Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Showing posts with label ceritaceriti. Show all posts
Showing posts with label ceritaceriti. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Pendek?

Assalammualaikum ...

Nak dijadikan cerita.. Tak nak berpanjang panjangan hingga melalut cerita yang tak de kena mengena dengan tajuk sebabnye mood nak cerita nan ado! sebab utama aii sudah mula sakit sakit tang perut disepak terajang oelh lil' baby yang sedang berusaha cari jalan keluar.Apepon sebelum memulakan cerita tentang PENDEK aii yakni Norsuzira Binti Sulaiman tuan kedaung blog ni nak memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ade tersilap taip tersilap kata hingga menyinggung perasaan mana mana pihak. Kadang kesilapan yang berlaku disebabkan kecuaian aii yang tak berapa nak pandai dalamberkata kata. Maaf sebelum aii bercuti pantang..weeehuuu!

Isnin yang lepas appointment aii dekat KK Dengkil.Jumpe doktor untuk scan 35weeks. Bagi yang tak biasa berurusan dengan Klinik Kesihatan mesti cam kesian kan dekat aii kan? Sebab mesti korang bayangkan yang KK Dengkil pon serupa macam KK tempat lain yang service agak lembap. Nak nak lagi Dengkil adalah tempat terpencil yang tak semua orang tau. Eh eh! Korang silap disitu yerr.. KK Dengkil adalah sangat bagus sebab mempunyai service yang agak laju. Walaupon tak se gah dan tak sehebat klinik swasta.Yelah kalau swasta tu memang le kena bagus nama pon berbayar yer dak. Aii is miskin sebab tu hanya ke KK sahaja :)
Tak kisah lerr semua tu kann?Mana mana pon serupe jer bagi aii yang tak berapa nak mampu ni kot. Abaikannn! Waktu menunggu aii tak berapa lama. Aii sampai sampai je bahagian ibu dan anak tu lebih kurang jam 8pagi. Daftar dan terus dipanggil untuk ambil darah.Tujuan amik darah adalah memastikan kepekatan darah.Ala yang orang duk sebut Hb Hb tu lerr. Alhamdulillah darah aii ngam ngam takat yang diperlukan pagi tu. Kalau bawah sebelas memang sah sah aii kena bebel ngan doktor sebab aii memang tak makan langsung ubat yang dorang bagi. Aii alergic kot. Bile makan jer ubat ubatan tu aii akan mabuk kepayang dari start makan sampai keesokan harinya.Muntah muntah bagai. Makanya amik jalan selamat tak payah makan. Pandai kan? Pandai lah sangat..sebab tulah aii kena refer doktor sebab Hb asik bawah 11 sajoo. Dan nasib menyebelahi aii ari tu sebab Hb aii adalah ngam ngam sajoo ;)

Lepas dapat result Hb tu sume aii gi menunggu depan bilik doktor lepas letak buku merah dalam bakul kecil yang disediakan. Haha itupon mau citer! Tibe mase aii dipanggil doktor. Haa! didalam bilik doktor lah bermulanye cerita berkenaan PENDEK .. Sabar jelahhhh! Tapi dalam hati tetap berdoa mudah mudahan semuanya adalah salah sangka dan semuanya selamat dibawah lindunganNya.

Doktor pon mintak aii baring atas katil bersebelahan alat scan sebab memang tujuan aii datang pagi tu pon untuk discan. Elok jer semuanya doktor scan dan tunjuk bagitau kat aii walaupon aii sebenarnye memang tak nampak ape pon ape yang doktor tunjuk.Sebabnye scanner tu kelabu asap jerr. Yelahhh KK kot! Aii is ok jerr. Tetiba .....

Doktor : Ayah baby ni rendah ke puan??
Aii : Haaa? Hurmm... rendah.. **tetibe terbayang beza tinggi aii bile berdiri sebelah incik suami** Ehhh!!xlah doktor..normal tinggi lelaki lahh..xde lah rendah sgt pon..Kenapa doktor?
Doktor : sebab saya detect kaki baby ni cam pendek sikit..
Aii : ouhhh..ikut emak dia lah tu doktor :) **pdhal nak sedapkan ati jerr**
Doktor : **gelak** yelahh kot..emak dia pon comel :)
Aii : pendek sgt ke doktor?? **dalam ati aii dah mula risau SGT sebenarnye**
Doktor : Tak lahh.. **sambil refer pengalaman aii yg lepas lepas** Ouhhh kakak kakak dai pon lahir kecik jerr.. Yg lahir 2kg ni pendek jugak ke?
Aii : Hurmmmm tak doktor.Kalau kakak dia yg sulung tu mmg tinggi. Semua pon akan cakap tak padan dengan umur dia. Tapi yang no 2 tu macam etot cam emak di sikit :)
Doktor : Takpelah kalau macam tu. Kalau kes mcm ni saya kena refer awak ke sepital lah.
Aii : ouhhh ok ..

Dan disebabkan itulah semalam aii dan incik suami telah pergi ke hospital Serdang untuk dapatkan appointmnet berjumpa dengan doktor untuk pastikan kes yang disebutkan. Tapi kann? Dalam kete lepas kejadian tu kann aii berborak ngan incik suami. Korang tauuuu pe incik suami kate?

Aii : Bie..td kan doktor tanye syg.. Samada ayah baby ni rendah ke tak.
Incik suami : Asal?
Aii : dia scan tang kaki baby pastu dia kate kaki baby pendek.. **wat muka sedih**
Incik suami : pepandai jerr.. Scan tahun bile doktor tu pakai?
Aii : Risaulah bie..
Incik suami : Takde apelah.. ritu kan kiter scan 4D.. Miss Jezzlyn tu tak kate ape pon. Kan dia kate graf tumbersaran baby sume ok jerr..Kenapa lak skang baru nak detect baby pendek lah ape lah.
Aii : A'ah kannn?
Incik suami : Syg tak cakap ke ritu scan 4D sume nampak ok jer..
Aii : tak...terlupa :) 
Takpelah..dia de bg surat refer ke sepital Serdang.Dah de surat refer esok esok senang boleh bersalin sane..hehe
Incik suami : ok..esok kiter gi :)

Begitulah ceritanya.. Lepas balik dari KK Dengkil tu jam 2ptg nye lakk aii de appointment kat Klinik Desa berhampiran rumah aii. Aii pon cerita lah kat nurse yang check aii tu.Dia pon gelak.. Dia kate dah nak bersalin macam macam lah yang doktor ni detect.Ritu xde lak kes kaki pendek lah ape lah.. La ni lak tetibe detect kaki pendek..memacam :)

Sabar jelahhh kannn..tau lah aii PENDEK ;)
Harap harap semua pon ok lah..Ari Isnin ni aii kena gi sepital Serdang.So result nyer adalah lepas aii jumpe doktor kat sepital Serdang senin ni.. Tunggu! Apepon doakan aii dan lil' baby ok ok jerrr semua. ;)


Si kakak kakak lil' baby ;)



Wednesday, October 17, 2012

sedar diri :)

Assalammualaikum ...

Sekadar berkongsi ceritaceriti di kala petang :)
Sekarang ni memang musim ujan kot. Tempat kamu sume ujan x? Tempat ahkak asal petang je ujan..Asal ujan je petang.. Tapi selang bape ari ni dah xkire waktu pulak ujannye.Kadang time malasmalas nak gi kije gitu time tulah ujan..Alangkah nikmat dapat sambung tido berselubung selimut kan? Apakan daya.. Tugas lebih memerlukan saya...huhu

Balik dari rehat tadi ahkak on le fb.. Tetibe terbace satu post ni. Lucu le bg ahkak..tp bagi orang len xtau le. Len orang len pendapat! dalam pada lucu tu de gak pengajaran kot. Meh ahkak kongsi!

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"
Moral of story ...

1) Jangan menipu ye anakanak! Xbaik menipu semata-mata untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik. Walaupon pahit mana walaupon buruk mana keJUJURan tu perlu ada dalam diri kita. Susah ke kita ni nak bersikap jujur? Rasenye xsusah kot. Memang kadang kita cuba merahsiakan sesuatu dari pengetahuan orang lain tapi perlu tahu Allah adalah Maha Mengetahui. :)

2) Usah pernah bersifat tamak. Tetibe ko Pak Ali! Nampak Christina  Aguilera terus ilang sifat jujur.Tapi mujur Pak Ali tu de alasan tersendiri :)
Kat sini nak kupas sikit.. sebenarnya sebagai pasangan kite kena terima kekurangan kelebihan pasangan kita. Jangan sebab wajah pasangan xsecantik sekacak artis pujaan ..Malu utk mengaku yang dia adalah teman tidur kita selama ni. Padahal malam wajah xbape nak ada tu lah yang ko cari tuk lelapkan mata.

3) Sedarlah diri memasing kot sebelum rase nak beristeri dua tiga empat tu. Ahkak bukan lah orang yang menolak sekeras-kerasnya poligami ni. Sedangkan Allah S.W.T sendiri menghalalkan poligami. Siapa ahkak utk menolak poligami. Tidak sesekali! Jika dah ditakdirkan,, ahkak terima walau bukan dengan hati terbuka.. Cuma pesan ahkak kepada yang teringin sangat mempoligami isteri-isteri kalian tu... Sedarlah diri! Jika berkemampuan tidak menjadi kesalahan.Dan paling penting perlu berlaku adil! Mampu x kamu berlaku adil kepada sume isteriisteriisteriisteri kamu??? Kalau ade 2,mungkin apa yang no1 dapat no2 pon leh dapat..tapi tu yang berkeMAMPUan jugak.. yang xmampu cenggane? Tapi berhati ingin poligami. Adil perlu ada dlm poligami..ingat tu..!

Sekadar ceritaceriti petang hari... Jangan amik siyes sangat ye kenyataan ahkak. Salah silap minta ditegurin :)

**happy family**

**happy family**