salam...
harini cikgu nak ajar kamoo yer murid2..
uolss tau x,xsume kehamilan tu kite lalui dgn indah dan bahagia.Bersyukur bg mereka yg merasai nikmat kehamilan dgn selamat hingga bayi lahir.Mslh yg berlaku boleh menjadi terlalu sukar,menakutkan dan menyedihkan si bakal ibu.Antara mslh serius seperti keguguran,kelahiran pra matang,mati dlm kandungan dan mcm2 lg.Per yg aku nk kongsi ni ialah mengenai kelahiran pra matang.
Apa itu kelahiran pra matang??
-kelahiran pra matang ialah kelahiran sebelum masa/lebih dikenali sbg xcukup bulan.
-kelahiran dianggap pra matang bila bayi yg lahir belum mencapai tempoh 37 minggu kehamilan.
Apakah faktor kelahiran pra matang?
-Punca spesifik masih belum pasti tetapi jangkitan seperti Bacteria Vagionis (BV) dan Group B Streptococus (GBS) yg berlaku pd vagina ibu semasa hamil menyebabkan kelahiran pra matang berlaku.
-Jangkitan berlaku pada bila2 masa sepanjang kehamilan.Oleh itu,sentiasa dptkan pemeriksaan dr doktor supaya dpt mengesan awal kehamilan dan memberi antibiotik mengelak kuman sbg langkah mengelak risiko bersalin awal.
Wanita yg berisiko adalah seperti berikut
1.Sejarah kelahiran pra matang terdahulu.Risiko 3x ganda melahirkan bayi pra matang lagi.
2.Hamil kembar.
3.Kelainan pd uterus dan servik (cervical incompetence).
4.Jangkitan pd buah pinggang dan pundi kencing.
5.Jangkitan pd tempat dan air kencing,vagina.
6.Penyakit kronik seperti tekana darah tinggi,kencing manis dan buah pinggang.
7.Mengandung dgn satu fetus selepas rawatan in vitro.
8.Gaya hidup negatif seperti merokok,mengambil alkohol dan dadah.
9.Tekanan paras paling tinggi.
10.Sosio ekonomi rendah.
Simptom kelahiran pra matang
1.Berlaku kontraksi setiap 10 minit/lebih kerap dlm masa satu jam(lima/lebih kontraksi dlm masa sejam)
2.Lelehan air dr vagina (ini mungkin menunjukkan ketuban anda telah pecah)
3.Rasa kejang di bahagian bawah perut yg dtg sekejap2.
4.Rasa sakit di bahagian bawah garis pinggang yg dtg sekejap2.
5.Tekanan pd tulang pelvik di mana terasa seperti kepala bayi menekan ke bawah.
6.Kekejangan di bahagian abdomen yg terjd dgn/tanpa cirit-birit.
7.Peningkatan/perubahan keputihan vagina.
Bagaimana rasanya kontraksi?
-Sebaik oto pd uterus mengecut,anda akan rasa bahagian perut menjadi keras.
-Sepanjang kehamilan,lapisan uterus akan mengetat dgn xteratur tanpa menyakitkan.Ini dikenali kontraksi Braxton-Hicks dan ianya xkerap dan juga xmembuka serviks.
-Jika kontraksi menjadi kerap dan teratur(10-12minit sekurang2nya 1jam) ia mungkin kontraksi kelahiran pra matang.
Bagaimana memeriksa kontraksi sendiri?
-Semasa berbaring,guna jari utkmerasai uterus yg ketat dan lembut.Ini dikenali sbg palpation.
Ketika kontraksi,abdomen anda akan merasai keras di seluruh kwsn dan bkn hanya kwsn tertentu sahaja.
Apa patut dilakukan?
1.Kosongkan pundi kencing.
2.Berbaring mengiring pd sebelah kiri,ia mungkin boelh memperlahankan tanda dan simptom.
3.Elak baring telentang kerana ia mungkin menyebabkan kontraksi meningkat.
4.Minum byk air kerana penyahhidratan menyebabkan kontraksi.
5.Awasi kontraksi dlm masa 1jam dgn mengira setiap minit yg berlalu dr mula kontraksi hingga mula seterusnya.
p/s : Untuk pengetahuan uolss,Najwa adalah bayi pra matang.tp masa dia lahir berat dia ngam2 2.0kg..so dia xperlu dimasukkn kedlm inkubator.Alhamdulillah.....adakah aku berisiko melahirkan bayi pra matang lagi kelak??mintak dijauhkan.......doakan aku erk uolss???
No comments:
Post a Comment