28-34week.. Lambatnye nak tggu!hehe
Sebenarnya xde lah mengharap sgt.. Xkisah pon boboy ke gegirl ke. Yang penting sihat walafiat je.. tapi lumrah manusia kot.. dah ade gegirl pasti nak boboy..hakhakhak
Macam yg korang2 tau.. ai dah ade 2 gegirl yang sgt comel kat umah tu =)
mau jugak merasa jage boboy..hehe (bukan mengharap tau,,ni DOA!) tulun le doa2kan jua yer!!

cara paling mudah nak tau gender baby adalah dgn scan..zaman canggih ni scan 4D leh nampak jelas sejelas2nya.. klu dulu2 je kot scan itam putih tu je yg xbape nak pasti.. katenye boboy kuarnya gegirl. dah xmemasal kuciwa!haha

ade orang dedolu men teka2..tengok perut dah leh tau gender baby.. Yeke? bolat pompuan le lonjong lelaki le.. kdg2 terbetul plak. mase yg 2nd baby dulu mr.huB pernah try teka. katenye perut aku lonjong,BOY! gi mana2 pong org tegur yg aku peknen baby boy. mmg smpai bersalin tu scan xnmpk gender. alih2 kuarnye gegirl..alhamdulillah sume sihat dan skang lasaknye kalah budak lelaki! =)

ade jugak orang2 teka melalui cara pemakanan lah,cara perwatakan kite lah. Tapi aku tertarik dgn satu info yg dikongsikan bloggers ni. korang yg peknen cam aku leh ler senyum simpul klu bace belog aku ni jika ada tanda2 berkaitan ngan kamu. aku tgh senyum ni! tapi kalau silap bukan salah aku ha! ini cuma suka2...


Tanda Anda Akan mendapat Bayi Lelaki :
  • Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
  • Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
  • Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
  • Perut anda kelihatan bulat sempurna
  • Bahagian aerola (daerah hitam disekitar puting) akan menjadi lebih gelap
  • Bentuk perut condong ke arah bawah
  • Sukakan makanan yang masam dan masin
  • Suka makan daging dan keju
  • Tapak kaki selalu berasa sejuk
  • Tangan selalu kekeringan
  • Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
  • Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
  • Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil
  • Hidung tampak lebih mekar
  • Selalu sakit kepala

    **tang hidung tampak lebih mekar tu aku xbape nak paham..korg rase idung aku mekar x time peknen ni..hahaha


     
    Tanda Anda Akan mendapat Bayi Perempuan :
    • Mengalami Morning sickness di awal kehamilan
    • Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul
    • Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
    • Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya
    • Bentuk perut condong ke arah atas
    • Perut tampak agak lonjong
    • Mengidam makanan manis
    • Sukakan buah-buahan
    • Suka minum air atau jus yang bersifat masam
    • Anda jadi lebih cerewet semasa hamil
    • Mudah moody berbanding sebelumnya
    • Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil
    • Tidak suka makan roti bersama kulitnya
    • Payudara kelihatan mengembang
    • Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur
    **tanda biru tu menunjukkan apa yg berkaitan dgn aku..muka ade sinyumm! haha~~
    sekali xbetul..melopong!
    Tapi apa pon sumenye aku berserah.. samada boboy ke gegirl ke yg penting bayi aku sihat walafiat. Apa pon pemberianNya aku terima dengan hati yang gembira dan akan aku jage amanah Allah S.W.T
     InsyaAllah =) 
     
 

Thursday, May 31, 2012

ayookkkkk tak tau!

As salam ...

kepala sudah pusing.. nak menjengah blog kawan kawan pon dah xlarat. lagi ler nak menaip bagai kan?
Memang x lah! kenapalah aku kalau peknen xmacam orang len. Rileks je kehulur kehilir! Aku ni dah mula rase loya loya pening pening lalat bagai. tapi belum muntah lagi lah..Yang tu memang awal awal lagi aku cuba elakkan. Sebab peritnye ya amat.. Jangan lah muntah!
Ok arini bukan nak cite pasal loya pasal muntah. Tapi nak cite hal si kakak sayang yang sangat sangat bijak. (anak aku mesti le aku yang puji,klu anak korang korang le puji)
Korang korang mase dedulu ingat x..?
Bile tibe waktu senja je mesti mak mak dah bising suh balik. Jangan main kat luar nanti kena sorok ngan antu nenen. Pastu bile makan nasik je,nasik xabes mesti mak mak/nenek nenek akan cakap kena abeskan kalau x nanti nasik tu nanges. Ade x? Kalau korang korang xde,aku xleh nak kate ape sebab mase zaman aku ade. Bile dah besar,dah leh berpikir baru ler tau tu sume taktik emak emak dan nenek nenek nak didik kita. Yelah bila xcakap wujudnye antu nenen tu memang xkan nampak le batang idung kalau xtiba waktu tidur. Zaman dulu mane de playstation/laptop/iPad bagai.. Yang ade sume mainan luar. Konda kondi,pondok pondok,polis sentri dan lain lain. Kalau xcakap nasik tu nanges memang sesajo je nasik tu ke tong sampah.padahal zaman dedulu dapat makan nasik ngan kicap pon dah cukup baik! bile cakap nasik nanges mau xmau terpakse gak abeskan nasik.susun le satu satu kat tepi pinggan. Huh..cite budak budak zaman dulu.
Dan arini..bile dah ade anak ni..kadang kadang disebabkan keadaan dibesarkan cenggitu secara automatiknya..care tu pon aku cuba praktikkan. padahal melambak buku Pa&Ma yang aku beli. Macam macam cara lain diajar. Tapi dah terbiasa kan?
Pada satu malam ...
Si kakak sayang de makan chocolate stick tu. Tamak kot! skali amik penuh digenggaman. Mase yang same aku masuk kete nak gi tapau lauk kat kedai area umah. Sebelum masuk kete si kakak sayang de tanye aku sesuatu.

si kakak sayang : umi,,kakak xnk ar ni.kakak buang ye?

umi : jangan buang. nanti dia nanges kalau kakak buang.

si kakak sayang : (diam terpaku)

umi : (dlm ati gelak sbb kunun2 berjaya tipu si kakak sayang)

si kakak sayang : ouhh..nnt dia nanges ye? xde mate pon mi. (sambil belek2 chocolate stick)
abes tu kakak kena makan smpai abes ke mi?

umi : memang lah xde mate. kakak xleh tgk mate dia.
makan kasi abes ye syg. =)

si kakak sayang : abes tu kalau kakak makan kena gigi kakak dia xnanges ke umi?

umi : (amik ko!) x lah..dia xnanges klu kena gigi. 
**padahal dah xtau nak jwb cemane!

si kakak sayang : cube umi makan (sambil sua ke mulut aku)

umi : (ngap ngup! terpakse telan sbb si anak dah sua ke mulut.)

si kakak sayang : ha tengok umi! dia suke gigi umi...

umi : (sekali terkena da~~aku nak kena dia,dia kena aku dulu)

si kakak sayang : kakak xleh buang ke umi?nnt dia nanges cari kakak erk?

umi : ye! (ngat dah abes)

tetibe datang nani nak nek kete..

si kakak sayang : nani,kakak xnk. nani tolong buangkan!

umi : (gelak guling guling)

pandai ko kan nak?? sbb takut menda alah tu nanges dan ganggu idup ko,ko suh nani buang supaya benda tu cari nani.so dia terselamat! ape punye bijak lah otak si kakak sayang ni. puas lah aku gelak ngan nani dgn perangai si kakak sayang ni. makin ari makin besar de je fe'el dia! ape pon umi sayang sangat kat kamu.. ummmuah!

Wednesday, May 16, 2012

Alhamdulillah sekali lagi..rezeki tahun 2012 =)

As salam =)

Arini mood hepi sesangat..sepatutnye 14hb lepas sy period. Tapi lewat terus beli ubat induce period. Induce period ni ubat turun darah. Staff farmasi tu de kate "akak kena check dulu ye?klu de dua line xleh mkn ubat nie." so,aku beli lah jugak pregnancy test! 1st check satu line je naik..tetibe 2minit pastu line kedua naik slow tp kabur..
duk menung jap lam bilik air sbb sebelum ni xpernah jd cenggitu. mr.huB kate xyah mkn ubat dulu. Esok gi farmasi lagi beli pregnancy test try check pas bgn tido pg sok nye lak.. dan pic di atas adalah result pg td. Still dua line.!Alhamdulillah rupenye sy mmg positif pregnant. Syukur!
Tapi kan bile tgk muka si kecit tomey tetibe jatuh sian..

mr.huB suka sakat dia..kadang2 smpai marah2 si kecit tomey tu. =)

abi : yaya..nak baby x?
si kecit tomey : nanak!
abi : yaya nak baby??
si kecit tomey : nanakkkkkkkk!
abi : yaya nak baby kan?
si kecit tomey : nanakkkkkkkkkkk ar.nak te'!
**te' adalah panggilan manja nenen umi =)

adik a.k.a baby a.k.a bambampatpat a.k.a anje a.k.a ayang dll !
percayalah syg anak2 umi kakak dan adik..walau umi de baby sepuluh pon kamu yg no1 dan no 2 tetap kesayangan umi jugak. xde lebih xde kurang. 
Umi syg semua...si kakak syg ade! si kecit tomey ade! yg lam perut ni nnt nak panggil ape erk?huhu

Kuantan,Pahang Darul Makmur

As salam ..

Maaf lah ye readers dan silent readers.. Lama xupdate! busy ngan bisnes sy. Busy ngan bisnes mr.huB. Busy ngan anak2. Busy ngan keje. Tapi alhamdulillah sebab sume pon punca rezeki saya. =)
Dalam busy busy pon,sempat gak bercuti bersama family tercinta. Dengan rezeki yg diberiNya dapat lah jugak berkongsi dengan emak abah tercinta dan juga anak anak..

27-29 April 2012
**maapkan saye kengkawan. dah nak sebulan pon baru ade hati mau update?


Kuantan,Pahang darul Makmur adalah tempat destinasi pilihan. Kenapa Kuantan? ~~xde jawapan~~
Tu kena tanye mr.huB..hehe (mengimbas kenangan lama kott!)
Sikit punye lama lah aku xjejak kaki kat Kuantan ni. Last aku de kat Kuantan lepas abis study tahun 2007 dedulu =)
lepas je abis study angkat barang balik ki il xjejak jejak lagi dah tempat jatuh aku selama 4thn study dedulu. Sangat banyak kenangan yang menggamit memori mase aku datang balik kuantan baru ni.
Tapi mmg banyak beza 2007 dgn 2012 skang ni. tempoh 5thn aku xdtg dah macam macam bangunan yang membangun. Dedulu hanya nak harap Megamall,Kuantan Prade dan Mydin je..hehe
Skang dah de EC Mall..macam macam ada~~ orang Ki il pon dah xleh nak belagak dah skang. Ape je yang xde? ape yang de kat Ki il kat Kuantan pon dah ade skang! Pepagi pon dorang dah boleh bekpes Big Apple kat EC Mall..hihi
Hotel plak xyah ckp lah kan..membangun pesat cam cendawan tumbuh. Aku ni jenis cepat panik. Aku kalau leh nak booked awal awal hotel tapi mr.huB cakap xyah sebab dia nak tengok dulu baru amik.takut takut booked jap lagi service xbagus. Pilihan nak yg de kolam tapi dekat area bandar. Memang sampai sampai Kuantan lebih kurang jam 9mlm tu terus menuju Shahzan Inn tapi sume bilik pon penuh. Kecewa!


Tetibe teringat de sorang member kate Hotel GreenLeaf yang dulu orang kenal dengan nama Pacific Hotel pon ok. Try terjah =)

Dan alhamdulillah sebab hotel pon tengok terbaik sbb mungkin baru renovate. bile masuk bilik pon ok! lega dan puas ati lah. Nak kate terbaik sangat tu x lah. Sebab satu xbest,,bilik dah sangat ok. Aircond superb! Kebersihan bilik pon tiptop..cuma bilik air je de bau masam sikit..Mungkin kain tirai tu kot. Dan sebab kedua adalah berdekatan dengan jalan dan bunyi bising kenderaan lalu lalang memang sangat kuat mengganggu tidur. Tapi kalau dah tidur macam hape,,xheran lah kot. Lagipon Kuantan pon dah macam Ki il.orang sane pon 24h berjaga kot!
Niat ati nak jumpa dengan kawan kawan lama yang lepas study terus menetap kat Kuantan. Tapi bile kol dah balik kampung lak..bercuti sekejap..Ouh Dewi,,i miss u a lot.! Sume pon dah jadi ibu skang. Kan best kalau dapat jumpe kamu. Dan hanya dapat jumpe Wan yang banyak bantu mase aku study dulu. Mekaseh erk geng sbb dari dulu smpai skang pon jadi kawan saya! =)
Sesekali dapat bercuti memang best le an an? Nak bercuti slalu kena tunggu benti keje jadi surirumah sepenuh mase lah an? Moga moga menjadi kenyataan.. =)
Mase makan adalah yang paling best. Bawak emak abah dan anak anak termasuk kawan kawan Kuantan,Wan sekuarge dan Boy sekuarge makan di Tanjung Lumpur. Perghhh sangat hebat! Kat area uamh aku memang xkan dapat harga macam aku makan kat sane. Ikan siakap 3 ekor,Sup Rusa,sotong goreng 2 pinggan, dan macam macam lagi smpai penuh satu table hanya RM200++..giler! 4 kuarge leh lantak smpai muntah. Kalau lah kat sini de kedai harga berpatutan cenggitu memang ari2 aku dtg makan.xyah masak! Sampai lepas je aku bayar abah terkejut bile mr.huB cakap harga hanya RM200++..mekaseh lah erk tuan kedai.

Lepas kekenyangan antar emak dan abah balik hotel selesai tidurkan anak anak mase utk si ummi dan si abi berlagak bujang. =)
Pusing pusing keliling Kuantan,lepak di Benteng dan karoke di KTV tah ape nama aku pon xingat. Mengimbas kenangan lama.. memang seronok bile sesekali cenggitu. Anak kalau dah dapat tidur dalam aircond memang xsedar ape lah an an? Memang berjimba abis lah mak apak dia an an an?
kul 5 baru teringat balik bilik =) **bukan selalu pon
Pepagi cari bekpes sampai Ke Shahputra College..lagilah menggamit kenangan. Kawan kawan seangkatan..Saye merindui kamu sume..sume skali! xde yg tertinggal pon. Maaf jika saye ade silap langkah satu ketika dulu tapi saye betul betul merindui memori bersame kamu.Semoga kamu semua sentiasa dilindungiNya.. =)
Lepas bekpes terus bergegas naik Kemaman Terengganu. Niat hanya satu! Nak beli telur penyu. Sampai je memang itu je dibelinya.Xde teringat orang rumah pon nak beli kan keropok ke ape ke..haha

Tau tekak dia je..ape pon xboleh! Sebelum balik Kuantan berenti makan kat satu gerai yang agak sedih.Berdekatan dengan masjid..de je gerai gerai lain tapi xtau nape gerai Pontianak tu jugak yang kami masuk...dekat je dengan kedai Najwa Ikan Bakar..kepada sesape jgn singgah kedai tu. Memang cekik darah abis. Makan tgh ari je pun kena ketuk smpai RM70++..Lebih baik aku makan restoren lah beb.
ni le kedai "PONTIANAK" tu

Singgah Cherating sebab nak puaskan ati si kakak sayang dan si kecit tomey. Janji kunun kunun nak melepak kat Gambang Beach Resort..tapi bile tengok orang yang macam sardin memang x lah kan aku nak gi. Penuh orang..time cuti ke? xjugak! tp budak kecik an? Janji dapat mandi sudah. Wan sekuarge memang dah sedia menanti kat Cherating. Berseronok lah kamu anak anak.
Tapi memang seyes,,Kuantan sekarang sangat best berbanding dulu. Sume pon boleh dapat kat sane. Kirenye Kuantan ni Ki il bagi Pahang lah.
Kepada sesape yang nak bercuti di Kuantan anda pasti xkan merasa rugi..makan dia memang terbaik kat sane! Puas ati... =)




**happy family**

**happy family**