Assalammualaikum ...
Solat itu tiang agama. Marilah kita semua umat Islam menyegerakan solat bila tiba waktunya..
**peringatan untuk diri sendiri jugak!
sepohon kayu daunnya rimbun.
lebat bunganya serta buahnya.
Walaupon hidup seribu tahun kalau xsembahyang apa gunanya?
Menurut istilah syarak,,solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat - syarat tertentu. Sebelum bersolat,seseorang itu mestilah terlebih dulu menyucikan diri daripada hadas dan najis. Sekiranya solat itu dilakukan di dalam keadaan dirinya kotor,maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan pertalian terus di antara seorang hamba dengan Allah S.W.T. Islam memfardhukan keatas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam ..
- Solat Subuh - 2 rakaat
- Solat Zuhur - 4 rakaat
- Solat Asar - 4 rakaat
- Solat Maghrib - 3 rakaat
- Solat Isyak - 4 rakaat
- Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran keran meninggalkan Rukun Islam.
- Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
- Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajipan solat , terdapat dua pendapat mengenai ini :
- menurut Abu Hanifah : Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini tergolong dalam kalangan orang yang berdosa.
- menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal : Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah S.W.T
- Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik,kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
- Mengucap dua kalimah syahadah.
- Sembahyang lima waktu.
- Berpuasa di bulan Ramadhan.
- Menunaikan haji ke Baitullah bagi yang berkemampuan.
- Menunaikan zakat.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
...maka dirikan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas - atas orang mukmin... (an - Nisa 103)
Solat itu tiang agama,sesiapa yang mengerjakannya,dia akan menegakkan agamanya. Sesiapa yang meninggalkannya,dia akan meruntuhkan agamanya. (Riwayat Baihaqi)
Suruhlah anak - anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka bila berumur 10tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur. (Riwayat Ahmad,Abu Daud dan Al - Hakim)
Syarat - syarat wajib solat
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Niat
- Takbirratul ihram
- Berdiri betul bagi orang yang berkuasa
- Membaca surah Al - fatihah
- Rukuk serta takmaninah
- Iktidal
- Sujud
- Duduk diantara dua sujud
- Duduk tahiyat akhir
- Membaca tahuyat akhir
- Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
- Salam pertama
- Tertib
- Meninggalkan salah satu dari rukun sembahyang.
- Berkata - kata dengan sengaja.
- Bergerak dari tiga kali secara berturut - turut.
- Terkentut dan yang sewaktu dengannya.
- Terdapat najis pada badan atau pakaian.
- Aurat terbuka.
- Mengubah niat solat.
- Membelakangkan kiblat.
- Makan walaupon sedikit.
- Minum.
- Ketawa.
- Murtad.
PERBEZAAN ANTARA LELAKI
DENGAN PEREMPUAN KETIKA SOLAT
|
||
PERBUATAN
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
Ketika takbir
|
Merenggangkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
|
Merapatkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.
|
Ketika sujud
|
Kedua-dua paha hendaklah direnggangkan.
|
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan.
|
Bacaan dalam solat
|
Boleh menyaringkan bacaan
|
Dilarang menyaringkan bacaan
|
Ketika imam terlupa
|
Boleh mengucapkan lafaz tasbih
|
Hanya sekadar menepuk tangan kiri.
|
Aurat
|
Antara atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup.
|
Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.
|
Bersama - samalah kite berusaha meningkat amalan kita agar dapat membantu diakhirat kelak..amin!
Anak sulung saye belajar - belajar solat.. heheSemoga kakak terus solat dan solat.. Boleh doakan umi kelak. |
No comments:
Post a Comment