Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, November 27, 2012

Aku dan IRON TABLET!

Assalammualaikum ...

Dah lame rasenye xmenaip merapu meraban. Sejak dua menjak ni ahkak terlampau rajin menjengah blog orangorang jer..sampaikan nak menaip pon tertunda. Banyak cite yg belum ahkak cite.. Nantilah! Lom rajin nak upload picture bagai. Cuma rase nak meluahkan perasaan meloya pada sume kengkawan jerrr :(

Mase trimester pertama pregnant ari tu ahkak mengalami morning sickness yang agak teruk. Tapi xlama nak dibanding mase pregnant pertama dan kedua. Ketiga kali pregnant ni ahkak cam GAGAH sikitlah. Mungkin sebab de komitmen lain selain dari nak melepek sesajo kennn? Kalau dah melepek sesajo sape lak nak urus dua orang puteri ahkak tu.

Dan mengkonfiuskan ahkak adalah mase teruk mabuk pregnant ritu HB ahkak adalah diparas ok jerr walaupon makan muntah.Muntah makan.. **badang ahkak klu mkn muntah. Tetapi menjengah je kandungan ahkak 5-6bulan..hb mula buat hal. Turun xnak naik. Dan disebabkan itu,selama ni ahkak makan hanya sebiji ubat iaitu Obimin bertukar terus kepada 4jenis ubat. Kalau yg pernah pregnant dan amik ubat dengan klinik kerajaan pasti tau pe ubat yang ahkak maksudkan. Iron tablet,acid folik,vitamin dan pe lagi satu nama ubat tu pon ahkak xsure. 

Dan merimaskan ahkak adalah sejak menelan empat jenis ubat itu perasaan ahkak semakin xnormal. **xnormal okeyhh!dah jadi paranormal. Tiap kali pepagi subuh ahkak telan jer ubat tu perasaan dah mula meloyakan. Dan klimaks adalah selepas ahkak bekpes ngan sahabat sahabat handai kat opis. Lepas je naik dari kantin mesti bilik air/jamban adalah destinasi pertama ahkak. Tujuan utama mengeluarkan benda yang dah ahkak telan. Adoiiii! kala camni memang parah. Menjadi persoklannya,bile ahkak xmakan ubat tu xde le plak ahkak muntah loya bagai. Dan pagi td sekali lagi ahkak dikenakan oleh ubat tersebut. Disebabkan makan empat jenis tu ahkak jadi begitu,,ahkak amik keputusan hanya makan iron tablet sahaja.Yang berfungsi tambah darah. Sebabnye semalam dah kena sound ngan doktor. Gagah pepagi telan iron tablet ngan segelas susu. Elok jer lepas bekpes terus jugak mengeluarkan makanan yg dah berbayar tadi. Pfffttttt! Letihlah ahkak cmni. Semalam xmakan ubat elok jer ahkak telan ape yang ahkak makan. Dan ahkak telah membuat andaian sendiri.Ahkak memang xleh berkawan dengan iron tablet. Masalahnye lagi disini.. Cemana ahkak nak naikkan hb ahkak yang dah semakin rendah nehh? Tolonglahh! risau juge sebenarnye. Ahkak dah try makan kerang dan hati sume. tapi xberhasil!

Xkan ahkak kena telan jugak empat jenis ubat tu. Sianlah ke ahkak yang nak berulang jamban kat opis nehh. 
Ape kesan erk kat baby kite kalau hb rendah time time dah dekat nak bersalin? risauuuunye ahkak!

Friday, November 16, 2012

berderau jantung dikala boyot..

Assalammualaikum ...

Maaf lah xterpikir tajuk best wat mase ni. Baca tajuk je dah tah ape ape. Tapi ahkak xkisah. Ade yang sudi baca,terima kasih. Ada yang tak suke nak wat cemana! Bukan boleh paksapaksa orang lain suke akan penulisan kita mahupon suke tentang kita. Betul tak? Setiap orang ada minat masing masing. 

Rabu yang lepas ahkak kerja berdua dengan akak nehh. Disebabkan ramai bebenor yang dah apply cuti raya makanya ahkak disuruh shift pagi. Shift pagi kat tempat ahkak adalah direct keje dari jam 7.30pagi hingga 2.30petang tanpa rehat. Oklah kan.. sesekali masuk shift. Ari ari keje opis hour bosan gak ye dak? Tinggal lah ahkak dan partner berdua lebih baik . Berdua di department ahkak agak rumit kot. Sebab nye, sorang di bahagian AMHASnet dan sorang di bahagian PABX System. AMHASnet ni tempat terima semboyan,antar semboyan,terima faks,antar faks dan semua kerjakerja berita lah lebih kurang. PABX System lak lebih pada kerja menerima dan membuat panggilan. Ahkak punye kerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan sememangnye tempat di PABX System lah kenn? Dan sepatutnya di AMHASnet adalah hanya untuk pemegang pemegang lencana PETIR. tapi disebabkan kekurangan anggota makanya partner ahkak yang xde lencana petir tu terpakse menggantikan anggota yang bercuti raya. Berkorban apa saja!

Elok je pagi gi keje tu sampailah kejadian berderau jantung tepat jam 1.30tgh ari. Ahkak dah jadi macam seriau kalau terima panggilan dari rumah time tengah keje. Ahkak sangat takut. Sejak bile jadi camtu pon ahkak xperasan. Tapi memang skang agak takut nak terima panggilan dari rumah if ahkak sedang bekerja. Ahkak terima panggilan dari kakak ahkak yang duk serumah dengan emak ahkak dimana ahkak tempatkan anakanak ahkak time ahkak bekerja. Emak ahkak tak suruh ahkak antar anakanak ke pengasuh lain selagi dia mampu jaga anakanak ahkak.Alhamdulillah ahkak dah xperlu pening pening kepala cari pengasuh selagi emak ahkak sihat tubuh badan :)

Mase tengok nombor kakak ahkak naik tu ahkak dah xsedap hati. Ahkak angkat je phone tetibe dengar suara panik kakak ahkak mintak ahkak balik dengan kadar segera. Sebabnya anak ahkak yang si kecit tomey tu jatuh buai. Alahaiiii,,terus lah ahkak rase cam dunia ni berputar.Menggelabah gaban tahap cipan. Ahkak adalah emak yang mudah panik bila dengar benda buruk melibatkan anakanak ahkak. Sangat panik! teruslah ahkak padam jer suis lappy tanpa shut down. Xde terpikir baik buruk dah! yang ligat di kepala ahkak adalah keselamatan anak kesayangan ahkak. Kemaskemas barang terus bgtau partner ahkka yang ahkak kena balik.Xde teringat nak inform kat incharges ke ape lagi dah. Memang rase nak terbang cepat sampai je kat depan pintu rumah. Tapi apakan daya. Ahkak bukan seekor burung.

Terima kasih sangatsangat kat partner ahkak yang sudi cover sejam lagi waktu keje ahkak. Maaf yer kak sebab susahkan ahkak kena jage 2bahagian dalam satu mase disaat saat kemuncak. Saye terpakse! ondaway nak ke kete lagi skali terima panggilan dari kakak ahkak. Katenye mintak ahkak kol mr.huB dulu sebab takut ahkak lambat sampai. Tanpa sedar ahkak tinggi suaralah sebab dah terlalu cuak bila berkalikali kakak ahkak duk tepon tepon. Maaf ye kak! adikmu ni terlalu risau jika ape ape berlaku pada kesayangan ku itu. Makin risaulah ahkak. Sambil memandu sambil berusaha mendail nombor mr.huB. Dapat je kol mr.huB terus mintak mr.huB balik tengokkan si kecii tomey. Dapat je cakap ngan mr.huB,mase tu ahkak dah xleh nak simpan lagi apa yang ada dalam hati.Terus laju airmata menitik sambil mintak mr.huB balik dulu tengok si anak. Berdesuplah ahkak memandu. Xde teringat pon sedang membawa nyawa lain dalam perut. Kenderaan lambat bak kurakura depan kereta semua ahkak potongpintas sebab nak cepat sampai umah. Xde teringat kamera AES ke hape! Anak ahkak lebih penting skang. Dalam berdesup tu sempat gak tengok meter mase di higway Putrajaya tu. Patutlah ahkak rase melayang layang je kete wira ahkak tu.Rupenye 180km/jam rupenye ahkak pecut. Tetibe perasaan jadi takut dan menginsafkan ahkak buat ahkak kurangkan menekan pedal. Tapi memang rase sangat sekejap dari Kajang ke Desa Pinggiran saat tu. Bagai terbang di langit biru.

Sampai sampai je rumah rupenye mr.huB,emak dan makcik ahkak dah bawak si kecit tomey ke klinik berhampiran rumah. Bertambah marah dihati emak ahkak bile sampai kat klinik tu. Tutup di saat diperlukan.Bagus! Nampak je si kecit tomey buat ahkak rase nak pelukcium taknak lepas. Nasib lah tangis si kecit tomey pon dah reda. Dan keadaan dia pon dah ok dari sebelum ni.Menurut kata kakak ahkak. Si kecit tomey ahkak bawak ke klinik Mediveron Alamanda. Dan direfer ke Hospital Putrajaya.. Berjam-jam bermukim di bahagian kecemasan dan trauma Putrajaya. Bersyukur sebab menerusi keputusan xray tiada keretakan atau kecederaan otak yang dikesan.Cuma doktor mintak ahkak pantau keadaan si kecit tomey sehingga 72jam dari mase kejadian. Sebab menurut doktor xkire samada budak kecik atau dewasa tempoh 72jam adalah tempoh perlu diperhati selepas hentakan. Sebab bukan semua hentakan akan beri kesan dalam mase singkat. Ingat yer... 72jam! jika terdapat muntah atau pengsanpengsan itu adalah bahaya. Jangan amik mudah.

Itu yang buat ahkak risau dan membuatkan ahkak sanggup bermukim di Hospital Putrajaya demi memastikan si kecit tomey adalah di dalam keadaan ok. Tepat jam 7.30ptg kami anak beranak sampai rumah emak ahkak selepas selesai sesi berjumpa doktor. Emak ahkak xyah cakap lah risau dia. Sian kat emak. Nak wat cemana mak! Dah cucu emak sorang ni memang banyak perangai dia. Lasak ngalahkan budak lelaki. Manjat sane manjat sini. Tapi harapnye lepas ni xdelah jatuh lagi. Takut kan kalau anak asyik jatuh je memanjang. Yelah,kalua dah jatuh dah tentutentu hentak kepala. Bahaya! Alhamdulillah si kecit tomey nampak sihat sehingga pagi ni ahkak antar dia kerumah emak sebelum gi keje tadi. Semoga si kecit tomey dan si kakak sayang diberi kesihatan sepanjang hayat. Jangan wat umi & abi risau lagi yer sayang. 




layankan jelah aksi selama 5jam dibahagian kecemasan&trauma sepital Putrajaya. Memang xmacam orang sakit si kecit nehhh.. Doktor pon kate dia nampak ok. Ok sangat lah kennnnn..?
Memang pedih rasenye kalau berderau jantung dikala boyot. Bayangkan lah sampai ahkak terlupe yang ahkak tengah mengandung mase ondaway balik tu. Mesti orang yang duk berlumba ngan ahkak terkejut bile berenti je kete tengok pompuan ngandung 8bulan turun dari kete. Adoiiii gelak sendiri bile bayangkan. Tapi sebab anak ape pon semua tolak tepi :)

Monday, November 12, 2012

Lantak pi lahhhhhh!

Assalammualaikum ...

Kesian sangat kat manusia manusia yang sangat suke mengambil tahu ni kan? Korang korang pernah jumpe tak manusia manusia sebegini di keliling korang korang..? Bersabar lah siapa siapa di kelilingi manusia manusia sebegini. Sebab kita sebagai manusia ni memang xboleh nak puaskan hati semua manusia punnnn!

Kadang disebabkan manusia manusia sebeginilah kita yang normal leh jadi gila memikirkan kata kata mereka. Makanya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. ;)
Ahkak pernah disapa oleh manusia manusia sebegini. Antara soalan soalan yang tah ape ape adalah seperti berikut :

  1. Ehh mengandung lagi..? setahun sorang kerrr??? **suke hati ahkak lah yerr! nak beranak setahun sorang ke setahun dua orang ke.. ahkak mintak duit kamu kerrr???
  2. Suami kamu mana??? keje? Sabtu ahad pon keje?? Hebat!! ** memang lerr laki aku hebat! baru tauuu ker? Keje sabtu ahad pon ko nak amek kesah..
  3. Anak dah besar pon isap susu lagi ke?? **yerrr! saye masih mampu beli susu untuk anakanak saye. Kenapa?? nak mintak sikit kerrr?
  4. Ehhhh..mana boleh tgh ngandung bagi anak isap susu badan.. Nanti baby dlm perut jadi lembap! Kan ke susu tu dah jadi darah.. **haiii kamu pernah amik kedoktoran ke dulu? nape xjadi pakar puan jerrr! Saya refer doktor lah sebelum buat sesuatu. Dah doktor pon kate boleh bagi selarat ibu larat. Cuma perlu kalsium lebih dari biasa.. tu jugak salah satu proses penambahan susu.. Isssshhh lah manusia!
Pernah gak kawan kawan ahkak cerita perihal manusia manusia suke amik tau ni. Kadang pelik! Kenapa cerita orang lain yang kamu kamu sibukkan? Ker kamu memang dilahirkan untuk sibuk hal orang lain. Kamu xde benda lain ke nak buat dari duk amik tau kisah kisah orang?
Kadang belum rezeki untuk seseorang menimang cahayamata pon kamu leh jadikan bahan bercerita. Bukan ke kamu tau rezeki rezeki ni semua kerja siapa?? Kerja Allah S.W.T..! Bukan kerja kamu. Kita sebagai manusia ni cuma merancang dan semua ketentuan itu adalah datangnya dari Allah. Siapa kita nak mempersoalkan kerja Allah? Ini tidak! Dah sah sah tau belum rezeki seseorang tu menimang cahayamata,asal jumpe itu jer soalan nak ditanya. Rezeki lain lain yang dia dah miliki xnak pulak kamu tanye. Takut takut xpadan dengan rezeki kamu lerr tu! Mungkin sekarang Allah S.W.T belum nak mengurniakan mereka rezeki anak anak yang comel sebab nak mereka mempunyai aset aset yang boleh menjamin mase depan untuk anak anak esok hari.Siapa tau kennn?Allah S.W.T lebih tauu ape yang terbaik buat kite sebagai hambaNya ;)
 
Kepada kengkawan ahkak yang pernah disoal benda benda cenggini anggaplah semua ini cabaran dan dugaan dalam hidup. Belum berkahwin ditanya 'bile nak berkahwin'.. Bila dah berkahwin di tanye pulak 'bile nak menimang cahayamata'.. Bile dah anak esok esok beralih lak soalan 'Bile nak tambah lagi'.. pastu bile dah bersusun 'setahun sorang ke anak'
 
Alahaiiii memang fenin kalau layan manusia manusia sebegini.. Sampai bila pun xsudah soalan soalan cepumas mereka mereka. Apa pon yang dah berlaku pada kite..terimalah dengan hati terbuka. Dah ade rezeki anak banyak terima seadanya. Belum rezeki ada anak berusahalah sedaya upaya. Jangan layan sangat mulut mulut puaka mereka mereka ni. Memang leh gila dibuatnya! Dorang yang suka ambil tahu ni pon kadang hidup dalam terkontang kanting. Ambil tahu kisah orang untuk menghiburkan hati sendiri. Biar lantak pi lahhhhh ;)
 
biarlah anak anak saya bersusun paku pon..saya tetap bangga membesarkan mereka ;)

Biarlah laki saya kena keje SABTU AHAD pon..dia tetap ade mase untuk kami sekeluarga.. ;)
 

Friday, November 9, 2012

Scan 2D 3D 4D with Ms Jezzlyn :)

Assalammualaikum ...

Sebelum apa apa ahkak nak ucap mekaseh sangatsangat kat sorang kawan ataupon lebih tepat sedara lah jugak dengan ahkak. Sebab bagitau mengenai Ms Jezzlyn ni. Kalau x mesti ahkak dah membuang duit dekat manamana klinik yang belum tentu service diberikan sebaik Mz Jezzlyn.. Thanks tauu Nadia & Alang :)

Macam yang ahkak pernah cite.. Seboleh bolehnya mr.huB tersayang ahkak adalah langsung xnak tau gender lil' baby dan xnak langsung berharap. Mungkin sebab dah kali ketiga so excited dia pon dah berkurang.Tapi ahkak adalah jenis yang degil sikit.. ahkak tetap jugak nak tauu! tapi serupa gaklah macam mr.huB. Xdelah nak berharap sangat pon. First time ahkak scan adalah 2D di Klinik Suraya yang jugak dipromote oleh Nadia. Mase tu mr.huB memang keras lah xnak follow. Tapi bile de result nak gak tauu! cetttt.. Tapi ahkak xleh confirm sbb doktor Suraya sendiri xleh pastikan gender baby sampai tetibe ahkak ternampak sup bunjut. Baru doktor Suraya kate.. xleh nak sure gak cuma leh kate 80% gender lil' baby adalah boy.

Dan bile tengok ramai kawankawan yang sedang preggy buat 3D 4D... tetibe nafsu TERINGIN ahkak pon datang melonjak lonjak. Puas gak lah pujuk mr.huB.. Dia tetap say no!no!.. Dan sampai tahap kedegilan ahkak menggila,ahkak dengan sendirinya make appointment dengan Ms Jezzlyn melaui 3D 4D scan Malaysia atas saranan Nadia. Dia dah terlebih dulu buat sebab tu dia suggest kan tempat tu.
Ahkak pon sambil sambil make appointment tu sempat tanye incik Google tentang Ms Jezzlyn. Dan manamana sumber pon banyak yang kate she's da best! So,ahkak tanpa ragu ragu terus buat apppointment tanpa pengetahuan mr.huB. Lepas je wat appointment terus kol mr.huB bagitau alhamdulillah mood dia agak baik dan dia pon ok kan jer.. ;)

Semalam adalah tarikh temujanji ahkak dengan Ms Jezzlyn.. Ahkak dan mr.huB adalah blurr yerr kawasan Sri Kembangan nehh. Yang ahkak tau Sri Kembangan tu cuma area The Mines.. Matimati ko! Nama jer kije ngan polis tapi langsung xnak amik tau hal kawasan. Tu lah padahnya..Padan muka ahkak..Naseb xkena bebel ngan mr.huB dalam kete. tapi dia jugak bersalah dalam hal ni. Sebelum hari temujanji tu ahkak dah bgtau dan siap tanye pada mr.huB..Dia dengan confident jawab macam tauuu sangat je kennn?

ahkak : bie.. nnt klinik nak wat scan ni kat sri kembangan tauuu :)
mr.huB : ok.. sri kembangan katne?
ahkak : alamat dia bagi kate depan Giant dan sebelum Jusco Equin..
mr.huB : hurmmm..ok 
ahkak : Jusco Equin tu katne bie??
mr.huB : tempat kite karaoke dulu lahhh :)
ahkak : ouhhhh...

Dan kebanyakan blog yang dah ceritacerita hal scan dengan Ms Jezzlyn ni pon kate dekat dengan The Mines.. Makanya,bertolak lah ahkak dan mr.huB dari rumah jam 7ptg. Bajet memang dah betul lah tempat tu.Lalu depan The Mines bagai kan.. Puas cari Giant sebelum Jusco tu..dah sampai terlajak lajak tah manamana pon ahkak xtauuu dah!Hampir jadi gaduh lah gak.. tahapeapelah lakibini nehh. Sesat pon mau gaduh..Gaduhgaduh manja je lah..mr.huB aii kan cool u'olsss
Alih alih call Nadia dan lepas mr.huB bercakap ngan Alang..kami yang dari The Mines tu berpusing lah balik ke Putrajaya. Sebab kami yang memang asal orang SINI hanya tau jalan dari rumah je nak ke Pasar Borong Selangor. Kalau dari The Mines tu pon boleh kot ke Pasar Borong tu tapi memang kami yang asal orang SINI xtahu langsung. Makanya,amik jalan selamat pusing balik dari Putrajaya. Sambil sambil masam mencuka tu try kol Ms Jezzlyn berkalikali. Ringing tapi xberjawab.. Naik fed up gak ahkak. Xterpikir pon yang si Ms Jezzlyn tu sedang sibuk mengimbas perut patient. Vongok!
Try gak call dan panggilan dijawab oleh staff nurse.

Staff nurse : hello 
ahkak : Ms jezzlyn?
Staff nurse : Ms Jezzlyn busy..
ahkak : ouhh..nak tanye lah..klinik ni kat mn yerr?
Staff nurse: berdepan Giant sebelum Jusco
ahkak : sy sebenarnya dah sesat. boleh ikut pasar borong yerr?
Staff nurse : boleh kak..
ahkak : kalau sy dah wat appointment kul 7.40 paling lewat sy leh sampai kul bape erk?
Staff nurse : sebelum 9.30mlm kak 
ahkak : ok,,mekaseh.Nanti sy kol balik..

Berdesuplah mr.huB bawak kete lalu jalan dari umah kami. Sampai sampai jer terus nampak Giant besar.. Alahaiiiii,,terasa kebodohan terselah bila xtau langsung yang Pasar Borong yang selama ni ahkak jarang jarang pergi tu rupenya kawasan Sri Kembangan jugeee. Ahkak tau situ de Jusco.Xtau lak orang panggil Jusco Equin. Mengong nye lah diri ini.. Dan dah bertahun gak kot ahkak xdtg situ sbb xtau pon situ de Giant.. Pheeeuuuwww katak bawah tempurung betul lah ahkak ko ni adikadik ;)
Nape lah dalam banyak banyak sumber yang ahkak Google xde satu pon yang cakap Poliklinik An-Nisa ni berdekatan dengan Pasar Borong. Keliru tauuu Sri Kembangan ni. Bape besar sebenarnya Sri Kembangan ni..? Confiusss kejap.

Sampai sampai klinik terus register..Staff nurse pon dah sengih semacam tengok ahkak.Siap tanye.

Staff nurse : yang kol tadi kerrr?

Yerrr...saye lah orang itu! malumalu sorok muka.   Tunggu lah kami anak beranak dalam lebih kurang setengah jam sebab mase kami sampai tu Ms Jezzlyn de patient dan sorang lagi preggy patient sedang menunggu turn. Tiba masa kami..aku dah debor debor.. Mase duk tunggu turn bukan main si lil' baby menendang nendang.. Elok je Ms Jezzlyn letak menda alah sejuk tu terus senyap. Puas gak lah Ms Jezzlyn pujuk si lil' baby. Memang betul kata orangorang yang pernah terima service Ms Jezzlyn ni. Orangnya kecik molek dan sangat peramah. Sangat pandai melayan si lil' baby.. Seboleh boleh dia akan pastikan ibuayah yang dtg dengan harapan dapat tengok muka lil' baby xkecewa. Memang puas hati sangat ;)

Agak lama lah dan semua detail yang patut ibuayah tau pon sangat jelas Ms Jezzlyn terangkan. Cd yang dibagi di akhir sesi pon banyak dengan pic dan video lil' baby.. Kirenye RM100 tu berbaloi lah dengan service dia. 

Si lil' baby ahkak semalam hanya lah tidur sepanjang di imbas. Naik geram gak ahkak rase mau goncang perut bagi dia bangun. Sesekali jer dia tunjuk muka yang dah agak berisi mengikut kata Ms Jezzlyn. 
Memula Ms Jezzlyn start dengan scan 2D.. Ahkak kalau boleh memang harap sangat dapat tengok gender lil' baby dengan jelas. Malang nasib kami empat beranak sebab si lil' baby adalah sangat malu malam tadi. Dan di sekitar kemaluan lil' baby dipenuhi tali pusat. Tetapiiiiii ;)

Ms Jezzlyn : kite cuma xleh tengok je puan..tapi 100% saya kate baby u adalah BOY.. Sebab ni telur dia cuma xleh nampak bird dia je.. (sambil tunjuk benda bulat)
ahkak : yeker miss?Bukan tali pusat dia?
Ms Jezzlyn : Bukann..ni memang telur dia.. sy akan save picture 2D jelas bebird dia untuk puan tengok yer..
ahkak : ok.. ;)

Dan hasil 2D adalah seperti berikut.. 

yang bulat atas mata tu PENUMBUK si lil' baby ;)
tu tapak kaki si lil' baby
AGRY BIRD ;)
semua pon ok menurut Ms Jezzlyn. Lil' baby dah 1.652 kg.. :)
Walaupon si lil' baby asyik dengan dunia tidurnya,,tetapi ahkak puas hati jugak sebab sesekali Ms Jezzlyn berjaya pujuk lil' baby alihkan tangan dari muka untuk bagi umi,abi dan kakak kakak tengok wajah dia. Pada pandangan ahkak muka lil' baby ada iras iras si kecit tomey.Ini bermakna muka ahkak..Yessss! sukenye.. jangan jeles yer abi?

Ms Jezzlyn : wahhhh..tengok pipi tembam. hidung dia pon bolat :)
ahkak : Hidung umi tuuu ;)
Ms Jezzlyn : xpe..hehe.. Ha!! ni telinga dia.Nampak besar telinga dia.
ahkak : telinga besar ikut abi lah tu..
Ms Jezzlyn : tapi muka baby u nampak penuh.. comel. Tembam ni baby. (sambil sambil panggil baby suh tunjuk muka)
ahkak : bape berat baby yerrr miss?
Ms Jezzlyn : sekejap yerr,,, Nnt kite check balik. Ehh! tengok dia tunjuk hidung lagi. Ouhhh dari depan nampak bulat tapi dari tepi de mancung jugak.
ahkak : oklah de batang gak lah dari xde..
Ms Jezzlyn : oklahhhh...hehe

Bolat jerr idung dia.
besarnyee telinga dia :)
Geramnyeee tengok pipi molat yeerrrr ;)
see?? walau molat tp still de batang idung lah :)
tutup mukaaaa... malu nak tunjuk muka kat umi abi kakak kakak ;)
de macam si kecit tomey x??
My encemmmm boy ;)
bambam bambam :)
Memang kejenye tidur jerr sepanjang masa. Susah nak suh si lil' baby alih tangan comel dia tu. Sesekali 4D yang Ms Jezzlyn wat nampak jelas si lil' baby terkuap kuap diganggu tidur. Marah sangat agaknya dikacau tidur. Time umi tidur time tu lah pulak dia jadi si pengacau.. ;)
Memang comel dan sweet sangat dapat tengok baby dalam perut ni. Sungguh hebat ciptaan Allah S.W.T :)
Nak menitis airmata ahkak tengok aksi aksi si lil' baby.. Dari tadi tah dah bape kali ahkak ulang tayang tengok pic dan video yang Ms Jezzlyn save dalam cd tu. memang terbaeeekk!


Syukur semua pon ok dan lil' baby membesar mengikut carta. Xlebih xkurang.. Umi abi kakak kakak harap sangat baby sentiasa sihat sehingga sampai waktu keluar jengah dunia nanti yer sayang.. Kami xsabar menanti kehadiran mu.. Mudahmudahan semuanya selamat..amin!

Thursday, November 8, 2012

Customer service

Assalammualaikum ...

Sedih betul lah nak citer. Tapi kena gak share. Supaya sape sape yang bekerja di bahagian customer service ke pegawai khidmat pelanggan ke amik iktibar.

Ahkak ni sekarang dah 29weeks ni semakin rajin berjalan. Sape yang tau area Kajang ni tau lah jarak pejalan kaki dari IPD Kajang ke Metro Kajang. Kire kalau versi versi ahkak ni memang mengah gak lah. Tapi demi minat jalan jalan cuci mata tu dah tertanam sejak azali semua tu dah xjadi penghalang. Memang biasanya setiap kali rehat ahkak akan ke Metro Kajang.Samada lunch/cari something. Dah kat kajang ni pon bukan banyak benar shopping kompleks nye kan? Ahkak malas nak start enjin kereta gi tempat lain adalah sebab kat tempat keje ahkak ni memang very da susah nak cari parking. Kalau dah dapat time pagi tu memang alhamdulillah lah sangat sangat. Dan jangan cuba cuba keluar di waktu lunch lepas tu bermimpi nak dapat parking lagi.Memang beratus kali pusing pon belum tentu lagi.Sedih kan?Sebab tu lah ahkak rela berjalan kaki. Dan orang kate pon elok untuk orang orang yang bakal melahirkan macam ahkak ni rajin berjalan :)

Dan pd rehat tadi ahkak dengan rajinnya terkedek kedek lah dengan rombongan cik Kiah ke Metro Kajang. Sebelum pergi tu adalah sorang makcik kire kesayangan lah bagi ahkak **kesayangan ker?
kirim mintak belikan egg tart yang selalu ahkak post kat FB tu. Ahkak xkisah lah kan. Bukan berat berkilo kilo pon nak angkut dari Metro Kajang tu. Dah alang alang kata orang kan? Si makcik ahkak ni order 10bijik.. Ek eleh!! ngat ratus ratus bijik nak wat kenduri egg tart kat umah tadi. hehe!
Sampai jer Metro lepas teman kengkawan round Parkson ahkak pon turun bawah tempat jual egg tart tersebut. Nasib ahkak baik sebab egg tart tu masih ada walaupon xbanyak.Nasib jugak si makcik ahkak ni xorder ratus ratus bijik kan? Kalau x kempunan sudah! Dok ahkak memilih egg tart yang cantik di mata ahkak datang sorang makcik dengan sorang anak perempuan dia. Baru balik sekolah ahkak agak. Tetibe makcik tu mintak egg tart yang dah baekk ahkak susun dalam dulang ahkak.

makcik : bagi 2 dik :)
ahkak : haa? hurmm kena amik kat sini makcik.
anak makcik : mak..kena amik dulang tu..
makcik: ouhhhh

tetibe!!anak makcik tu dtg bawak dulang

makcik : amik kat dulang kakak ni jer..
ahkak : errrrrr... (dah xtau nak jawap ape.) 
anak makcik : ehh mak..kena amik kat situ lah.ni kakak punye
ahkak : a'ah..
makcik : bape satu nehh?
ahkak : seringgit makcik..(sambil tunjuk kat sign tunjuk rege)

tengah beratur nak bayar

makcik : maap yerrr.. makcik ingat kamu keje sini td.
ahkak : ehh..xpe! dah biasa dah.. (sambil senyum)
makcik : banyak beli..
ahkak : ade org order ;) 

macam macam lah makcik nehh tauuu! malu aii.. tapi x pe. kite pon kadang kadang pernah wat silap yer dak. Dan yang membuatkan ahkak marah adalah time nak bayar. Mak aihhhh! sikit punye kerek lah si cashier ni. Ahkak sempat jeling kat nametag dia. Namanya Amirah kalau xsilap. Ahkak ni xdelah suka nak mention mention nama kamu pon. Ahkak amik egg tart tu 14bijik.. 10bijik untuk makcik ahkak dan 4bijik sleebihnya untuk diri sendiri.Xde lah mampu ahkak nak telan sekali 4bijik. Ahkak kan sayangkan incik suami.Haruslah tau minat dia.. Dan ahkak tau dia suke kan egg tart. Haruslah beli jugak untuk mr.huB :)
Time nak bayar tu ahkak cakap le baikbaik sambil senyum.

ahkak : dik..boleh x yang 10bijik tu letak dalam kotak. Yang 4bijik tu kotak lain.
cashier : haaaa?? (sambil buat muka)
ahkak : x..10bijik tu sekotak sebab yg 4bijik tu ahkak punyer..(dgn harapan dia faham lah maksud ahkak)
cashier : akak punyer letak dalam plastik selebih ni letak dlm kotak..(sambil muka ketat)
ahkak : bolehlah.. (janji ko paham ckp aku)
cashier : (dengan muka ketat terus lelaju letak egg tart dlm kotak.)
ahkak : satu kotak leh muat bape bijik dik?
cashier : 4
ahkak : 5 xleh ke? (niat suh buat sekotak 5bijik)
cashier : kang terhimpit xcantik lahhh... 
ahkak : (dah bengang dah nehhhh)
cashier : (teruskan keje mengotakkan egg tart dengan muka ketat)

yang wat ahkak bengang..td dia sendiri kate sekotak leh muat 4.bile ahkak nak suh buat 5 katenye kalau dah terhimpit xcantik.tetibe!!satu kotak tu dia leh letak sekali 6 egg tart dan satu kotak lagi 4 egg tart..pe ke jadah ko ni budak??agaknya dia dah perasan muka ahkak yang cam dah menunjukkan kemarahan.Lepas dia bagi balance tu dia ucap mekaseh ahkak wat slumber je dengan muka berlagak. Ko layan customer cenggitu rupe memang padan lah dengan muka ko dapat balasan cenggitu gak.Itu ok lah kot ahkak cuma xjawab mekaseh ko. Kalau lah ahkak jenis orang yang xleh dihentak hentak cenggitu,,memang free free je ko dapat makian depan customer lain.

Kepada adik Amirah yang bekerja kat kedai egg tart ahkak selalu beli tu.. Jangan lah memilih bulu sangat dengan customer nehh dik oi.. Cenggane pon rupe customer kite.Cenggane pon pakaian customer kite.Cenggane pon fizikal customer kite. Jangan sesekali pandang jijik atau pandang customer kite tu xde duit. Kalau dah customer tu berani amik barang sampai dah beratur kat cashier tu maknanya dia adalah serious buyer. Layanlan customer tu dengan baik dan senyuman walaupon kita sendiri dalam bermasalah. Ahkak ni pon keje sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan. Keje ahkak angkat telefon jer.. Xde berdepan dengan customer.Tapi dah menjadi etika kerja seperti ahkak perlu berlemah lembut dalam percakapan dan senyum menjawab telefon.Biar customer tu xnampak ahkak tengah senyum pon. Tapi sekurang kurangnya orang yang terima jawapan dari ahkak tu tau yang ahkak ikhlas dalam menjawab panggilan dia. Ni engko! kerja berdepan dengan customer terang terang tunjuk yang ko tu bermasalah. Masam mencuka! cakap kasar kasar. Bile customer marah marah tinggi suara katelah customer xde adab. Abess ko beradab sangat ker? Ahkak pon pernah keje macam kamu.Jadi cashier kat kedai kedai cenggitu. Tapi betul pelik lah kalau dah dibagi position kat customer service tapi adab xde. Susah sangat ke nak senyum dengan customer kite.Jangan rase diri tu dah lawa boleh menyombong. Kalau rase lawa jangan jadi cashier gi jadi model pastu jalan mendabik dada. Kan sesuai!!!  ahkak suke kat sini nak nasihat lah kat sape sape yang bekerja kena berdepan dengan customer samada secara terus ataupon x.. Tolonglah kerja dengan ikhlas. Senyum agar nama pegawai khidmat pelanggan xtercalar. Jage nama baik syarikat yang sedang kite bekerja. Sembunyikan masalah bile dah duduk di kerusi customer service tu. Jangan sesekali bawak masalah tu dtg keje. Ikutkan keje kite ni xdelah susah mana pon. Kite jer suke jadikan keje tu susah. Kalau ko tanye lah tokey tokey yang jual online nehh..dorang pon kena bermanis muka dengan customer even xbersua. Cuma berhubung di alam maya. Pikir pikir lah yer adik Amirah.. Ahkak tawar ati dan nek menyampah lak nak masuk kedai feveret ahkak disebabkan kamu. Sebab ape? sebab perangai ko lahh!

Harap lepas ni kalau betul ahkak teringin nak makan egg tart atau pe2 jenis roti yang memaksa ahkak beli di kedai tempat si Amirah ni bekerja,ahkak xperlu berurusan dengan dia. Sebab ahkak xminat cara dia berdepan dengan customer ;)


rupe egg tart feveret ahkak..cuma pangai customer service kat situ jer bukan feveret ahkak! puuuiiiiii
 


Soto nasi impit berkuah sup daging serta kriuup kriuup suhun goreng

Assalammualaikum ...

Selasa lepas mood rajin memasak memuncak muncak. Sebabnya beberapa hari sebelum tu ahkak dan emak menepek umah nenek. Kebetulan my Cik Ana buat soto nasi impit berkuah sup tulan ayam serta kriuup kriuup su'un goreng. Emak ahkak pon suh ahkak cilok resepi beliau suh buat minum petang. Tetibe teringat de daging yang emak ahkak siap rebus dalam peti. 
Petang selasa kat opis tu ahkak yang rajin rajin tu wat status kat FB..
Poyo kan..tapi adat zaman ni.Nak masak pon post FB.. Nak makan pon post FB. Nak berak pon post FB. Skang lg dasat kot sejak de twitter dan instagram. Xkisahlah selagi terbatas ye dakk?
Jangan lak kisah luar dalam kain pon nak post gak. Agak agak kate orang tua :)

Tengah mood melambung lambung tu terus kol umah suh emak ahkak kuarkan daging dari peti. Kang balik tinggal masak je. Emak ok kan jerr.. Sekali balik dengan mood mebuak buak nak masak tu emak cakap esok je lah wat soto. Sebab lauk banyak. Emak baru siap masak. Pheeuuwww! elok naik mencanak canak meter memasak ahkak terus lah menjunam turun sebab dengar kata kata emak. Baiklah emak.. Kita masak esok je lah yer.

Sebenarnya xde lah nak masak soto sehebat masterchef pon. Masak pakai campak je. Dan alhamdulillah semalam tercapai hasrat ahkak nak makan soto nasi impit berkuah sup daging serta kriuup kriuup su'un goreng. Ahkak rase lil' baby ni yang nak sangat. Sebab lepas ahkak masak tu ahkak makan semangkuk je.Xdelah beria nak makan bermangkuk mangkuk pon.Mungkin sebab sebelum tu ahkak dah lantak sepinggan nasik berlaukkan pucuk ubi masak lemak dan kembung masak pedas.. tapi mood nak wat soto tu dah ade kena teruskan. Tambahan lak emak ahkak dah siap siap kuarkan daging dan merebus nasi impit. Mekaseh yerr emak! :)
Soto ahkak memang super simple dimple jerrr. Xde kacang tanah goreng. Xde bergedil kentang. Xde sambal kicap. Ahkak sendiri rase lah kalau lengkap semua tu memang boleh jual lah soto ahkak tu. Lantaklah xde orang puji pon. Sebab memang letih nak tunggu orang puji. Makanya,masuk bakul angkat sendiri lah.. emak ahkak malas nak watkan sambal kicap.Katanya ketuk ketuk je cili api masuk lam sup. Itupon dah terbaik sup daging ahkak. Yang paling penting yer adik adik.. Soto ahkak kena dengan tekak si kakak sayang. Semalam je 3kali tambah.. Siap cakap sedaplah sup daging umi! Walauponnnn.... ape pon mekaseh yer anak sebab watkan umi bersemangat lagi masak untuk kamu. Macam ni baru lah umi rase nak masak ari ari.. **abess selama ni ahkak mase selang bape ari sekali?

Ahkak xde lah bangga pon nak letak resepi soto super simple dimple ahkak tu. Tapi bagi yang berkeinginan sangat nak masak soto sendiri tapi yang style campak campak je leh lah gunapakai resepi ahkak yerr.. tapi kalau nak yang superduper sedap kena google resepi yang complete lah.
soto simpledimple berserta teh o ;)
Nasi impit (pastikan dah direbus secukup masak)
Daging yang dah siap potong kecil (rebus dulu kalau nak lembut)
Bawang putih,bawang merah&halia(ditumbuk)
Daun sup(potong halus)
Sup bunjut
Sedikit air
Sedikit garam
Kiub ayam
suhun (untuk goreng)

cara-cara campak ;)
  1. Masukkan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan ditumbuk di dalam periuk sehingga naik bau. 
  2. Masukkan daging ke dalam periuk.
  3. Tuang sikit demi sikit air.. Air jangan terlalu banyak. **sebab kate my Cik Ana kalau banyak sangat kuah pon xsedap.
  4. Bila kuah dah agak menggelegak masukkan kiub ayam dan sup bunjut ke dalam periuk. Diserta dengan garam secukup rasa..
  5. Sambil sambil masak sup boleh panas kan minyak di dalam kuali.
  6. Masuk kan suhun ke dalam kuali yang berisi minyak yg dah agak panas.. 
**tips: jangan masukkan suhun terlalu banyak sebab khuatir de suhun yang xdigoreng sepenuhnya. Masukkan sikit sikit.. baru lah berkrriuup krriuup ;) Nak lagi sedap kena lah ade kacang tanah goreng,bergedil kentang dan sambal kicap ummmphhh! baru lah soto namanya. Ni versi malas dari ahkak.

 Selamat menjamu selera =)


Dan pagi tadi ahkak antar si kakak sayang dan si kecit tomey,emak ahkak cite sesuatu yang ahkak xtau malam tadi. Mase ahkak tengah syok baring baring luruskan pinggang kat ruang tamu. rupenye si ekcit tomey ahkak menjayakan misi seorang diri kat dapur. Suhun goreng yang penat ahkak goreng sikit demi sikit tu dah dimasukkan kedalam mangkuk sup di atas meja. Abes kembang suhun tu dalam sup.. Bertuah punye budak! Mati mati ahkak ingat dia main dalam bilik ucu dia. Rupenye dia mengerjakan kerja umi dia.. aisssshhhhh nak marah ke nak geget dak nehh!





Swaddle pod / Bedung moden

Assalammualaikum ...

Bila nampak orang ada..tetibe keinginan nak ada pon datang dengan sendirinya.. padahal bukanlah satu keperluan pon sebab rasenye lil' baby pon xkisah kot ada ke x ada. Sebab baby baby sebelum ni xpernah kenal pon apa itu swaddle pod/ bedung moden. Hanya tau sehelai kain napkin lipat tiga segi letak baby balut balut dan balut. Sekejap lagi kuar balik tangan kaki mintak dilepaskan dari bedungan. Tapi biar pon xmenjadi keperluan tetapi perasaan berkeinginan nak ada tu membuatkan ahkak dengan rela hati membeli sekaligus 3helai swaddle pod untuk my lil' baby. Cetttt! itu hang kate bukan keperluan kak. Kalau berkeinginan pon, satu dah cukup untuk puaskan hati yang berkeinginan. Tapi idak! sampai 3helai hang rembat kak???hahahaha! Maaf yer adik adik.. Kaler kaler yang ada buat ahkak naik geram lantas meng'order' sampai 3helai sekaligus.
Ahkak dah lama sebenarnya tengok tengok swaddle pod ni. Dah ramai rasenye baby baby zaman ni pakai. Mana mana je leh nampak. Ahkak teruja sangat. Yang paling best lah ahkak rase baby baby zaman sekarang memang x boleh melepaskan diri dari bedungan swaddle pod ni. Sebab utamanya adalah tangan dan kaki baby akan di masukkan dalam bedung dan kemudian di zip. Ada yang akan kate selamat ke main zip zip baby ni. InsyaAllah selamat selagi si tukang bedung berhati hati dan pastikan tangan dan kaki baby sudah diletakkan dengan selamat.Bukan main sumbat pahtu tarik zip selaju laju hati. Memang ade lah makan daging sat lagi.. ha!! time tu jangan nak salahkan swaddle pod.Salahkan tangan dan mata ko yang xberhati hati tu yerrrr.
Purple,Turqouise dan Lime Green ;)

warna warna swaddle pod ni pon sangat sangat lah menarik. Nasib ahkak mase order tu cuma kaler kaler terang je. Yang polkadot lom restock.Itu menunjukkan betapa ramai lah yang order. Dan ahkak memang dasar xsabar..ahkak order je. Ahkak amik 3kaler.. Purple,Lime Green dan Turqouise..
Semalam ahkak dah terima parcel tersebut.. Sukenye sebab warna warna swaddle pod tu buat ahkak rase cam xsabar sabar nak balut lil' baby tu nanti. Cantik sangat!Mr.huB pon suke.. 

Pernah masa memula ahkak survey swaddle pod ni ahkak try lah tanye kengkawan. Kalau tau mana mana online shop yang leh bagi harga berpatutan. De jugak bunyi bunyi dari kawankawan yang ahkak dengar. 
Elok ke bedung tu? Nak ke baby duk dalam bedung tu? Xlemas ke baby duk dalam bedung tu?

Meh ahkak bagitau yerrr.. Zaman dedulu kan mase zaman toknenek kita kot. Baby baby zaman tu lom de napkin kot, bedung pakai kain batik jerr. Bedung lak memang jangan mimpi lah si baby tu nak lepas dari bedungan sebab mak mak zaman tu akan pastikan bedungan tu seketat ketatnya. Percaya x? xpercaya cer try tanye toknenek kamu ;)
Lepas tu ibu ibu moden sikit mase zaman kite kiter kecik dulu dah mampu pakai napkin. Tu yg ahkak kate lipat kain napkin tiga segi pastu letak baby balut balut dan balut. ikat lak konon dengan kasih sayang. Sebab dengan kasih sayang lah dengan sekejap je tangan kaki baby lepas dari bedungan. Betul x?
Zaman lani lagilah... Ade yang terlebiih moden.. Anak baru balik dari sepital dah disarung dengan gaun jeans bagai..take picture! hahaha.. Xde dah bedung bedung nehh.. Sebenarnya ahkak xde lah faham sangat fungsi bedung ni. Kat kotak swaddle pod tu pon de tulis "As warm as mommy womb"..
Maknenye dalam tempoh berpantang tu kalau leh biar lah baby kite rase selesa. Orang de kate baby ni kalau dia berasa selesa dia xakan banyak ragam. Kalau yang ahkak tengok lah baby baby yang tidur xdibedung ni tidurnya terkejut kejut. Bila dah bedung tu mungkin keselesaan beradu tu lebih nikmat dirasai. Baby baby kan memang elok banyak tidur. Tapi jangan dibiar tidur sangat.sesekali kena kejut bangun minum susu. Ahkak suka tengok baby baby yang nak berbedung.Sebab tu lah ahkak order swaddle pod ni.Ahkak nak ajar lil' baby ahkak ni berbedung sampai dah xmuat swaddle pod tu. Lagi pon mudah nak dukung if nak bawak ke klinik / jalan jalan.. **jalanjalan ke time pantang?
Kebaikan swaddle pod ni.. Boleh bedung baby sepenuhnya. Maksud ahkak tinggal kepala je kat luar. Tangan kaki simpan dalam..tu mungkin sesuai untuk waktu tidur si baby. Tapi kalau nak bagi sikit kebebasan pada baby.. leh bukak zip atas untuk si baby mengepak. Dan untuk tukar dypers hanya bukak zip bawah tanpa perlu bukak sume zip.. Ishhh! tambah xsabar dah ahkak ;)

Xkan de istilah baby xselesa,baby lemas atau baby nak ke xnak.. pepatah pon ade kate. Bayi ibarat kain putih.Kite yang mencorakkannya. Kalau awal awal lagi dah ajar bedung xde lah masalah belakang hari.Lainlah awal awal lagi dah bagi gaun tetiba terjumpe bedung baru teringin nak berbedung memang xmo lah si baby tu kan? Boleh ke pakai pepatah tu? Atas makayah lah. Kalau rase perlu bedungkan. Kalau rase xperlu xyah membazir beli swaddle pod tu. hehe! ahkak memerlukan sebab tu ahkak beli.Dan dan jer jadi keperluan kan? alahaiii ahkak! Ahkak jamin swaddle pod ni kain dia memang xpanas dan sesuai dengan bayi bayi di malaysia. Percayalah!
 Kepada sesape nak jugak order swaddle pod ni boleh berunding dengan Yuhaini Eunz / Swaddle Pod|Bedung Moden Bayi.. Ahkak order ngan yuhaini jerr... Mekaseh yerrrr yunk!


Wednesday, November 7, 2012

Sikit sikit lama lama jadi bukit

Assalammualaikum ...

Sikit sikit lama jadi bukit. :)
Dah macam slogankata menabung lah pulak.. Padahal nak cite tentang persiapan ahkak nak melahirkan kali ketiga ni je. Arini je dah genap 29minggu dan 4hari. 73 days to go! weeehu... Mcm sekejap je rasenye.. Buat mase ni ahkak lom shopping pon bajubaju baby. Sebab mase genap 7month aritu ahkak dengan anak anak tersayang termasuk bantuan MELIHAT dari mr.huB..ahkak menyelongkar stor menggeledah bajuseluarsarungtangankakitopibarut baby yang ade. Rupenye dalam pernah beranak dua gegirl tu ahkak de jugak koleksi baju kaler lainlain selain dari kaler pink. Dan kaler lainlain itu pulak kelihatan baru setelah dibasuh. Sebabnya,, yang keluar sebelum sebelum ni adalah baby girl makanya haruslah ahkak suke pakaikan kaler pink kan. Dan harus jugaklah kaler pink tu sekarang dah xbape nak cantik sudah sebab dah 2 orang pon melenjannya. Dan dah bertahun pulak duduknya dalam stor tu. Dek kerana itulah,ahkak belum berkeinginan shopping baju baby lagi selagi xconfirm gender lil' baby ini ;)
Mana yang dah ahkak basuh pon ahkak rase dah lebih dari cukup sementara nak tunggu lil' baby besar esok dan sementara ahkak nak berholiday'pantang'. Lepas pantang nnt baru leh shopping sakan baju lil' baby ye dak? Baru best.. Dah tentu tentu tau jantina baby. Kalau gegirl jugak alamatnya bersilih ganti lah menyarung baju baju kakak yang ado!tapi mesti kena beli lah jugak yang baru kan? Ahkak xlah kejam sangat.. Tapi xtau lah.. esok esok kot dah tau gender baby terus lah ahkak berlari shopping baju baby lak. Dan untuk pengetahuan semua. Sekali lagi nak mention disini. Esok ahkak de appointment ngan Ms Jezzlyn di Poliklinik An-Nisa' Sri Kembangan jam 7.40-8mlm... Nebes!

Kalau ikut list dah ahkak senarai pendekkan.. kebanyakan barang pon dah sedia ada. Cuma barang kecik kecik untuk diangkut ke hospital esok je lom beli lagi. tengoklah petang kang kalau ahkak rajin. Mungkin de kalangan readers akan kate asal awal sangat ahkak standby. Ahkak memang perlu standby awal ye adikadik.. sebab ahkak pengalaman bersalin dua dua anak pon adalah awal dan xpernah sampai due. Bile dah terbukak je even 2cm pon sampai sepital mesti terus disorong ke labour room dan langsung xdibenarkan turun dari katil. Pengalaman ahkak membuatkan ahkak bersedia awal. 

Barang baby
  • Baju dan seluar (Pendek dan panjang)                                                 
  • romper baby                                                                                          
  • sarung tangan sarung kaki
  • topi
  • barut
  • cawat.. (zaman lani pakai lagi ke cawat??emak lah ni suh gak ahkak basuh)
  • sapu tangan/tuala kecik
  • lampin/napkin
  • bedung moden (sudah order dan bakal sampai arini..3 kaler skali ahkak beli dik nonn)
  • selimut
  • towel (niat ati beli towel baru skali terkena daaa..beli xde rege skali time bayar nah amik rm19/helai..sakit je hati ahkak nehhh)
  • Minyak yuyi (pon baru beli tadi kat Guardian..skali tengok kat Watson's lagi murah daaaa)
  • Set mandian (tadi baru beli..hehehe)
  • Wet tissue
  • Kapas bulat 
  • Cotton bud
  • Set tilam
  • Kelambu
  • Pelapik getah
  • Bekas susu
  • Bakul baju kotor
  • Bakul baju
  • Diaper bag
  • Nursing pillow
  • Surah Ya'asin
  • Beg pendingin (dah order tapi xtau lah bile sampainye)
    set tilam yang MIL ahkak hadiahkan mase ahkak ngandung 4-5month ritu.. Dan selimut yang abang ipar ahkak adiah mase ngandung si kecit tomey.. Best selimut tu sbb xpanas..
kapas bulat dan cotton bud
towel baru lil' baby yang berharga Rm19/selai..saborrr je lah ahkak..naseb xbising mr.huB :)
sume dah siap basuh dan masih berbau wangi sebab guna COMFORT PURE.. alahaaiiiii wanginye lah ;)
Yang list di atas sume dah sedia ada dan tinggal packing dalam diaper bag je.. Semalam baru ahkak gi beli diaper bag. kalau ikutkan xyah beli pon xpe.. tapi agak sedih lah kan kalau ahkak gi berangkat sepital esok bawak paper bag je.. haha! kat umah de je bag si kakak kakak. Yg beli mase bersalin si kakak sayang masih elok sangatsangat..suma kecik je ahkak nengok. Yang mase bersalin si kecit tomey lak dah terbarai sikit sebab bag itu je yang diusung sejak dia kecik sampai lani. Suke bebenor dengan bag tu, Dah naik lunyai dah. Atas sebab tu lah ahkak terpaksa jugak cari diaper bag baru tuk lil' baby. Misi mencari diaper bag adalah time rehat semalam. Terkedek - kedek lah si pingu nehhh mengelilingi Metro Kajang mencari diaper bag. Akhirnya ternampak satu bag yang agak simple dimple lah.Siap bungkus cam gift lah gitu. Dalam tu ade wet tissue,set ketip kuku,botol susu panjang satu pendek satu. Harga hanya rm49.90.. Jenama babykiko. Ahkak cam dah nak amik je terus.. tapi rileks dulu. Sambil cari barag len nampak bag yang serupa tapi bag sahaja. Harga rm39.90.. Lerrr beza Rm10 je untuk barang barang yang disertakan? Terus ahkak amik bayar kat kaunter. Botol tu leh kasi si kakak sayang ngan si kecit tomey. Dah tu pulak memang ahkak tengah cari set ketip kuku tuk si kakak sayang. Wet tissue leh terus guna untuk lil' baby esok.Bijak x ahkak? Ke ade readers nak kate ahkak bodoh gak??Ahkak suka diaper bag tu sebab besar lah gak tuk lil' baby dan leh isi macam macam barang kot.Pastu banyak bahagian. Suke ati ahkak lah kan?
nilah rupe bag tu... warna ni ahkak dah ade..tp sebab benda len dlm tu dan rege berpatutan ahkak rembat kan jua :)
ni lak barangbarang len yang diturutsertakan..bagus kan???
 
  • Dypers newborn
  • Breast pump
  • pek ais
3 barang di atas lom lagi ahkak beli. Breast pump mase bersalinkan si kakak sayang ahkak cuma pakai manual je. Brand pureen tu.. yg serupa sillinder tu.. Best je ahkak pakai tu.Cuma yang xtahan memang xleh nyorok dari orang lah kan.. Crreeettt crreetttt bunyik dia.Tapi xpernah hampa lah time ahkak pakai tu. De sorang ni pinjam sampai lani xpulang dan ahkak dah xjumper same cenggitu lagi.Ahkak suke design tu.. Best je mengepam.. Lepas tu bersalin si kecit tomey ahkak beli yang pakai bateri dan boleh guna elektrik gak.Jenama pureen gak. Ahkak ni cam xleh pakai yang cara letrik lah kot. Memang xkuar susu pon... Bile manual laju sesangat. Kat tempat keje ahkak pakai bateri jer.. tapi jenuh lah kan asik nak beli bateri je. Dan kali ni ahkak dah survey spectra brand. Nnt lepas bersalin ahkak nak try member punye. Kalau ok ahkak akan beli dari dia je kot sbb dia pon nak jual. Rm300 katenya... Ok ke x korangkorang?
 
Sambil sambil menglistkan barang lil' baby..barang ahkak pon xlupa gak. Macam macam gak perlu angkut gi sepital nnt.
  • Kain batik
  • T-shirt (klu leh baju nyusu lah supaya mudah)
  • Stokin
  • bengkung
  • Sweater ( pakai mase nak discharged nnt)
  • Selipar (pastikan xlicin untuk ke tandas)
  • Sikat rambut (walaupon baru pas bersalin jgnlah sampai laki hengat kite zombie ye)
  • Bedak muka
  • Getah rambut (rambut perlu diikat ketat)
  • Shampoo+Berus gigi+ubat gigi+sabun/bodywash+pencuci muka dsb
  • Towel
  • Tuala muka
klu de yang tertinggal tolong ingatkan ahkak yerrr.. :)














ahkak ni kekadang terase diri dah terlalu pelupa sejak dah beranak pinak ni..sian kan?

Kelambu besar

Assalammualaikum ...

Berkurun gak lah kot ahkak ngan mr.huB mencari dan terus mencari kelambu besar tersebut. Puncanya,, adalah bape tahun yang lepas tah..ahkak dan keluarga MIL balik kampung dan bermalam dirumah makcik mr.huB di Gua Musang. Tiba malam harinya..salah seorang cousin mr.huB yang turut serta rombongan cik kiah tu bukak lah kelambu yang agak besar dan itulah pertama kali ahkak melihatnya.. Sambil nganga mulut sebab kagum.. Cett! xde lah jakun sangat ahkak ko ni yer adik adik. Cover line lah sikit walau xpernah tengok sekali pon. Esoknya,dalam meneruskan perjalanan menuju ke rumah nenek mr.huB lak,ahkak cerita perihal kelambu besar malam tadinya dengan mr.huB.

ahkak : bie..katne ida beli kelambu besar tu erk? Kalau kelambu cenggitu bukan baby je leh tidur.. ngan makpak baby leh sumbat gak :)

mr.huB : tah... best gak kan kalau de satu kat umah kite.

ahkak : memang best lah kan.

dan cerita tu tamat camtu je.. Sampailah ahkak dah beranak dua nak masuk ketiga dah pon kami xpernah jumpe mana mana kedai yang jual kelambu besar tu. Pelik kan? Mana kelambu ni sume nyorok pon ahkak xpasti. Padahal dah sah sah lah laki ahkak tu orang pantai timur yang emaknya rajin berulang alik dari Ki iL ke Kota Bharu. Dan sudah semestinya kat sane de jual kan? Asik asik kirim budu je ngan MIL. Xpernah langsung terpikir nak kirim kelambu pon. 
Tetiba beberapa minggu yang lepas tengah ahkak rajin bekerja main FB sambil berblog seorang rakan kerja ahkak suh cuci mata tengok catalog Latina. Ahkak sebenarnya xberapa nak minatlah. Tapi dalam hati nak jugak cuci cuci mata kan? Jenis ahkak..ape jenis majalah ke catalog ke ahkak suke buka dari muka belakang. Bukak bukak je terus terbukak bijik mata ahkak bilamana ahkak nampak de gambar eklambu besar tersebut! wahhh... Latina pon de jual kelambu ni daaaa.. Kenapa selama ni ahkak xtau?Terus lelaju ahkak call mr.huB bagitau ape yang ahkak nampak. Tanpa berlengah dan tanpa selak helaian lain ahkak terus order.

De 3 size jenis yang ahkak order ni. Single,Queen dan King size! Ahkak pon order size Queen. Dan alhamdulillah semalam ahkak dah terima pon kelambu tersebut.Boleh lah ahkak berkelambu dengan baby time berpantang nnt. hahahaha! Niat hati nak cari kelambu baru tuk baby sebab yang ade kat umah tu dah nak masuk 5tahun.Beli mase si kakak sayang lahir dedulu lagi. Kali ni dengan emak baby sekali leh sumbat dalam kelambu. Silap silap akak akak baby yang lain pon nak joint sekaki ;)

Balik je dari keje terus ahkak bukak kelambu besar tersebut dan terbentanglah di ruang tamu rumah emak ahkak malam td. Memang melompat girang lah si kakak sayang dan si kecit tomey. Ok! xmengecewakan ahkak walau pada mulanya ahkak agak bersilat gak nak memasangnya, Sebenarnya benda mudah je. Ahkak dan kakak ahkak je yang jadikan benda tu susah..tah ape ape! Dah serupa khemah kate emak ahkak.. Keluar masuk kelambu je lah kije si kakak sayang dan si kecit tomey malam td smpai ahkak hangin gak lah sebab kejap kejap bukak zip. Kejap kejap tutup zip. Bape hari lah tahan kelambu besar ahkak tu. Sempat ke idak sampai ahkak bersalin ni.. alahaiiiiii (*_*")

Si ikal mayang dan si lurus :)

Dan pagi tadi xde sape pon antara kami yang reti menggulungkan kelambu besar tersebut seperti sediakala sebab nak simpan balik dalam beg. Makanya,bersandar lah tepi dinding sampai ahkak balik keje kang.Sebab tadi ahkak baru tanye kawankawan yang dah lame order dan dah pakai. Katenye mudah bukak dan mudah lipat.Cuma ahkak je menggelupur malam tadi sampai terpelanting lah besi tu kat kuku emak ahkak. Sian emak ahkak.. Bersalah rase ahkak..tapi besi tu yang salah sebab suka meledingkan diri. Maafkan ateh ye emak! :'(

 

Balik kang ahkak nak bersilat lagi nak kelambu tu sebab emak suh ahkak simpan dulu dalam beg dia sehingga sampai waktu ahkak melahirkan nanti. Ade ade je zaman lani kan? esok esok tah ape lagi yang akan keluar..huhu

Tuesday, November 6, 2012

Kaki bengkak,Bobo kena cekik,si kakak dan botol

Assalammualaikum ...

Jumaat lepas kan ahkak dah bgtau kat semua yang ahkak de appointment MGTT di KK Dengkil. Memang superb! Tepat jam 7.30pagi,siap siap antar si kakak sayang dan si kecit tomey sambil buat buat muka nak gi keje lakibini dan peluk cium anakanak,ahkak dan mr.huB bergegas ke Dengkil. Niat ati xmo susahkan mr.huB.Konon nak gi sendiri je! Tapi memang dasar manja kan? Haruslah dengki tengok laki bergulung dalam selimut pepagi tu. Paksa jugak antar! Maaf ye mr.huB :)

Jam 8pagi ahkak sampai tu pon dah bersusun ibuibu peknen.. Ho!ingat ahkak lah awal. Rupenye idak ye.. Menunggulah nama dipanggil untuk amik darah kali pertama. Lepas amik darah gi lah ke pantri minum air gula beramai ramai. De yang ahkak tengok tu seteguk seteguk ditelannya.Naik kembang tekak ahkak. Ahkak punye turn alhamdulillah.. Dua kali teguk sume air gula selamat ahkak telan. Syabas kepada diri sendiri. Dan pengalaman pertama dan kedua ni adalah berbeda. Mase 1st time dulu xdelah manis sangat ke tekak. Yang kali ni memang perit nak telan. Tapi hebat x ahkak.. Yang 1st dulu sume berjaya telan dan berjaya keluar jugak! **muntah**  Yang kali ni perit cenggane pon ahkak xmuntah ye adik adik.. Bangga! Dah selesai minum air gula terus duduk sambil dengar ceramah cara cara merancang keluarga. Yelah yelah..terasa sudah! lepas bersalin ni ahkak hati hati ye! Tepat jam 10 darah di ambil kali kedua.. iaitu selepas 2jam minum air gula. Terbaekkkk betul!

Lepas tu leh balik dengan sakit kedua dua belah tangan sebab syok dicucuk jarum.. Lupe lak nak bagitau ahkak jumpa gak lah dengan doc kat KK Dengkil tu sebab nak scan. Sebelum ari kejadian tu ahkak dah berangan angan nak tanye doc gomen. Yelah,dah alang alang dia nak scan tu.Nak lah tanye dia nampak x gender lil' baby ahkak. Tapi lain lak bila ahkak dah baring dan doc dah start mengimbas lil' baby. Ahkak terus kunci mulut xjadi tanye. Sebabnya ahkak sedih tengok scanner tu. dan takut tengok muka doc tu. Cam garang dan xmesra rakyat pon.. Terus ahkak membisu sepanjang sesi berjumpa doc tu. Mase scan 28weeks tu doc de kate baby ok.. Uri duk atas..kepala bawah, Doc de tunjuk kepala dan jantung.Ahkak anggukkan je.Sebenarnye xnampak ape pon. Kabur bebenorrr yop! Kate doc lil' baby ahkak punye berat 1.26kg.. Normal erk? 28weeks = 1.26kg.. oklah kot.Balik tu dalam kete bebel kat mr.huB sebab xdapat pastikan gender lil' baby.. Tapi xkisah sangat pon sebab ahkak dah make appointment ngan Ms Jezzlyn ari Khamis ni.. Xsabarnyeeee!

Semalam lak ahkak gi Klinik yang tempat selalu ahkak check up. Sampai seperti biasa check air kencing,timbang dan check tekanan darah. Sume ok cuma ahkak dimarahi nurse sebab berat ahkak dah banyak kali statik katenye. Berat xkonsisten.. turun dan naik sesuka hati. Ahkak suke je berat ahkak naik lite lite je.. tapi kate nurse xde nak lite lite sangat sebab sepatutnya 2minggu sama dengan sekilo berat ahkak kena naik. Ahkak pon bg lah alasan macam macam. 

Ahkak : saya lom makan lg lah nurse. Td balik keje terus dtg klinik. Mn de rehat arini. Xsempat lunch.
Nurse : boleh lak xmkn tgh ari lg? tahan lak perut tu..bese ke camtu?
Ahkak : eh..x lah! Arini je. Sbb mmg kalau nk gi klinik saya xrehat tgh ari sbb nak balik terus.
Nurse : nape sebelum dtg sini td xsinggah makan dulu?
Ahkak : takut xsempat. (Pdhal mr.huB dah ajak mkn dulu,ahkak yg jual mahal takut berat terlebih lebih)
Nurse : ade ade je.. Baby gerak catit x?
Ahkak : arini xsempat..
Nurse : alolololo sibuknye lah arini..
Ahkak : Arini je.. (pdhal klu nurse check mesti terkejut sbb dah bape ari tinggal..asik lupe)
Nurse : Obimin mkn x? De lagi x kat umah?
Ahkak : ade... 
Nurse : ade??? bile amik..?
Ahkak : ritu lah..baru agi..
Nurse : ke xmakan ni?
Ahkak : sempat nak tggu appointment baru ni..baru bg ritu kn?
Nurse : huhhhh...mcm mcm tau! :)
Berat kena naik tau next appointment..sbb dah statik sgt ni.takut baby xbesar nnt..
Ahkak : ho laa... bape berat kena naik 2minggu?
Nurse : sekilo
Ahkak : ha..esok cari..
Nurse : nak cari mn?
Ahkak : makan lah bebanyak ;)

Macam macam kan? Berat turun masalah! naik sangat pon masalah! xnaik pon masalah! Ouhhh lil' baby umi dan abi.. awak kena sihat selalu. Umi xbesar xpe! tapi awak kena sihat membesar ikt tumbesaran ye sayang :) Dan nurse de check kaki ahkak..yeahhh! peknen kali ni kaki ahkak xbengkak pon. bangga kembang kempis idung.. tunggu lah dah dekat ari esok!

persoalan ahkak skang adalah.. nurse kate berat ahkak xmencukupi tapi kenapa kah ahkak mengembang bagai belon yang hampir meletup.Kadang kadang ahkak nampak kurus sangat dan kadang kadang kembang sesangat.. dah mcm pingu je kalau berjalan..sedih! 
picture baru snap td..kembang kan ahkak.. cer teka tang mn yg kembang :)

Malam tadi ahkak duk berbuai buai kat luar rumah dengan emak ahkak dan si kecit tomey. Sambil melayan si kucing kesayangan kami.. Si Bobo kan dah jadi mainan kami sejak kehadiran dia. Sampaikan abah pon suke bergurau dengan Bobo ni. Si Bobo sangat lah lincah. Tetapi,,bile dipegang si kecit tomey terus senyap xbergerak.Memula tu ahkak confius gak. Ouhhh Bobo! kenapa bile kami pegang kau xreti duk diam. Terloncat sane terloncat sini. Tapi bile dengan si kecit tomey syok je tengok sebab cemana gaya pon ko diam xbergerak. Ahkak pon meyuarakan ketidakpuasan hati ahkak kat abah, Slumber abah jawap ..

Abah : cemana lah si bobo tu nak bergerak kalau dah di CEKIK.
 Ahkak : Cekik?
Abah : tengoklah anak kau pegang leher si bobo tu cemana..tak ke diam si bobo tu..
Ahkak : hahahaha.. patutlah kamu diam selama dipegang si kak ngah ni bobo..kena cekik rupenye..

Bertuah punye budak!Sian bobo tu sayang kena cekik. Patutlah diam si lincah bile dipegang si kecit tomey. Memang xleh berkucing kamu ni nak! sia sia je hidup si kucing kalau duk ngan kite. Tah bape ari agaknye umur si kucing kalau menetap dengan kite.. Ouhhh tidak!

tengoklah si kecit tomey.. tanpe perasaan je tau! umi geget jugak kamu ni kang nakk oiii :)



Skang ahkak nak mintak pendapat sape yang sudi berkongsi lak.. Ahkak nak sekolah kan si kakak sayang next year. Masalahnya skang. Makin dah nak sekolah makin kuat lah pulak dia berkepit dengan botol susu. Ahkka tau khasiat susu ni.Xdelah kejam sangat ahkak nak suh dia berenti terus dari minum susu.Ahkak masih mampu beli susu dia. Cuma ahkak xnak dia berbotol lagi. Kate emak ahkak sehari berbotol botol dia menyusu. Ahkak dah puas ajar dia minum pakai cawan. Sekejap je hendaknya.Lepas lepas tu merengek mintak botol. Kadang botol adik dirembatnya.. Sabar je lah umi dengan karenah kamu ni anak. Ahkak dah siap provok lah memacam. Tapi sume pon seperti mencurah air di daun keladi..Cehhh! Kalau sesape de petua meh lah share ye.. ahkak letih dah. Ikut ati mau je ahkak buang sume botol dia. Lepas tu ahkak gak runsing kena beli botol baru.. Baru padan dengan muka ahkak sendiri.

banyak lawa kamu..sambil menyusu menyengih..umi cium gak kang!

**happy family**

**happy family**