Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 6, 2012

Ubat KUTU mujarab

Assalammualaikum ...

Tajuk pon dah bagitau ape yang ahkak nak cite kat entri kali ni. Kepada sesiapa yang ade anak perempuan berambut panjang macam ahkak pasti jugak mengalami masalah yang sama kot. Kecik kecik bukan main jaga kalau boleh memang xmahu pon de serangga bernama kutu menyinggah. Tapi apakan daya.. Belum sekolah pon anak anak, tetibe ahkak dah kena hadap masalah yang merunsingkan kepala ni. Sabarrrrr je lah!

Tah mana dikutip kutu kutu ni pon ahkak confius.. Padahal duk umah je. Belum sekolah lagi haaaaa! Esok esok dah sekolah kutu ba alif ba ya lak di bawak baliknya kot. alahaiiiiiii.....!
tapi ape pon benda dah melekap kat kepala pon..nak tak nak ahkak kena pikir cara nak menghapusnya sebelum kepala ahkak dan mr.huB lak jadi sasaran si kutu kutu ni. Ahkak memang suke menjengok blog orang lain tanpa meninggalkan jejak.. Dan de satu blog feveret ahkak pernah cerita tentang ubat kutu. Dan tu gak ahkak terus berlari anak ke farmasi berhampiran.

Nama ubat kutu tu LICEND. Memang terbaik abad ini kot.. Ahkak dah pernah beli sebelum ni. Dua dua kepala puteri kesayangan tu ahkak tonyoh dengan ubat kutu ni.Alhamdulillah..bukan dengan kutu je..segala telur telur kutu sume pon gugur dengan jayanya. Makanya,haruslah tonyoh kat kepala sendiri jugak walaupon ahkak sendiri xsure ahkak jugak salah sorang mangsa kutu kutu dalam rumah tu atau x. Sebab ahkak dah try sikat pakai sikat kutu tu tapi xde ape yang gugur. Yang ade cume rambut rambut xbape nak sihat. Keguguran dari kepala ahkak.. nasib xbotak!

 
Bile dah xde kutu tu dengan bangga cite lah kat emak.. Pastu emak suh beli sebotol lagi. Kata emak,, penat je ahkak duk tonyoh kepala anak anak ahkak kala kutu kutu masih berleluasa kat kepala kepala orang yang ada dalam umah emak tu. Esok ahkak gi keje,antar anak anak gi umah emak dikutip lagi kutu kat kepala kepala orang lain lagi. Alahaiiii! dah jadi keje ahkak nak menonyoh kelapa anak anak dengan LICEND je lah gamaknye pulakkk. 

Dan ahkak sebagai anak dan ibu yang baik beli lagi sebotol LICEND untuk kegunaan semua.. Wahhhh! Tinggi harapan ahkak sekiranya semua kutu kutu kat kepala insan insan kat umah dapat dihapuskan. Sebab sakit je hati ahkak ni tengok telur telur dan kutu bergayutan kat kepala anak anak ahkak. Memang anti betul lah! Sebabnya bile dah anak anak ahkak jadi mangsa kutu kutu tu xmemasala ahkak jugak adalah berisiko. Ko memang tau kutu.. Ahkak marah ni!

Dan bile dah berkutu tu haruslah ahkak jadi si Monyet pulak kan.. Sekejap sekejap kang bawak anak duk menenggek depan pintu sambil menyelak rambut. Rimas lah nengok anak duk menggaru mulah emak nya plak serabut. Lepas tu sampai tertidur tidur anak ahkak akibat xdibenarkan main selagi ahkak xpuas mengclearkan kutu dan telur kutu di kepala nya. Yang jadi pelik ahkak.. Cemana emak emak yang di luar sane ade anak yang berkutu duk diam tanpa ikhtiar menghapuskan kutu kutu yang berleluasa di kepala anak anak mereka? Xkesian ke kat anak anak? Ahkak allergic betul lah.. Kecik kecik dulu ahkak pon berkutu dan ahkak pernah ingat kutu ni dah pupus. Bila dah ade anak dara ni baru ahkka tau rupenye belum pupus lagi s kutu kutu ni.. Huh!

Dah alang alang ahkak rajin nak menonyoh abis dengan kepala si kecit tomey dan si kakak sayang pon ahkak letak lagi ubat kutu tu. Walaupon ahkak dah make sure menatang tu dah berkurangan kat kepala si kakak sayang.Ahkak xpuas hati selagi sume kutu kutu tu turun semuanya. Jangan de seekor pon kat kepala anak ahkak.

Picture adalah ketika sesi melumur LICEND kat kepala anak anak ahkak ;)

ketika sesi memerlukan brg tersebut. Ubat kutu LICEND,sikat kutu,sedikit air dan sehelai kain (seeloknya putih)
si kecit tomey dan si kakak sayang bergaya dengan napkin putih menutupi kepala berkUTU

Si kecit tomey xreti duk diam! sampai terjuih gigi..haha

Tengoklah aksi.. nak mencapai je kijenye!

Dah macam bebibuiiiii ;)

Si kakak sayang yang ayuuuuuu ;)
Sengettttttttt! 
Nak guna LICEND ni sangat sangat lah mudah.. Letak kat kepala ikut sukatan dan panjang rambut. Sikit rambut letak lah sikit.Banyak rambut letaklah banyak. Dah agak agak basah kepala dengan LICEND titiskan air sikit demi sikit sehingga berbuih rambut tu. Pastu biar seketika. Balutlah dengan kain napkin tu kan. Xpon nak sikat dengan sikat kutu pon boleh.. Biar gugur sume kutu tu! Setengah jam kemudian leh basuh dengan air. Padan muka ko kutu!
 
Sape de masalah kutu ni cepat cepat lari lelaju gi farmasi terdekat mintak ubat kutu LICEND yang harganya ditempat ahkak RM16 sebotol :)


2 comments:

Unknown said...

Ibu mnyusu leh guna x

Hairiblogs said...

KAMI ADALAH PENYELESAIAN MASALAH KUTU N TELUR2 SKALI. INSYAALLAH 100% BERKESAN. BAHAN2 YG TIDAK BERACUN BAHAN2NYA ADALAH ORGANIK. SESUAI UTK KANAK2 DAN SESIAPA SAHAJA. KETERANGAN LANJUT BLH SMS SY DI TALIAN 0195713534 atau wasap sy www.wasap.my/60195713534

Post a Comment

**happy family**

**happy family**