Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 12, 2009

ketidakselesaan pada trimester ketiga

a)KELETIHAN OTOT PERUT DAN KEGATALAN KULIT
-kegatalan di bahagian perut berlarutan hingga tiga bulan terakhir.Ia berikutan daripada pengembangan perut dan ligamen .Penggunaan losen bersesuaian dapat mengurangkan masalah gatal ini.

b)SAKIT KEPALA DAN BELAKANG
-sakit kepala mungkin kerap berlaku pada masa ini.Dapatkan rehat yang cukup terutama jika anda berasa tertekan dan emosional.Sakit belakang berlaku bila perut yang semakin membesar memberi kesan pada posture anda.Pakai kasut tapak rata dan ambil perhatian sewaktu duduk dan berdiri.

c)KEPANASAN
-Ia memang lumrah pada wanita hamil bila mereka mengadu panas.Ia adalah tidak balas normal pada metabolik.Anda mgkin berpeluh walaupon orang len disekitar anda menggigil kesejukan.

d)LELEHAN PAYUDARA
-kolostrum mungkin sudah mula keluar dari payudara anda ketika saat akhir kehamilan.Kolostrum adalah cecair kuning yang kaya dengan nutrien dan akan dihisap oleh bayi anda pada beberapa hari awal kelahirannya sebelum susu sebenar keluar pada hari kedua atau ketiga selepas lahir.

e)SUKAR TIDUR LENA
-kesukaran tidur dan rasa letih adalah keluhan biasa yang didengari dari mulut bakal ibu pada trimester ketiga.Kekerapan buang air kecil dan ketidakselesaan kerana saiz perut yang membesar biasanya membuatkan tidur malam semakin sukar.

f)HIDUNG TERSUMBAT
-Perubahan hormon menyebabkan membran mukus menggelembung,hidung tersumbat atau berdarah.Alergi menjadi semakin teruk.Pastikan anda berjumpa doktor untuk pengambilan sebarang ubat.

g)SESAK NAFAS
-Masalah ini bukanlah berat kerana ia disebabkan oleh perubahan hormon yang memberi kesan pada pengaliran darah dan otot dalam paru2.Dalam trimester ketiga,masalah sesak nafas boleh disebabkan oleh pembesaran rahim yang menekan daifragma,menjadikan pernafasan semakin sukar.Sesetengah wanita yang x mempunyai sejarah asma boleh mendapat simptom asma pada akhir kehamilan.

h)BENGKAK KAKI
-Kaki membengkak ketika hamil adalah disebabkan oleh kandungan air yang banyak.Masalah ini berpunca daripada jumlah cecair-air,darah dan air ketuban yang ada dalam badan.Petua untuk mengatasi masalah ini sebenarnya minum lebih banyak air.Bengkak boleh menjadi lebih teruk ketika cuaca panas terik.

i)BUASIR
-Secara teknikalnya,buasir adalah bengkak urat dalam kawasan rektum anda.Hormon dan tekanan pada usus anda,termasuk ketegangan ketika perubahan usus boleh menyebabkan keadaan yang sedia ada.Cuba duduk di atas kusyen lembut berbentuk donut yang dapat memberikan kelegaan pada kawasan terbabit.

j)BENGKAK GUSI
-Perubahan hormon turut menyebabkan pembengkakan gusi.Anda mungkin mengalami gusi berdarah bila menggosok gigi.Gunakan berus gigi yang lembut dan terus memberus gigi dan flos gigi seperti biasa.

k)KELAM-KABUT
-Semakin saiz anda membesar,semakin sukar pergerakan anda.Berhati2. Jangan kelam-kabut untuk melakukan sesuatu.Minta bantuan dairpada orang lain jika perlu.Pilih pakaian dan kasut yang selesa utuk memudahkan pergerakan.

l)LELEHAN AIR KENCING
-Lelehan urin ini sebagai peringatan untuk anda mula melakukan senaman lantai pelvik dan berlatih k0ntraksi otot di bahagian vagina dan agus.

m)MELANCONG
-Anda sepatutnya x kemana2 lagi yang jauh dari rumah.Kebanyakan doktor x mgalakkan wanita hamil pergi melancong bila sudah memasuki 8 hingga 9 bulan.Kebanyakan syarikat penerbangan juga mempunyai peraturan untuk penumpang yang hamil.Perjalanan menggunakan kereta yang mengambil masa lebih sejam boleh meletihkan dan x menyelesakan ketika ini.

n)MEMANDU
-Jangan memandu bersendirian ke hospital jika anda pernah mengalami k0ntraksi atau hampir hendak bersalin.
**Anda akan mengalami kekerapan buang air kecil ketika tiga bulan terakhir kehamilan.Jangan tahan kerana anda hanya akan mengganggu pundi kencing dan menghilangkan kontraksi.

No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**