Assalammualaikum ;)
Weyyhhhh penat aii menaip panjang berjela, SAVE sebab nak gi reset modem wifi sekali nak edit balik post ni tengok takat assalammualaikum je yg dia save. Sabor jelah!
Nampaknya cerita yang panjang berjela tadi terpaksa aii pendekkan citenye agar xsakit ati.
Korangkorang tau x ape yang aii rase skang? Rase macam malas je nk cite dah. Tapi kalau xcite kat sini aii yg rase rugi sebab cerita ni boleh jadi kenangan utk aii esokesok hari. Makanya aii ulang balik menaip!
Alhamdulillah harini masuk hari kedua kita semua umat Islam menunaikan ibadah berpuasa. Macam aii de ckp kat entri sebelum ni semalam 10 Julai 2013 adalah harijadi emak aii. Sebelu puasa ritu lagi aii dah de cadang nak ajak semua adik beradik berbuka kat rumah emak abah puasa pertama nnt. Yelah paham paham jelah bile adik beradik ramai yg dah kawen ni kadangkadang susah kita nak ajak berkumpul. So, aii xdelah beria. Lite lite je timetu. Sape nak joint jom. Xdpt joint xpe.
Balik kije incik laki pick up. Sebelum turun dari opis sempat halo abah. Dari pendengaran aii yang aii rase belum pekak lagi aii boleh dengar suara excited abah. Abah suruh aii beli kek utk mak. Tapi aii kena terus balik garagara incik laki tinggal bubur yang dimasak didapur dengan api kecik. Ohoiiiii incik abam shayang.. Bahaya lerrr buat cmtu auuu! Dengan slumber badak je incik laki jawab "api kecik sayang".. Mulamula KAWAN lamalama LAWAN. Lajulaju rempit terus balik xde menyinggah manamana sebab kenangkan KAWAN jadi LAWAN tu. Janji dengan abah settle semua keje kang aii lari gi cari kek.
Sampai rumah nampak kedai dah siap bukak. Dari jauh nampak kelibat emak aii dah siap siap bukak kedai..terus bergegas ke kedai. Ish ish comel tau birthday girl tengah menguli tepung diharijadi.
Pungpang pungpang tolong emak tolong incik laki standby barang niaga sampai aii terlupe alkisah kek. Nahhh! Apalagi balasannya aii terima lah bebelan mahaHEBAT dari abah. Abah siap terbangkan duit kat aii suruh cari kek dengan kadar segera. Tetibe aii teringat kedai kek dekat area taman rumah aii. Dengan kuasa ISTERI MANJA yang ada aii mintak incik laki pergi ke kedai kek tersebut. Baliknya incik laki dan anakbuah dengan muka hampa tau lah aii bahawasanya kedai kek tersebut TUTUP. Lagai sekali aii dialun dgn bebelan dari abah.. *padanmukaaku!
Dalam duk sibuk melayan customer yang makin dekat waktu nak berbuka makin berpusu pusu abah duk bebel bebel suruh kami cepat kemas kedai. Tsk tsk! Abah sat lah bahhhhh :'(
Sampai dtg sorg customer nk bungkus air slumber je abah cakap xde.. Emak dengan rileks amik je order customer tu. Emak dah masak dengan kekalutan abah. Sambil layan customer abah duk ngomel suruh masuk barang niaga dlm kete nak diangkut bawak balik sebab kenang anak cucu yang dah dipanggil. Dtg nak makan ape? Nak minum ape? Abah abah! Sedang duk sibuk melayan customer dalam diam abah dah bawak lari balang air masuk dlm kereta. Comel tau abah ni.. ;)
Emak masih rileks je aii tengok mungkin emak de terguris hati. Biarlah bende tu jadi pengajaran pada aii agar aii reti menjaga katakata supaya xbuat orang sekeliling aii terguris dan tersinggung. Aii syg emakabah aii. Macammana aii syg emakabah aii macam tu lah aii syg ma dan abah mertua aii. Dalam abah duk kabutkabut risau juadah nk berbuka sambil tangan ligat mendail anak anak emak bersuara.
"xyahlah susahsusahkan sapesape.kite pon bukan masak apeape"
Abah tetap berdegil. Tetap genggam enset sambil dail anak anak suruh dtg berbuka dirumah. Yang bekerja disuruh balik berbuka dirumah. Yang dah siap masak disuruh bungkus laukpauk. Yang meniaga disuruh berkemas bawak makanan minuman balik utk dijadikan juadah. Yang dirumah disuruh masak nasik. Ahaaaiiiii kasihnye abah pada emak :')
Sampai dirumah pon abah masih kelamkabut. Dari ruangtamu dia ke dapur.mdari dapur masuk kebilik. Dari bilik pergi ke semula ruangtamu tempat kami berbuka beramai ramai. Diintai juadah di atas meja. Xpuas ati pergi ke dapur menyemburkan bebelan yang juga maha SUPERPOWER suruh aii tingkatkan kelajuan bekerja. Dah nak masuk waktu berbuka ni kata abah. Supercute lah abah ni.
Dalam duk sibuk tu aii dpt tangkap katakata emak yang sedang duduk menanti azan berkumandang.
"Kabutlah atok ko ni"
Tersenyum sendiri aii bile dengar katakata emak. Aii tersenyum sebab aii tau sebab apa abah sangat kabut semalam. Sebab semalam harijadi kekasih tercintanya iaitu emak aii. Sebab semalam semua anakmenantu cucucucu ada depan matanya. Sebab dia nak pastikan juadah berbuka cukup untuk anakmenantu dan cucucucunya. Sebab dia nak emak gembira diharijadinya. Abah aii memang akan kabut time macam tu.
Tapi kan korang dari riak wajah emak aii semalam jelas yang dia sangat happy bile semua anakmenantu cucucucu ade depan mata emak. Hilang wajah penat dan wajah kecewa ketika dikedai tadi.Dari situ aii dapat andaikan xperlu kek diharijadi emak. Xperlu adiah berbalut kemas isi dalam barangan mewah. Xperlu majlis meraikan. Cukup sekadar kehadiran dah boleh buat emak aii happy sangat.
Aii jugak agak kecewa sebenarnye semlm. Dan agak terkilan lalu buat keputusan xyah lah ajak ajak kan? Sebab sape ingat dia dtg. Tap dengan kesungguhan KELAMKABUT abah,abah berjaya buat emak tersenyum girang ketawa. Mekaseh abah :)
Lagi abah KABUT lagi abah CUTE ;)
No comments:
Post a Comment