Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 29, 2009

9 TIP ATASI KELUH KESAH PENGHUJUNG KEHAMILAN


1.Rujuk doktor pakar
Ibu mengandung disaran untuk mendapatkan pendapat dari orang-orang yang lebih berpengalaman tentang masalah kehamilan.Orang yang dimaksudkan tentulah doktor pakar.

2.Tambah pengetahuan
Isi masa terluang dengan membaca bahan bacaan yang banyak terdapat pasaran.Demikian juga halnya dengan artikel-artikel di dalam laman web.Selain itu banyakkan bertanya daripada mereka yang lebih pakar seperti doktor,ibubapa dan rakan-rakan.

3.Banyakkan berjalan
Berjalan kaki adalah senaman khusus untuk ibu hamil yang diamalkan sejak dari awal kehamilan yang dapat mengurangkan apa jua komplikasi.

4.Duduk mencangkung
Lakukannya dengan berada dalam posisi berdiri tegak terlebih dahulu dan kemudiannya posisi mencangkung.Perubahan posisi ini dapat menggalakkan kepala bayi untuk memasuki ke saluran peranakan.Sebaik-baiknya,lakukan amalan ini sambil diiringi dengan alunan muzik lembut.Penting melakukan secara perlahan-lahan.

5.Pelajari teknik pernafasan
Hadiri kelas antenatal yang kebanyakkannya dianjurkan oleh pihak hospital.Ini adalah untuk membuahkan hasil yang positif seperti menjadi tenang ketika menghadapi saat kelahiran.

6.Hubungan asmara
Ini adalah untuk merangsang prostaglandin yang terkandung di dalam air mani suami untuk mencetuskan konstraksi.Yakinlah,hubungan asmara ketika ini adalah selamat asalkan ketuban tidak pecah atau tiada masalah komplikasi uri ataupun pendarahan.

7.Makanan pedas
Amalan merangsang perut dan usus menggunakan makanan pedas dapat mempercepatkan rasa sakit bersalin.Namun,bersederhana!Jangan terlampau pedas untuk elakkan perut meragam dan menyebabkan cirit-birit.

8.Rangsang puting payudara
Oksitosin merupakan hormon yang dapat mencetuskan konstraksi.Ada pendapat yang menyatakan bahawa dengan memicit atau mengurut puting payudara,ia sedikit sebanyak dapat membantu.Praktikkan panduan ini setiap kali mandi.Ada juga pandangan yang mencadangkan agar ia dilakukan setiap satu jam.

9.Nikmati secawan teh
Theanine yang terkandung di dalam teh dipercayai dapat membantu mempercepatkan bukaan serviks.Namun,jangan terlebih minum pula.cukup sekadar secawan teh sehari.

No comments:

Post a Comment

**happy family**

**happy family**