Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, March 2, 2012

yang terbaik! (^^_)''

As salam ...

Aku cuba jadi seorang ibu terbaik buat anak-anak aku,si kakak sayang dan si kecit tomey ..
Kadang-kadang ada pendapat orang lain yang boleh kita gunapakai.. Aku tak nak jadi seorang ibu yang terlalu manjakan anak-anak dan aku jugak tak nak jadi seorang ibu yang ditakuti anak-anak. Macam mana aku nak selesaikan masalah aku kalau aku tak cuba cari jalan penyelesaian kan? Sebab tu lah,,aku buat entri khas arini..kalau ada yang xkeberatan aku nak mintak pendapat kawan-kawan blogger yang singgah-singgah kat blog aku ni..marilah kiter same-same berkongsi cara-cara mendidik anak dengan cara yang betul.

Dulu mase aku belum bersalinkan si kecit tomey,,si kakak sayang sangat lembut orangnya. Tak banyak raga. Pergi mana-mana pon semua orang pon akan cakap .. "baiknya budak ni.." Alhamdulillah~~ Masalah aku bermula bila lahirnya si kecit tomey.. Si kakak sayang,,jadi seorang anak yang sangat suka merajuk. Ada kawan-kawan yang kata mungkin si kakak berasa hati atau rasa kurang kasih sayang sejak ada adik. Tapi bagi aku layanan aku bagi sama je pada kakak dan juga adik. Kita manusia lemah,kadang-kadang tak perasan kesilapan sendiri. Mungkin betul kata kawan-kawan aku.. Si kakak sayang mungkin rasa kurang perhatian dari aku sejak ada adik dan aku terlepas pandang benda-benda macam ni.

Aku nak perbaiki kelemahan aku yang satu ni. Dan aku harap aku mampu lakukannya. Kelemahan aku adalah aku mudah menjadi panik.. contoh si kakak sayang dan si kecit tomey bergurau-gurau dan tiba-tiba si kecit tomey jatuh tersebam lalu luka berdarah bibir.. aku yang sedang sibuk didapur akan berlari ke tempat kejadian dan terus je akan marah si kakak sayang. Tapi masa tengah marah je aku akan bising-bising dan dalam masa 5-10minit macam tu aku akan kembali reda dan aku akan terus peluk si kakak sayang balik..tapi pada tu aku cuba untuk paksa si kakak sayang cakap maaf atas tujuan mengajar si kakak sayang meminta maaf jika membuat kesalahan..bukan dengan si kakak sayang je,dengan si kecit tomey pon aku ajar benda yang sama.. dan sambil menaip entri ni aku tersedar kesilapan aku adalah 'mulut bising'.. Disebabkan mulut bising aku lah si kakak sayang jadi macam fobia bila dia wat silap atau buat adik dia menangis. Bila si kecit menangis akibat berebut sesuatu atau melibatkan si kakak sayang,,si kakak sayang akan cepat-cepat tutup telinga dia seolah-olah xnak dengar aku marah-marah kat dia. Sejak aku perasan tingkahlaku si kakak tu lah aku cuba perbaiki kelemahan aku dan aku cari cara-cara yang paling betul untuk didik anak yang seusia dengan si kakak sayang. Aku jadi takut jika sebabkan kelemahan aku tue buat anak aku jadi takut atau fobia.

Aku cuba jadi ibu yang terbaik kerana setiap hari aku akan pastikan yang aku akan memeluk dan mencium anak-anak aku. Dan aku sangat berharap walau dorang sampai besar pon aku nak lakukan benda yang sama. Permasalahan aku sekarang,aku sangat risau bila anak aku macam takut dimarahi dengan menutup telinga.. tolong bantu aku kepada sesiapa yang memahami masalah aku. Sama-sama kita perbaiki diri masing-masing ke arah yang lebih baik..
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّن

Disini aku berkongsi sedikit tip panduan mendidik anak yang aku dapat dari seorang sahabat yang cuba membantu aku setelah aku meluahkan ketakutan aku dalam FB.
Terima kasih ros sebab sudi berkongsi dengan fifie tip ni dan fifie akan cuba amalkan.

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas..

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh dikawal.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. **Tapi antara kita segelintir je amalkan cara ni kot.. dari zaman dulu lagi orang suka piat telinga atau cubit dipeha..rupenye salah cara yang diamalkan selama ni.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) **aku cuba pastikan aku xterlupa memeluk dan mencium anak-anak aku setiap hari sebelum gi kerja. Dan aku sangat berharap sampai besar pon aku akan lakukannya. Biasanya waktu cuti bangun je pagi si kakak sayang dan si kecit tomey akan jalan kuar dari bilik mencari aku samada di dapur untuk memeluk aku sebelum duduk bertenggek depan tv.Alhamdulillah memang dari kecik aku dah amalkan pelukan ni.

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).**cara ni pon aku dah amalkan,,aku akan beri pujian,pelukan dan ciuman jika si kakak sayang atau si kecit tomey berjaya lakukan sesuatu kebaikan.Aku harap aku kekalkan benda ni untuk meningkatkan keyakinan anak-anak aku.

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah pernah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. **Ya Allah Ya Tuhanku..ampunilah hambamu yang lemah ini seandainya aku pernah mengeluh di dalam membesarkan anugerah Mu Ya Allah..sesungguhnya aku adalah diantara hamba-hambaMu yang sedang cuba perbaiki kesilapan yang lalu Ya Allah.. Berilah aku kekuatan agar aku berjaya memperbaiki segala kesilapanku..آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّن

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg drpd persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. (Jgn pernah bosan dalam berusaha mendidik anak2)

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Thursday, March 1, 2012

beday party withOut him... =,(

As salam ...

cite dah basi ke??belom lagi lah..memang ler beday aku dah dekat nak basi..tapi rasenye baru je kot! 28/02/2012 kan???so baru lagi kan..tapi baru semalam berkesempatan meraikan majlis kecil-kecilan buat aku.. kebetulan abah pon ade dekat rumah..

sangat-sangat terima kasih kepada mr.huB yang cintanya xpernah padam dari hati kecilku ini,Encik Mohd Noriman Bin Sa'ari sebab sponsor saye kek secret recipe. Sedap sangat cheese cake yang bie beli tue! memang terbaikkkkk ler..

terima kasih tak terhingga buat kakak aku,Norazalina dan abah kesayangan,Encik Sulaiman Bin Md.Shah sebab sudi menaja KFC di majlis kecil-kecilan saye..hehe **sharing is caring... terima kasih kepada emak tercinta,Puan Pauziah Binti Ismail belanja kekacang,keropok dan jugak air-air gas yang mengembungkan perut saye..huhhuhuhu
terima kasih pada yang sudi hadir dan juga yang xdapat hadir..hahaha **tapi dapat tapau an?
terima kasih kepada yang beli adiah mug yang sangat suweeetttt,Saufi ShafiQ...
terima kasih kepada yang terkangkang-kangkang balut adiah tapi kantoi sebab uyan pecah lobang tapi sebab sian kat tukang balut adiah,makcik kesayangan Anizah Binti Bahusin..saye terpakse buat-buat terkejut dapat adiah..hehehe
terima kasih kepada makcik saye yang sabar,Suzana Binti Bahusin sebab sudi masakkan saye bubur tepung yang sangat sedap sempena ari jadi saye..walaupon dah tua tapi tetap nak manja-manja ngan kamu!
manja x aku???hahahahahaha~~suke taw..bila dimanja-manja di ari istimewa ini..rase disayangi..mekaseh semua!

tapi walau ditaja tapi saye sendiri yang memandu kereta pergi beli semua benda nak dimakan. xsampai sejam pon aku laju-laju ngan emak,nenek dan anak-anak gi Dengkil jap..Niat ati nak ke Alamanda tapi aku kan dah tekad xmo makan KFC kat Alamanda sebab kes dia bagi aku ayam keras cam batu ritu..alasan,,"terlebih masak..tah ayam bile ko panaskan balik.."cetttt!
terus lari jap Dengkil..lagipon KFC situ xsesak macam tempat lain. Yelah,,pekan kecik kot. kecik-kecik pon sume ade.... =)


selesai solat Maghrib dan semua ahli keluarga pon dah ade..bermulalah sesi potong kek!
haisshhh,,xyah nyanyi2lah..nanti saye nanges..hehehe
tapi touching taw,,sebab sume pon sporting sebab nak jugak nyanyikan lagu beday buat beday makcik nie...hahaha **mekaseh semua!
umur saye dah 26tahun.. =)

seronok macam mana pon tetap bersedih sebab tahun ni potong kek disaat mr.huB sedang mencari rezeki.. Tapi awal-awal dah simpan siap-siap untuk orang yang aku cintai..balik nanti bagi makan sampai kenyang..hehe
semua nie adalah kenangan sebab benda nie lah yang akan wat aku tersenyum sorang-sorang bile kenang balik..saat-saat ari istimewa aku bersama insan-insan tersayang sekeliling aku.
sesungguhnya aku sayang setiap orang yang dekat ngan aku..
Aku sayang emak dan abah
Aku sayang emak dan bapak mertua aku
Aku sayang nenek aku **juga atok usin,atok ismail,atok md.shah ngan wan
Aku sayang suami aku
Aku sayang anak-anak aku
Aku sayang adik beradik aku
Aku sayang makcik-pakcik aku
Aku sayang ipar duai aku
Aku sayang anak-anak buah aku
Aku sayang sedara-mara aku
Aku sayang kawan-kawan aku
semuanya pon aku sayang...
mekaseh..walaupon majlis nie sangat ringkas dan serba sikit tapi kite berkongsi bersama meraikan ari bahagia nie...mekaseh semua! love u alls so much!!!

sayang abah..ala manja-manja tue~~

mucuk-mucuk emak...
meh nak cium pipi sket!!! =)

nenek kesayangan yang sentiasa ade dalam hati..kuikui
ateh syg nenek!

29 februari 2012

As salam ..

Pepagi lagi aku dah msg SM Ariffin bagitau yang aku masuk lewat sikit sebab nak gi Klinik Kesihatan.. mr.huB yang ajak,kalau ikut aku malas..tapi bile pikir macam-macam penyakit skang ni ..aku ikutkan jugak!Khamis lepas aku de gi private klinik area kajang sebab demam+selsema+sakit tekak..tapi smpai semalam penyakit aku tue xbaik-baik walaupon dah telan ubat yang doktor bagi..xpernah aku demam lame macam tu..dan semalam jugak mr.huB paksa aku gi Klinik Kesihatan sebab suh amik darah..

Niat hati dah ade nak masuk pejabat pas selesai semua..tapi tau je lah kalau dah nama pon Klinik Kerajaan makanya memang lambat sikit lah kan? sebab tue ramai kate lebih baik pergi swasta. tapi bagi aku berbaloi kot tunggu lama sikit dengan bayarannye pun.. kalau kerajaan dengan RM1 dah boleh terima rawatan try pergi swasta hulur RM1 tengok... ape dapat..! sape yang de duit lebih boleh lah gi swasta tapi aku kalau dah gi swasta pon xbaik,,memang aku akan gi kerajaan jugak sudahnya.. agaknya bile tunggu lama tue,leh buat aku jadi baik kot! time kasih sebab bagi saye tunggu lame sampai rase nak balik dan xyah buat rawatan sebab rase dah baik..hehe

tapi de cerita di subuh hari 29/02/2012 tue.. kebiasaannya mr.huB akan kunci jam kat enset dia. tapi pagi tue aku xdgr pon enset dia berbunyi tetibe aku pegang enset trus tengok jam..pastu aku tengok awal lagi..aku pejam mata sekejap.. rase sekejap sangat aku baru pejam mata.. tetibe aku dengar satu suara..aku xpasti aku bermimpi atau ape.. tapi memang jelas suara tu.. aku rase mungkin aku mimpi kot! suara tu cakap..

"dah meninggal..pagi tadi kat sepital..muntah-muntah sakit perut"

aku jadi takut.yelah,,dah lah aku nak gi klinik check darah..tetibe dapat mimpi macam tu. takutlah petanda untuk aku..xdelah aku pikir benda lain..tapi aku xbercerita lagi pada mr.huB.. dalam kete pon aku diam jer...Alhamdulillah keputusan darah aku negatif dari penyakit-penyakit yang xdiingini...! doktor yang baik hati bagi aku MC suh rehat satu hari kat umah. aku pon yang dah bersiap-siap pakai baju keje tadi balik umah dulu tukar baju baru pergi umah emak tengok anak-anak. pas makan ngan mr.huB dan anak-anak kat kedai berhampiran..
**kate demam mane leh masak kot sbb tue kena makan luar..hahahaha
mr.huB antar aku ngan anak-anak umah emak sebab nak suh aku rehat sementara emak leh tengokkan anak-anak..terus dia laju-laju gi keje. Aku dapatlah rehat dalam 1/2jam cenggitu. Mekaseh emak sebab tengokkan anak-anak ateh sementara ateh lelap dalam 1/2jam tue.. tgh best tido aku dengar si kakak sayang duk meneran..rupe2nye dia mintak emak pakaikan pampers nak u'uk dalam pampers.. aku yang xleh tahan tengok dia meneran trus angkat dia masuk bilik air,bukak pampers suh u'uk dalam bilik air..
tengah tunggu dia melepaskan hajat tetibe telefon aku berbunyi..abah yang kol. terima berita perginya ketua kampng Limau Manis,Sungai Merab iaitu Haji Naim bin Haji Awi meninggal. aku terus blur macam xpercaya..sebab baru 2-3 hari lepas aku duk berbalas msg ngan fara iaitu anak kepada arwah. Fara nie kawan baik aku dari sekolah tadika lagi.. Isnin yang lepas dia post status FB bgtaw ayahandanya masuk wad akibat sakit perut..aku pon terus msg dia tanye keadaan ayah dia. dia kate cuma sakit perut biasa je malam tu,bawak gi hospital doktor tahan wad. aku pon msg doa semoga ayah dia cepat sembuh..
dan pada ari kedua arwah di wad aku de bgtau abah.. Abah jugak kawan kepada arwah. abah terkejut sebab xde sape bgtau yang arwah ade kat wad.. bertambah mengejutkan kami hari ketiga arwah di wad,,belum pon abah dan kawan-kawan arwah yang lain melawat arwah meninggalkan kami semua. sebab mengikut kata abah,,abah dan kawan-kawan arwah yang lain memang dah berjanji nak melawat arwah petang tu dihospital..tapi Allah S.W.T lebih menyayangi beliau..Al-fatihah ~~
kebetulan di hari yang same aku dapat MC yang sah dan jugak abah ketika menerima panggilan berita tersebut jugak sedang menunggu nama diklinik dan jugak menerima MC dari doktor. Dan petang tue aku,emak dan abah melawat jenazah buat kali terakhir..
lepas dah balik dari rumah arwah baru aku cerita pada emak dan abah tentang suara yang aku dengar pagi tadi. Emak dan abah pon ade cakap,,dorang pon baru de borak-borak kosong semalam .. sape-sape yang duk area umah aku mesti de perasan petang semalam sebelum perginya arwah ade kilat di tengah hari,.. emak cakap ngan abah. biasanya kilat macam ni,,akan ade kematian yang bakal berlaku.samada sedara-mara kite,atau jugak kawan-kawan kite.. abah menyangkal..abah kata xdelah,,guruh nak hujan tue..
tapi ape pon semua dah ketentuan Allah..kepada fara sekeluarga salam takziah dari aku sekeluarga...redho dan bersabarlah dengan ketentuanNya..! yang pergi tetap pergi dan yang hidup mesti meneruskan hidup..doakan yang terbaik buat arwah disana.. Semoga arwah tenang disana dan pergi dengan disusri doa yang tiada henti dari isteri dan juga anak-anaknya..amin.

Al-Fatehah buat arwah Haji Naim Bin Haji Awi...

Apam polka dot .. =)

As salam ...

satu petang nan indah ..
eh..sape pedulik? aku dah mintak izin incharges aku lah .. kalau x,xkan sesaje je aku nak balik awal.mekaseh kat incharges aku..untung sape keje kat tempat aku nie..xcaye? Meh ar mintak tukar kat sini...terbaikkk!

semalamnya aku dah wat deal ngan Aimi.. seorang kawan yang buat dan jual apam polka dot.. semalam duk belek-belek photo memember..tetibe terpandang picture apam polka dot yang bebetol menarik perhatian aku..bace name empunya FB,,rupenye kenal.. trus msg-msg deal nak order..

dan tibe mase aku nak pick up apam polka dot tue kat Shell Sungai Ramal.. Sebelum gerak tu aku dah kol Aimi bagitaw yang aku dah nak gerak.. sebbek Aimi pon dah inform yang dia lewat sket..it's ok dear! aku xkisah pon menunggu.. **kepada Aimi,,kalau awak aimi bace belog su ,,su nak bgtaw su xkisah pon!jgn riso k? xde hal lah tunggu lame sket..hehe
mane su marah kan??
kan muka ade senyummm tu..hehe

sebbek jugak aku tunggu kat Shell...sebab leh aku beli favourite choc aku..sambil menanti Aimi dan apam polka dot sampai,,leh aku menikmati kinder buenO...perghhhh sgt terbaik!
lepas aku abiskan dua batang kinder buenO tu Aimi pon sampai dengan incik suami juga Dania anak tersayang dia..tQ Aimi!!
abes sudah!

lepas duit dan apam bertukar tangan aku pon berdesup balik umah..sebab dah xsabar nak tunjuk kat anak-anak yang ummi mithali dorang ni balik bawak apam polka dot. yeah!!!
apam polka dot yang Aimi buat nie sedap..betol Aimi..!nie bukan bodek..kakak sue yang cakap. sebab kami pernah makan sebelum ni,,orang lain yang buat..nama orang tue terpaksa dirahsiakan di atas sebab-sebab tertentu...rase sangat lain dengan yang Aimi yang buat nie. Oran tue buat rase hanyir telur kuat sangat..tapi yang Aimi buat ni kuranglah rase telur dia.. pas order dari Aimi,aku terus google resepi..konon-konon ade hati nak try..bilenye,,xtahu!!

rege pon berpatutan ngan rasenye..aku de intai-intai orang lain yang buat apam polka dot.. rasenye same je kot rege.. memang online lebih murah tapi ade postage.. konon harga apam RM16 kena lak plus postage RM6 bukan ke dah jd RM22.00... dengan Aimi ni sape yang duduk area Kajang/Bangi/Putrajaya okey lah kot! pandai-pandai je promote..hehe
dengan Aimi 50/pc cuma berharga RM20 siap hantar area Kajang dan Bangi katanye..kot! kalau silap maaf yer? =)

Sampai je rumah,,aku diserbu kanak-kanak riang yang ade kat umah emak.. FYI,, emak aku memang ade jage budak tapi cuma 2 orang..anak-anak aku adik yang jage..! dan yang ramainye kakak aku de jage budak jugak dalam umah tue...syokkkk betol!sebab memang riuh..! ko ade?
tapi kalau semua nanges memang lagi syok..bersambung-sambung. yang ni diam yang tu pulak nanges..!sabar je lah~~
nampak je aku masuk rumah bawak bekas yang ade benda molat kaler cantik2 terus lah semua pon melulu tadah tangan..termasuk budak kuat makan!sape lagi kalau bukan si kecit tomey.
lihat betapa bahagianya mereka

bersusun masing depan muka aku sambil makan apam polka dot..abes je kat tangan tadah lagi depan muka aku..abes je kat tangan tadah lagi depan aku..bagusnye anak-anak!
tapi xpe..sikit pon xkisah...!lega bile benda kiter beli orang lain hargai makan dengan rakus sekali..lapang dada..kalau xabes kan dah membazir..!betul x?
tengoklah betapa rakusnya anak saya..
sampai muncung-muncung mulut

last picture..
tQ auntie Aimi..

saye mmg suke makan!

As salam ...

rase macam dah lame sangat xmembebel hal anak-anak kat entri aku ni kan? Mood ni memamg taw!tah ape yang ditunggunye tah..asik xsempat sesajo! Bz ke orang ade anak-anak ni?
bile dok bace kaletah anak-anak kat belog orang lain boleh buat aku sengih sengsorang.. Tetibe dah kena tegur ngan kwn2 sepejabat.. dah terlebih sengih rupenye aku..hehe

si kecit tomey ni memang xboleh tengok ummi dia bizi sket.. aku baru angkat bontot gi dapur nak melaksanakan tugas sebagai isteri dan ibu mithali le konon.. dia pon dah standby depan fridge. nak tunjuk rajin le tu.. konon-konon nak tolong..padahal nak mengacau.. pantang nampak! pe yang ade dalam fridge tue kalau boleh bawak kuar lantak sume nak dilantaknya.
dasar kuat makan memang perangai omak ko lah yang diikutnye...suka ati ko lah adik!
aku pegang pisau kat tangan dia dah de mangkuk besar siap sudip lagik..elok duk atas lantai sambil buat-buat gaya sedang memasak...ouhhhh comelnye! **geram je nengoknye**
kalau dapat makan sengih dia..xhengat! sampai ke telinga kot!xcaye????meh tengok sket..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


dasar kan??
siap duduk atas meja gitu...ouhh ayunye anak umi! good dik!..

baru-baru nie aku ngan mr.huB bawak anak-anak balik umah MIL aku kat Pantai Dalam.. sebelum gi tue kami singgah PKNS,Bandar Baru Bangi cari susu si kakak sayang & si kecit tomey.. tengah bershopping sakan dapat kol dari SIL aku suh tapau KFC.
perangai si kakak sayang sejak dua menjak nie.. kalau nak makan KFC xmau tapau.. nak makan kat situ gak. Mr.huB aku kan sangat penyayang lah konon!.. ikutkan saje kehendak puteri manja dia tue.. makanya,,yang makan,,makan! yang tapau,tapau jugak!!
memang best lah kan kalau tengah sedap makan sambil melayan karenah anak-anak.. yang si bapak ni memang suke ikut kehendak anak-anak tapi bab melayan 100% serah kat omak! good job abi... sesi suap menyuap pon bermula... banyak suap mulut anak-anak.. baru nak masuk mulut aku,si kecit tomey jerit-jerit satu KFC leh dengar suara merdu dia.. "NAK!NAK!NAK!"
pastu xmemasal sume orang pandang aku macam aku ibu yang kejam..sume pon masuk tekak aku..padahal tekak aku dapat rase sisa-sisa je..naseb lah jadi omak!hehe
bile dah kenyangkan perut anak-anak...tiba mase aku nak mengenyangkan perut sendiri pulak. baru sesuap dua tetibe baik punye si kecit tomey duk meneran sambil kerut-kerut dahi! best betol... siap makan dia membuang... yeah!!!

terbantut jugak ummi nak makan.. sebabnya si apak memang xleh biar bontot anak dia lame-lame ngan tempoyak tu.. basuh xmo!bising mau..huh!!! tapi sebenarnya apak dorang ni xde lah malas sangat cam dalam cerita aku ni..beruntung dorang sbb apak dorang sebenarnye adalah antara apak-apak yang rajin di dunia ni... dua-dua pon apak dia dah merasa basuh bontot! cuma kalau kat luar aku lah yang kena cuci..xkan le apak dia nak bawak masuk toilet lelaki pulak kan??hehehe **xmemasal kena bahan jap lagi..jage reputasi**

selesai proses mencuci terus laju-laju gerak Pantai Dalam sebab xmo si kecit tomey pandang benda lain lak..isi dah kuar,,tentu-tentu de ruang lain lak dalam perut tu kan? senang lagi si kakak sayang kalau dibawak berjalan..xbanyak ragam. Ikut je apa yang emak ngan apak dia suke. kalau si kecit tomey emak ngan apak dia kena ikut apa yang dia suke.. kelasss ko dik!

sampai kat umah MIL,,nabila iaitu adik ipar aku dah siap buat air..sebab dah taw yang kami nak datang bawak KFC.. sampai-sampai umah MIL,,si kecit tomey terus bizi cari menan.. tengah leka-leka tetibe mr.huB hulur dia sumthing..apakah??cer teka..cer teka..cer teka...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sampai leka si kecit tomey dibuatnya..
duk parking lak sebelah teko tok ma dia..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sampai terbongkok-bongkok si kecit tomey duk mengerjakan benda yang apak dia bagi tadi. Xheran dah ummi amik gambar bagai..bizi tol minah nie! Tapi benda menan ni kalau nak bagi kat anak-anak sebaya si kecit tomey ni kena de pengawasan..sebab bukan umur dia sebenarnya main menda alah nie..benda nie cume leh dimain oleh kanak-kanak berusia 3tahun keatas kot! tapi pon perlu pengawasan...si kecit tomey aku nie memang main ape menan yang dia tengah pegang..contoh,,dia pegang tisu/kertas..dia akan gentel-gentel tisu/kertas tue sampai jadi kecik pastu dia nak sumbat dalam telinga..dasar kuat makan dah tentu-tentu ko ikut perangai umi tapi perangai sumbat telinga nie..perangai sape yang ko ikut dik? macam-macam ler!

ni leh menda alah yang khusyuk di main si kecit tomey
tanah liat!
memang bahaya dibiar sorang-sorang
kang xmemasal telinga disumbat ngan tanah liat..
jenuh!!!!

kalau korang nak tau memang xberganjak si kecit tomey duk sebelah teko tue sambil main tanah liat..beria aku ingat dia memang khusyuk main tanah liat..rupe-rupenya anak ummi ni bijak budaknya...dia de motif duk keras kat situ je...patutlah xbergerak-gerak ko yer dik? rupenye ade udang disebalik batu... bagus anak ummi ni taw.. =)
agak-agak korang nak tau x ape motif si kecit tomey duk keras kat sebelah teko tu aje?????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
..
.
.
.
..
scroll down!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lagi erk?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
suprised
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
eh..lom lagik?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok dah..






ha...tu ler sebabnye!
sebenarnya dia dok tunggu isi dalam palstik tu dibawak keluar...
memang ko kan dik kan?
xpernah kenyang!
pastu pandai lak berlakon wat-wat leka men tanah liat
padahal................
mau ayam ci...cet!

Tuesday, February 28, 2012

hepi beday tO me...

As salam ...

Alhamdulillah...syukur dgn nikmat yang diberi olehNya.. =)
arini aku masih diberi peluang menikmati hidup bersame orang-orang tersayang..
aku masih menjadi isteri kepada seorang suami yang sangat memahami dan menyayangi aku sepenuh hatinya..harap selamanya dan xkan pernah berubah!
aku masih diberi peluang mencurahkan kasih dan sayangku kepada dua orang puteri yang sangat comel penawar duka ku..
dan aku juga masih diberi peluang bernafas untuk aku berusaha sedaya upaya membalas segala jasa emak dan abah ku..

Alhamdulillah...
28 Februari 2012,,genap usia aku 26tahun..! Muda lagi ke? rase-rase macam dah tua sangat je. sebab dah ade anak dara kot..! anak dara ke? 4tahun baru kot..hehe
usia 26tahun aku sedang berbahagia disamping suami tercinta dan anak-anak.. Mungkin aku juga dikalangan orang-orang yang bertuah..alhamdulillah~~
sebab de je golongan insan-insan seusia aku masih mencari-cari pasangan hidup. pada mereka,,aku doakan kebahagiaan kalian!~

walau aku xberjawatan tinggi dalam jabatan aku tapi aku bersyukur sebab aku ade kerja tetap.
Aku xmeminta2 walau dari suami aku sendiri untuk beli sepasang selipar jepun..! sampai skang aku hengat pegawai aku mase keje kat tenpat lame dulu..mase tue aku antar surat resign.. Alasan sebab aku cannot go ngan keje yang aku kena tanggung dulu..padahal kerani aset je! tapi keje tue tol2 wat aku tension.. last-last aku kena sekolah ngan pegawai aku tue..kate dia!
"suzira,,,saya sayang awak macam anak-anak saya sendiri..!saya bukan xleh bagi awak berenti.. bile-bile mase je saye leh bentikan awak dari jabatan saye..sebab awak pon bukan keje tetap,,kontrak je kat sini" ~~sentap disitu~~
"tapi macam saya kate,,saya syg awak mcm anak saya sbb tue saya nasihatkan awak.."
"suami awak bekerja ke??" ..aku angguk..
"awak yakin suami awak leh tanggung awak klu awak xbekerja?" ..aku angguk..
"saya taw suami awak mampu..tapi cuba awak pikr,,xkan lah awak nak belikan emak awak sehelai kain batik pon awak nak mintak duit laki awak kan?" ..aku angguk..
"jika awak ade kerja walaupon sebagai tukang cuci pon sekurang2nye awak ade gaji sendiri.."
"dengar ckp saya,,skang..awak amik balik surat benti awak ni ..pikir masak..!kalau awak rase nak benti jugak awak antar lagi sekali surat benti saya terima dengan ati terbuka..tapi bukan arini..saye masih perlukan awak.."
aku keluar bilik pegawai tue dengan seribu persoklan..aik!! awat dia xmo amik surat aku erk? tapi memang btol! aku akui setiap kata-kata pegawai aku tu..memang ade kebenarannya.. dan skang aku adalah dikalangan orang yang bertuah jugak..sebab aku ade kerja.. diluar sane punye lah ramai orang yang sedang mencari kerja,yang sedang ditemuduga,yang sedang menanti surat tawaran dan berbagai lagi.. tapi aku? alhamdulillah dgn kurniaanMu Ya Allah.. Aku diterima kerja ketika aku mengandungkan si kecit tomey..betollah kate orang..!hadirnya cahayamata kedalam hidup kita bawak rezeki masing-masing..alhamdulillah~~
dan dengan kata-kata pegawai tersebutlah buatkan aku tekad aku kena bekerja walaupon rase malas sangat nak bangun pagi..walau bukan demi sesuap nasik tapi demi kepuasan diri sendiri.. sekurang-kurangnya leh beli apa yang aku hajati..hehe

alhamdulillah...
aku meniti hingga usia aku 26tahun dengan masih menerima kasih sayang sepenuhnya dari emak dan abah.. Semoga Allah S.W.T terus memberi kesihatan yang berganda buat emak dan abah agar aku terus dapat merasai kasih sayang mereka dan semoga dapat aku membalas jasa baik mereka..amin!dan aku tau betapa kuatnya sahabat-sahabat diluar yang meniti hidup tanpa kasih sayang ibu atau ayah atau kedua2nya sekali.. mereka sangat kuat dan aku belum rase kekuatan itu milik aku sebab aku masih perlukan mereka dalam hidup aku..
Emak dan abah...ateh sangat sayangkan emak dan abah! terima kasih emak dan abah sebab membesarkan ateh..lap u~~


Alhamdulillah........................ aku masih diberi kesempatan dan diberi peluang menyedut udara Mu yang segar ini Ya Allah.!

Friday, February 17, 2012

mOOd aku skang nie ..

As salam ...

xtaw nak kongsi ape..!
tapi yang pasti aku sedang
bersedih!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEDIH
.
.
.
.
.
sebab?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
.
.
.
..
.

.
.
.
.
..
.
ntah....!

bergosip-gosip bihun goreng pedas!

As salam ...

dah kehabisan idea nak pikir tajuk..hehe
Semalam petang,balik dari keje pas siap-siap mandi wangi-wangi trus laju-laju gi beli balik apam pastu trus amik anak-anak kat umah emak bergegas gi menepek umah makcik kesayangan aku Adinda Aien .. sebab semlm deal baik ngan dia suh goreng bihun sedap.Nak lepak petang sambil makan bihun goreng sedap air tangan makcik comel aku tue sambil bergosip-gosip..!

Aku kan seorang umi yang baik hati dan mana sanggup tinggal anak-anak semata2 nak gi makan kan?makanya,hangkut lerw sekali askar-askar yang ado! Sampai-sampai,Cik Ani vouge in da vast aku sedang menyiapkan bahan-bahan menggoreng mee..aku yang xmO datang duk makan saje cari-cari keje yang boleh ditolong.. sampai-sampai trus potong sayur tue..rajin kan aku?
Si kecit tomey xyah cakap lerw..mmg geng ngan omak dia ar kan. Adik cik Ani iaitu Bob a.k.a atok kepada anak-anak aku..(walaupon umo bob jauh muda dari aku dia tetap atok ok!), panggil2 si kakak sayang nak bg kuih,,leh lak si kakak sayang nie memalu kucen nak amik..! kunun-kunun malu! jgn pelawa si kecit tomey..sekali jerw cik Bob panggil si kecit tomey berdesup lari ke meja amik kuih..tsk!tsk! adik mmg saje malukan umi taw..lapar ke nak?hehe

sambil-sambil potong sayur,si kecit tomey duk sopan je depan aku..si kakak sayang memang berkepit je lah. Pemalu rupenye anak dara umi sorang nie kan? dengan unyang sendiri pon malu-malu kucen! tanpa sedar si kecit tomey duk depan aku sambil mengunyah batang sawi.. aduiiiyaii dik!lapar sgt ker ni???bawak umah orang,,batang sawi pon sedap di mata kamu.
siap Cik Ani menggoreng bihun sedap kami pon makan beramai-ramai..termasuk si kakak sayang dan si kecit tomey.. Xyah citer le kan kelahapan si kecit tomey.!paham-paham sendiri sudah..kalau dah batang sawi pon sedap di tekak dia,ni kan lak bihun goreng air tangan nani Ani dia .. Kate emak Cik Ani a.k.a nenek aku,,bihun tue terpedas sket.. memang pon. Sbb si kakak sayang bukan budak yang tahan pedas cam adik dia..baru makan sket dah gelupur cari air.. tapi mau gak makan sbb sedap. Siyes sedap!sambil2 makan bihun goreng sedap..borak-borak ngan nenek & atok.. yang aku duk leka berborak,makan sambil memangku si kecit tomey xdgr si kecit tomey duk nak-nak bihun yang aku makan..sbb aku ngat dah bagi dia pegang pisang goreng tue xde lerw dia nak mintak bihun goreng aku kan? tetibe sentap bila tiba-tiba si kecit tomey duk sedap mengunyah fish cake dari dalam bihun goreng aku.. Hei...budak!bila mase kamu kidnap fish cake umi ha?? si kecit tomey memang dak kecit yang tahan pedas cuma si kakak sayang jerw manja-manja xreti makan pedas.. tekak abi kot!

siap makan-makan kami berempat,,aku,Cik Ani,si kakak sayang dan si kecit tomey duk lepak depan tibi sambil bergosip-gosip. Nenek & atok tah dah ilang mana sambil bawak incik sabit. Makanya terasa bebas berbicara tentang hati..hehehe..!sbb memang niat nak korek cite dari Cik Ani aku nie.. tgh syok bergosip,si kecit tomey datang mengadu tapi sepatah haram pon aku xpaham pe yang dia cuba sampaikan..rupe-rupenye dia mintak biskut yang ade kat tangan si kakak sayang. Aku baru bersuara suh si kakak sayang bagi sket kat adik dia lelaju je dia masukkan biskut yang dah tinggal sket tue dalam mulut dia..kedekut punye kakak!hahaha..
tapi nasib si kecit tomey xmerengek..dia trus blah dari tempat kami bergosip.. Aku ngat dah abis kat situ jerw..sambung borak! tetibe dengar dari dapur suara si kecit tomey duk eh..eh..eh... Pekajadahnya eh..eh..eh.. sorang-sorang kat dapur kan? berani tol ke dapur padahal sume orang pon duk melepak kat depan..aku berlari le nak tau pe kije si kecit tomey kat dapur.. Terkejut beruk-beruk belaan aku bila sampai dapur tengok si kecit tomey baik punya landing atas meja makan sambil kat tangan de kuih kacang.. rupe-rupenya dia duk eh..eh..eh.. tadi panggil orang kat depan mintak tolong turunkan dia dari meja makan sbb xleh nak turun..naik pandai turun xpandai! alih-alih kantoi kena jerit panggil orang..pastu kantoi amik kuih sendiri..! lapar lagi ker dik?terbantut cerita-cerita panas antara aku ngan Cik Ani..
dah dapat kuih baru lame sket dia xkacau aku ngan Cik Ani.. Dapatlah aku dengar cerita dari mulut Cik Ani..Baru ku tau banyak benda yang ditanggung oleh makcik kesayangan aku nie.. Sowi cik,,sebab baru lani berkesempatan jumpe acik dan bertanya khabar.. Terimalah takdir Allah S.W.T ye cik..Ingat Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.. Akan ada balasan pada orang yang melukakan hati acik..ateh doakan agar acik sentiasa berbahagia walaupon dengan sape jodoh acik..teringin tengok acik idup bahagia seperti kami..! ateh sentiasa doakan yang terbaik buat acik..
dari A sampai Z kami bercerita sedar-sedar dah kul 8mlm..si kakak sayang dah sibuk ajak balik. Salam-salam atok,nenek dan acik aku pon mintak izin balik..balik pon trus balik umah.. Menyinggah umah emak sbb dah janji dgn emak nak tengok Santau Merasuk dengan emak. Sambil menonton tibi duk bercerita dengan emak hal anak-anak aku mase duk lepak umah Cik Ani tadi,,beria-ia mak gelak tetiba si kecit tomey datang kat emak mintak emak bukakkan tupperwear biskut..Ya Allah,,lapar lagi ker dik? Memang sejak-sejak kuar sepital nie nafsu makan si kecit tomey membuak-buak..ade je benda nak ditelannya.. Budak-budak kecik yang kakak aku jage pon mau ditelan agaknya..sebab aku balik kije kakak kate de je budak kena geget ngan si kecit tomey..jangan dik! anak orang tue..jenuh umi nak menjawab kang..

Thursday, February 16, 2012

sile guna medium dgn btol!



As salam ...

zaman teknologi la ni,,aku rase kebanyakan orang pon mesti ade laman sosial sendiri kan?
xkire muda dan tua jugak pasti ada..Twitter,Facebook,Myspace,Friendster dan macam-macam lagi.. Tapi sume orang ke menggunakan medium yang ade dengan cara yang betol?

alkisahnya...

kat wall FB aku arini..member kepada sorang member aku nie..
bersedih kerana kepergian sorang anak buah yang baru jerw dilahirkan.. ok! bagi yang paham, kepergian tue pasti menerbitkan kesedihan di kalangan ahli keluarga kan?
so,,antara salah seorang keluarga tu pon post kat FB sbb mungkin cuma nak berkongsi dan mengkhabarkan berita sedih kepada yang mengenali..tol x?

kepada tuan empunya gambar,,maaf awal-awal dipinta sbb guna picture anda.
ape pon jika tuan punya FB atau sedara mara mereka baca blog ni saye ucapkan takziah.. ade hikmah di setiap ape yang berlaku. Si kecil terus2 dihantar kesyurga untuk menanti kehadiran ibu dan ayahnya.. Al-fatihah.


yang buat aku jadi xtentu arah ni sbb org yang LIKE pada status sedih tuan empunya FB tue.
patut ke ko like kalau org tue mengkhabarkan kematian?
nasihat aku arini..lu pikir lah sendiri!

korporat vs batik

As salam ...

Baju batik besenye berkait rapat ngan orang kije gomen an?
kebiasaannya ari khamis ramai staff gomen yang kite lihat berbaju batik.. Aku?
sejak keje gomen nak masuk 2tahun(tetap) plus 2thn(sambilan) kat mahkamah dulu ,, leh kire bape pasang jerw baju batik yang aku ade..apesal ek?
aku xminat atau xmampu??? Mahal ker kain batik nie?? aku sendiri xpaham ..

mase keje sambilan dulu duk dalam gua so, orang xde nmpk sangat kalau aku xberbaju batik di ari khamis.. Kadang2 ade makan-makan pon orang xhengat aku dan kawan-kawan di dalam gua.. time nak collect duit baru ingat de sebuah bilik lagi kat bawah tue an an an??
lari topik..! Gua yang aku maksud kan tue ialah bilik operator yang hanya boleh diacces masuk oleh kami yang mempunyai pas berkaitan sahaja..org len nak masuk kena ketuk pastu jerit kuat2 kata laluan..hahaha! Tipu disitu..tapi siyes walau pon bilik tertutup xde tingkap dan hanya ada pintu yang menghubungkan kami dgn dunia luar tapi aku suke keje kat situ.. ataupon dikenali sebagai bilik kebal..mmg best kalau buat bilik jamming sbb kompom-kompom orang luar xdgr pe keje kami kat dlm tu.. terbaik!

dan skang..dah dekat 2tahun aku keje ngan gomen secara tetap ni..masih melakukan keje yang lebih kurang same dgn keje dolu-dolu tapi aku tetap xbape nak berkenan beli dan pakai baju batik. Aku lebih rela berhabis duit beli baju korporat jabatan kami.. yang 1st aku beli xbape nak mahal sgt.. mungkin sbb xbape nak cantik kot! rm65 selai.. dan arini bersamaan ari Khamis aku skali lagi menyarungkan baju korporat yang baru aku tempah dgn harga rm80 selai.. yang nie mmg puas ati sbb sume yang dulu xberkenan pon sdg berusaha mengorderkan utk diri sendiri.. kdg2 ade jugak kawan-kawan yang xbape nak memahami gelakkan kami yang berbaju korporat nie..sbb ape? **xpaham..

kadang-kadang jugak smpai bertekak dan bertegang urat.. dorang kate sebagai kakitangan awam kiter kena ikut peraturan yang dah ditetapkan.. Hari Khamis adalah ari berbaju batik.. so,pakai baju batik. Yang anggota jerw leh berbaju korporat.. tapi bagi aku,kalau kiter dah bekerja dibawah jabatan yang mengkehendaki staffnye berbaju korporat di ari khamis so kiter ikut ler jabatan kite an an an? Buat ape suh beli tapi xsuh pakai..time suh beli siap tulis WAJIB.

sungguh xpaham..tapi aku xde le jenis yang kepala batu sgt an?kadang-kadang,aku pakai gak baju batik..nak sedap kan ati kawan-kawan yang xbape nak memahami nie. Kadang-kadang kalau dah malas sgt nak mengiron baju batik aku sarung jerw baju korporat di ari khamis..
ape-ape lah! yang paling penting aku dtg keje..kalu aku ponteng di ari khamis,,sape mau jawab?
korang-korang ade ari korporat x kat pejabat masing-masing? mcm mane lak baju korporat kamu sume erk?dah mcm zaman sekolah-sekolah dulu..ade ari bahasa inggeris..!hikhik
korporat atau keparat..ape-ape je lah kiah!

arini saye berbaju korporat


keje..keje..keje..




bau hujan!

As salam ...

cara-cara meningkatkan mutu kerja di pagi ari selain dari breakfast adalah mengenang anak-anak yang ade kat umah..cara aku lah!cara korang xtaw de aku...hehe
makanya,,sambil mengenang2 anak-anak tue nie lerw masenya aku nak menaip cite-cite terbaru anak-anak...memacam hal!

semalam petang balik dari kije pas mandi-manda dan jenguk umah sendiri aku dan anak-anak duk melepek umah emak.. Cuaca mase tu agak mendung-mendung macam nak hujan gitu! Pe'el emak adalah serupe aku,,atau pe'el aku yang serupa emak aku..**confius!
Apakah pe'el kami yang serupa itu..?jeng!jeng!...
Emak dalam sehari mesti nak jumpa emak dia yakni nenek aku..!begitu juga aku mesti nak kena duk bertapa umah emak dalam sehari...mmg ari-ari aku akan duk menumpang umah emak sementara tunggu mr.huB balik dari kije.. Bukan alasan malas masak erk? eh!eh! terasa.. Ada ke org ckp? sendiri kantoi kan diri sendiri..mengong!

so,,berbalik cerita semalam..tgh duk melepek atas sofa empuk umah emak aku pon gatal pelawa emak..sebenarnye ajak-ajak ayam jer..bajet emak xmau pergi sebab cuaca macam xmengizinkan. Tapi itu cuma tekaaan aku jerw! Emak mmg nak pergi..kate dia naik kete bukan jalan kaki..hamek kaw! tapi xde hal sebab bukan 100km pon umah nenek kesayangan aku tu..
xsampai 5minit perjalanan sampai sudah...

mase emak tgh bersiap-siap pakai tudung,,si kakak sayang yang tengah leka main lukis2 kat sofa kayu tetibe bersuara..
"umi ngan nani nak gi mana?"

"nak gi umah unyang lah syg..nak ikut x?"

"nak.."

"ok ..cepat simpan menan..unyang tue nenek umi kan?"

"bukan lah! unyang tue nenek Jiha.."
*jiha adalah sepupu aku yang sebaya ngan si kakak syg

"yelah..nenek Jiha nenek umi jugak"

"bukan.."

"bukan..bukanlah.."
*malas layan

"umi..nak gi umah unyang kerw?"

"yelah..nak ikut ke x?nak ikut cepat lah simpan menan"

"wawa bau ujan ni..."


Bau ujan???cemane bau ujan erk??kalau bau jln tar tue aku taw lerw..tp dah lame kot aku xtaw bau jalan time ujan nie...last bau pon xtaw tahun bile. Ape yang sebenarnya si kakak sayang nak sampai kat aku ek? mungkin dia nak bagitau..xyah kuar sbb ari ujan..kot!
ape-ape je lah anak...tapi mana umi pegi pon kamu tetap ikut..xkire ujan panas pon an an??
sayang kakak ngan adik.. =)

si kakak sayang yang dah pandai macam-macam..
sayang kamu!

Wednesday, February 15, 2012

gaji & kanji

As salam ...

tersebutlah kisah..dimana semalam di dalam kereta on the way nak gi umah atok & nani..
Tetiba si kakak sayang bersuara..
Umi..bile kiter nak gi nyanyi??

nyanyi??
**sambil terpinga-pinga

A'ah..nyanyi kat Alamanda tue..

ouhhh!!kakak ingat ker umi pernah bawak kakak nyanyi kat situ dulu-dulu?

ingat...
**sambil senyum-senyum kambing


punyalah lame cerita..dia boleh ingat..seingat aku,,aku pernah bawak si kakak sayang gi karaoke kat Alamanda mase umur dia setahun lebih kot! Lom ade adik lagi..sekarang umur si kakak sayang dah nak masuk 4tahun..leh ingat lagi kerw?dahsyat tol!
sambung berborak..

nanti umi ngan abi gaji kite pergi yerw sayang?
umi ngan abi kena tgk cuti dulu..
**ye lah..apak dia kan keje xmenentu mase.
.

ok..tunggu umi KANJI abi dulu erk?

hahahahahahahaha
**gelak mau guling-guling tapi sbb drive so terbatas
a'ah syg..tunggu umi
KANJI ngan abi dulu erk??

daripada cerita nie ade sesape paham x perbualan aku ngan si kakak sayang??sbb pas kejadian aku cite kat emak..berdekah2 emak dan abah gelak..tapi baru sat tadi aku cite ngan kawan sepejabat aku dia wat muka slumber jerw..maknenye dia xpaham ape maksud KANJI dalam bahasa kami.. aku yang sedang menaip nie pon xbenti2 ketawa lagiks..!

ouhhh lah anak... jgn lah bagi sgt emak kamu nie berkanji..kang byk adik2 kamu kang..
hahahahahahahaha

ronda-ronda kotaraya

As salam ...

sedang berusaha dgn penuh jayanya utk mengupdate dgn lebih kerap..kot!selagi de ceritera.. sat2 lagi dah xde cerita diam lerw aku ni..harap2 sesape yg sudi membaca xbosan yerw?
Bersambung cerita lepas si kecit tomey kuar dari hospital 11/02/2012 ritu..pas tgk si kecit tomey mmg btol2 dah sihat.. aku dan mr.huB sesaje bawak si kecit tomey,si kakak sayang , nenek & emak gi jalan-jalan area umah jerw.. nek kete!dekat2 ngan umah jerw tapi sampai jugak lah kami area Dengkil..de sape2 kerw taw Dengkil tue kat mana?? Dulu-dulu Dengkil nie xde ape yg menarik langsung.. perkampungan India kot! tapi sekarang..sejak-sejak dah dekat dgn Putrajaya nie dan ramai plak org yg dah tau kewujudan Dengkil nie...macam-macam adoo!
xyah gi jauh-jauh dah org Dengkil skang..sume pon ade depan mata..dulu pekan kecik cam pekan koboi jerw..kot! sakng x lagi... sbb aku pon dah rajin jejak kaki kat sane.. Nak-nak lagi emak..! sangat suke..xtaw sbb ape..sbb de kedai 2hengget kot..hahaha!
bukan jerw emak..anak2 aku pon suke sbb kalau kat kedai 2hengget tue dorang leh amik bape banyak pon menan sbb mak apak dia xkisah..! tapi tgk jugak jenis menan yerw anak2..xde lerw sume pon kau leh tibai.. xde lerw aku nie mak yang suke berhabis beli menan sesajo kan? walau harganye 2hengget tapi kalau main dalam kete jerw lom sempat sampai umah dah punah xgak de gunanya ko beli bebanyak kan? so,,beli saje2 xmo bagi anak2 nangis sementara tunggu nani & unyang dia meronda2 sume kedai yang ade.. dah pulak sebelah tue ade lerw kepsi..! nie le masalahnye kalau anak2 dah pandai bercakap..nampak jerw muka atok dia tercongok kat bangunan merah tue trus histeria.."nak ayam kepsi..nak ayam kepsi"..tue lerw gunanye kedai 2hengget..time kasih lerw kedai 2hengget..bukan xmampu nak bawak makan kepsi tapi kalau dah ari2 nmpk kepsi ari2 jugak mau lantak x ke muak??
lari tajuk sudah...

tanpa sedar melayan karenah anak-anak berserta emak & nenek rupenya dah dekat kol 7ptg. Laju2 ajak emak & nenek balik..sampai umah siap solat maghrib sume abah pon sampai umah. Balik makan je kot!cemane kije sampai malam pon mesti nak balik makan nasikmdepan muka emak jugak..ouhh!so romantik..abah kena sambung keje sampai malam..start jln balik kul 9.15mlm..nenek dgr penjelasan abah trus merengek2 ajak aku & mr.huB ikut abah jalan-jalan naik bas Nadi Putra..

pertama kali untuk tahun 2012 kami naik bas..tahun lepas ade naik..nie tahun 2012 lak.. Selagi abah keje ngan Nadi Putra..Esok2 tgk je lah bas tue lalu depan mata..naik mmg x lah kot! Dan malam tue anak2 aku lena diulit mimpi tido kesejukan dalam bas.. satu jam jugak kami duk dalam bas ikut abah pusing sekitar Putrajaya..mmg best!sekurang2nya kami merasa..kamu?
kalau teringin nak naik & ronda2 dengan bas Nadi Putra dtg jerw Putrajaya..parking kete kat park&ride pastu naik bas..tambang 50sen jerw pegi mana2 pon..!kata abah..mmg xde untungnye pon sbb hasil satu ari mmg xpernah cecah rm200.00..nak gi rm100.00 pon payah.! sbbnya Nadi Putra adalah bawah tanggungan kerajaan Putrajaya iaitu kemudahan tuk penduduk Putrajaya.. budak sekolah naik 30sen jerw...mana tempat yg berani bagi naik bas 30sen..cuba bgtaw!pastu nak lebih mudah,,bayar je kad..rsenye lebih murah kot!kalau xsilap.. pakai kad naik lah bape kali pon.xde halangan!klu dulu-dulu bas yg aku pernah naik dulu mase sekolah2 dulu pon ade kad..tapi akan ade konduktor bas datang tebuk lubang kat kad kite. klu dah de 2lubang kat kad tue jgn mimpi lerw ko nak naik free lagi...hahaha

memang best ade pengalaman nie..sbb sejak dah belajar kat kolej dulu memang aku dah xpernah naik bas lagi. melainkan bas yg dipandu abah sendiri.. silap2 kalau suh aku gi KL naik bas sendiri mau sesat barat aku.. nanges sendirian sudahnye!
dah xtaw nak cite ape..kiter layan je lah pic2 mase kami naik bas tue erk?tapi pic anak2 je lah!
mentang2 lerw atok kamu bawak bas..!
tempat beg pon leh jadi tempat duduk
..
mase ni si kecit tomey tgh usha nani & unyang yang duk gelak2 kan mereka!

malas layan unyang ngan nani
menung tgk luar lg best!

marah kat mat bangla yg duk belakang tu dok bising2..
tgk xde senyum2..muka asik nak marah jerw!

lagi biar lagi best dia menung! =)

si kecit tomey & mr.huB

asyikkk!!
sampai tertido-tido
dah macam anak burung gayanye!

sbb lame x mengupdate... !

As salam ...

wOw..lame tol rasenye xmenaip di blog sendiri..tu lah padahnye! org lain ade blog,aku pon nak ade gak! xmo kalah..tp masih sedar diri lagi bile mane sedar bahawa blog aku xseGAH blog org yg ade name di persada blog..hihi! Persada blog katenyer! ape-ape je lah kiah...

sebenarnye aku mmg ade jerw mase nak mengupdate cite2 baru wlupon citer hanya citer yg menyimpan seribu kenangan wat aku sendiri..!cume sejak kebelakangan nie dgn dtgnye mslh kesihatan buatkan waktu tue terbatas..dan terpakse membatalkan niat nak bercerita..!

teringat citer2 mak mase zaman dulu-dulu.. Doktor xseramai mase zaman kite nie. Makanan pon xsehebat zaman kite nie. Kalau sakit kebarangkalian nak jumpe doktor amatlah sikit..sbbnya bukan sbb xpercaya doktor..tp sbb xmampu.. Makan lak xmcm la ni..kais pg makan pg,kais ptg makan ptg! ape yg ade jerw..ade ubi kayu mkn lah ubi kayu pagi petang siang malam..ade ikan masin,makan lerw ikan masin pagi petang siang malam..tu pon mujur de ikan masin kot!hehe
cer tgk zaman kite skang..nak makan pon kena berjaga2.!xleh salah makan..silap makan jumpe doktor ler gamaknye..tu kalau si tua..!klu anak2 lagi lerw harus berjaga2..mana punca pon dah xtaw..rasenye kalau yang ade anak2 tue mesti taw kan..dah puas berjage2 nye..tapi kalau Allah dah nak bg sakit tue xkire lerw antar pengasuh ke idak ke tetap juga lah sakitnye..tol x?

yg menambah kerisauan si ibu sejak 2 menjak nie..! ROTAVIRUS yg sedang berleluasa di negeri Perak..mengikut siasatan punce virus nie merebak adalah AIR..ouuhh!xcukup bersih ke air yg sedang kite guna ni?tue di Perak,,abis pe name lak yg sedang melanda kawasan kami nie? KAJANG & PUTRAJAYA.. virus nie menyerang kanak2 berusia bawah 12tahun.. kes nie sebenarnye dah berleluasa di semua tempat kot! penyakit yang juga dikenali sbg AGE.. iaitu kanak2 yg mengalami demam diikuti muntah2 dan cirit-birit..! peringatan tuk ibu2 di luar sane.. jgn ambil mudah jika anak2 mengalami muntah2 dan cirit-birit nie..mmg kiter nampak mereka sihat seperti biasa cuma muntah dan cirit-birit sekali-sekala tapi jgn biarkan ianya berlarutan kerana muntah2 dan cirit-birit boleh mengakibatkan air kurang dalam darah & badan menyebabkan anak2 lemah xberdaya..

bercerita mengikut pengalaman sendiri yang dah aku lalui iaitu bermalam di hospital Kajang 4hari 3malam..pada mulanye,,si kecit tomey hanya demam biasa start ari sabtu..! aku adalah slh seorang ibu yg mudah panik..bile anak demam xde mau tunggu 3-4 ari baru bwk klinik.. Keesokan ari trus bawak si kecit tomey private klinik..cuma diberi ubat demam memandangkan si kecit tomey xde selsema&batuk..jauh sekali muntah2 dan cirit-birit.. Balik umah bagi makan ubat panas bdn pon kurang..! esoknye sihat seperti biasa..
Ari selasa 7/02/2012,,kami sekeluarge terima jemputan ulangtahun cucu kepada kawan baik emak.. Ikutkan jugak kehendak emak memandangkan si kecit tomey xdemam lagi.. sebelum pergi tue,si kecit tomey ade menyusu badan..perasan sejak demam ari tu si kecit tomey xnk langsung menyusu botol.. bercantik2 nk ke majlis ari jadi sesudah BF tiba-tiba si kecit tomey muntah susu mengeluarkan balik susu badan yg diminumnya sebentar tadi dlm kadar yg sgt sedikit..mujur sempat lapik dgn kain tuala..kalau x,,mmg abes kena baju cantik..hehe
dan skali lg kejadian berlaku di majlis arijadi ..sedang tetamu enak menjamu selera si kecit tomey muntah makanan yg baru masuk ke tekak kecil nya..kasihan!aku sedapkan ati ,, mungkin de lekat sumthing kt tekak baby td nie..sbb aku nmpk si kecit tomey sdg menjamah kacang kuda yg de rse2 pedas sket..mungkin tekak dia xselesa..muntah kali nie mmg abes baju cantik.. makanye,,laju2 aku,emak & mr.huB makan pastu mintak diri nak balik..niat ati nak trus ke klinik tp si kecit dah xberbaju hanya berlapikkan sehelai towel pinjam dari tuan rumah makanye keputusan dibuat..balik umah dulu,tgk perkembangan si kecit cemane..
Keesokannya 08/02/2012.. aku dah puas cuti seminggu memulakan ari bekerja dgn ati risau meninggalkan anak yg xsihat..tp masih bersyukur sbb si kakak syg & si kecit tomey dibawah jagaan emak tersyg aku sepenuhnya..kebetulan pule mr.huB baru mula cuti..bolehlah tgk2 kan anak2 kt umah emak..sesekali aku tepon emak nk taw perkembangan si kecit tomey.. emak kate lom ade tande dia xsihat sbb dia aktif seperti biasa.. muntah2 pon dah xde..! aku pon tarik nafas lega..tetibe teringat anak sorang kwn admit wad Putrajaya.. Darwisy pon emak yg jage.! Aku amik keputusan try kol emak apak awisy sbb nak taw pe kesahnye..
terkejut bile mak apak awisy bgtaw tande2 yg awisy alami juge berlaku pada si kecit tomey.. menurut apak awisy,,kat hospital Putrajay pon ramai sgt budak dah admit wad sbb punca yg sme... nasihat emak awisy,suh aku bwk si kecit tomey jumpe doktor kerajaan tuk wat pemeriksaan terperinci..gile x takuat ko!
trus lelaju kol mr.huB suh bawak anak dtg opis aku kat Kajang..dah kebetulan bersebelahan ngan hospital Kajang trus g wad kecemasan..menurut kate kawan sepejabat,,hospital Kajang selalunye bagi keutamaan pd kanak2 dan warga emas..maknenye xyah tunggu lama..yes!! credit to Hospital Kajang..sbb dah bese dgr rungutan patient2 yg duk area Putrajaya dan pernah mengalami tggu berjam2..cuba paham!mungkin penyakit yg tggu berjam2 nie xbape nak serius kot..tp kat board lekat kat tempat menunggu tue terang2 tulis bagi keutamaan pd kanak2 dan warga emas yg memerlukan..dan beberapa lagi kes yg diutamakan..tapi?...
jumpe2 doktor,si kecit tomey trus diminta ambil darah tuk memastikan masalah sbnr..pas amik darah tue kena masuk air..air ke ape erk?xtaw.. smpai tertido2 si kecit tomey.. emak,mr.huB & si kakak syg xtaw citer menunggu kat luar..sowi! Sesudah dpt result darah,doktor jumpe aku bgtaw yg si kecit tomey terpaksa ditahan di wad tuk pemerhatian sbb result darah si kecit tomey mendapati air dah kurang dlm darah dia..aku yg dgr trus cam lemah jerw wlupon keputusan xlerw seserius mn..tp hati si ibu..!bermulalah episod bermlm di wad start 8hb tue.. sedih bile tgk anak sekecil najla dicucuk2 dgn jarum tuk amik darah & masuk air.. ouhhh!aku pon nak nanges ok tp cover depan doktor & nurse... kena kuat!

masuk2 wad,,baru aku tau..yg kes AGE nie adalah kes dimana bilik wad perlu diasingkan. aku de tanye dgn doktor samada penyakit nie berjangkit/x..dan doktor kate ade kemungkinan tuk berjangkit.. tapi aku bangga sbb dalam ramai2 budak kat bilik AGE tue si kecit tomey antara kanak2 yg tabah.. xbyk meragam & menangis..cume menangis klu mood tdo dia dah mai jerw.. klu dia dah nak tido jgn ade doktor atau nurse dtg dekat mmg dia nanges..klu xngantuk dia sgt ok!dtg lah nak cucuk ke,nak check ke..muka sgt slumber..!xtakut hokey..klu kebanyakan anak2 yg len doktor mai katil jerw trus lalak2...kasihan! yg kelakar sgt de sorg anak depan katil si kecit tomey,,aiman. asal doktor/nurse dtg jer trus nanges siap sebut.. "nak dO..nak dO"
hahaha..comel sgt!trus nak tido.. miss u aiman!

selama 4ari dlm wad AGE tue aku leh tgk bersilih ganti budak masuk kuar wad..sedih sgt! dan Alhamdulillah ari ke-4 tue si kecit tomey dibenarkan pulang sbb doktor tgk dia pon dah ok. dah xde muntah2 lagi..dah xde berak2 lagi..makan pon dah mau!cume susu botol jerw yg dia tolak mentah2..xpe!selagi terdaya ummi akan susukan kamu syg!dan kebetulan ari yg same aiman jugak dibenarkan pulang...alhamdulillah!lagipon dah xsanggup tgk mr.huB berulang-alik dari putrajaya ke kajang semata2 antar pampers..semata2 antar baju..semata2 nk jenguk anak & bini..xkire pg,ptg,mlm,tgh mlm...sian abi.!sian umi gak..
xsihat mau tido je keje nye..
lemah badan kot!

dah sihat xmau duduk dalam kurungan..
melalak mintak turun..! =)

dan arini..si kecit tomey dah beransur sihat..alhamdulillah. Semoga dgn ujian yg Engkau berikan ini memberi kekuatan kepada aku sekeluarge menerima ujianMu Ya Allah dan semoga dgn pengalaman yg kami lalui ini memberi kesihatan berganda buat anak2 ku..amin!

**happy family**

**happy family**