Ummi & Abi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Najwa Nur Qistina

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Najla Nur Hidayah

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiden Azizulhaziq

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Airel Azizulhafiz

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Najya Nur Zahira

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, April 7, 2017

Happy birthday encik Suami

Assalammualaikum ;)

Alhamdulillah. Msih diberi kesempatan meraikan hari ulangtahun kekasih halalku. Dari zaman bercinta bertunang berkahwin & beranak pinak sehingga diberi izin terus hidup saya tetap ingin terus meraikan dia.

Seronok dapat membahagiakan insan tersyg. Wlu sekadar dgn ucapan.

Cadang asalnye thn ni saya nk buat mcm tahun lepas. Hantar makanan terus di tempat keje memandangkan beday boy kena kerja di hari kejadian. Tp lain sket la caranya tahun ni. Pikir2 nk order je. Tahun lepas xde baby so saya sempat2kan jugak memasak sendiri. Tp Allah S.W.T adalah penentu segala - galanya.

Kad diy yg cousin sy cadang pon mse ari kejadian jam 5.30am baru sempat saya siapkan. Selit dlm bag sebelum beday boy pergi keje. Mujur ade cousin yg sgt membantu. Sanggup bersusah payah nk tlg msk.

Kita nak suprise kan beday boy. Kita pulak di suprise nye. Ikut kata beday boy. Ari kejadian xde rehat panjang. Kena keje trus smpi pukul 12malam. Deal la dgn cousin tu klu gtu gaya kena la suprise time beday boy balik dari keje. Ikut cdgn asal cousin anak beranak sanggup tido dirumah kami semata - mata nk suprisekan beday boy. Tapi kita hanya merancang.

Kita pulak di suprise kan. Nahh berkejaran la saya tanpa Plan B 😥😥

Tengah busy siapkan bahan di dapur
Tiba - tiba rase de lembaga memerhati dari arah belakang.
Tudiaaaaa! Muncul pulak laki saya pukul 5pm kat umah. Lahai lahaiiii kenapa balik sekarang?

"Sayang msk ape?"

"Er... xmsk ape. Mak mntk mskkan meggi nk buka puasa"

Kebetulan pula..

"Bie pon lapar. Kuarkan kepala ikan dlm peti. Nnt bie msk kari"

Dgn laju saya capai phone. Bukan kepala ikan..haha

Trus whatsapp cousin tu nk habaq yg beday boy dh smpi mntk nk mkn nasi. Langsung nebes cmpur penat cmpur cemana la aku nk msk sengsog neh!! 😂😂

Punya la mcm2 helah saya buat nk suruh beday boy jgn ade didapur saat sy sdg berkejaran tu. Mntk beday boy mandikan babyAirel la. Mintak buaikan la. Mintak susukan la. Haha
Smpai ketat muka beday boy.

Siap msk. Helah lg. Saya katakan saya nk mandi bersihkan badan dulu la. 🙊
Dah siap mandi cousin si partner suprise xsmpi lg. Si beday boy dah siap duduk kt meja mkn nk makan nasi. Lapar sgt mungkin. Mana tak nye. Dari jam 5pm smpi uma td mntk nasi. Smpi dh abes azan maghrib msih juga saya cari helah sementara menunggu cousin dtg bawak 'plastik putih'. Kesian kekasih halalku. Maafkan syg bie.
Saya mintak encik Suami keluar beli ais & amik nenek ajak makan nasi sama. Makin ketat muka si beday boy. Maafkan syg 😅

Elok smpi beday boy bwk nenek. Cousin saya pon sampai trus bergegas bentang plastik putih.

Ber'shell out' la kami meraikan si beday boy yg dh kelaparan nasi.
Syukur jd resepi shell out yg saya dpt dr FB. hihi

Nahhhh untuk sapa2 yg rse nk ber'shell out' kat rumah je. Jimat banyak taw! Boleh mkn sepuas hati 👍👍

RESEPI SHELL OUT

Bahan-bahan (Apa shj yg korang ada)

1kg lala
3 ekor ketam (potong 2)
10 ekor udang saiz besar
5 ekor sotong (potong sederhana)
1kg siput sedut
1kg kerang
___________________

Bahan-Bahan rempah Shell Out
(klu kurang salah satu bahan pun tak pe)

*Daun limau purut
*10 tangkai cili kering (potong, buang biji & rendam air panas)
*bawang besar 2 biji (1 biji kisar, 1 biji lagi hiris utk tumis)
*10 ulas bawang putih (8 kisar, 2 ulas cincang utk tumis)
*1 inci halia (kisar)
*1sk udang kering (kisar)
*1 inci belacan (kisar)
*1sb rempah kari
*1/2 kiub pati ayam
*1 batang daun kari
*sedikit serbuk lada hitam
*1sb sos tiram
*1sk sos ikan
*2sb mentega
*2sb minyak masak
*lemon (saya tak letak)
*garam dan gula secukup rasa
*daun kari
___________________

Cara-cara

Nak senang,blh siapkan bahan-bahan rempah dulu dengan mengisar semua bahan kisar. Selepas tu panaskan mentega dan minyak masak dalam kuali.Tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari. Selepas layu sedikit dan berbau harum, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan rempah kari. Kacau lagi. Masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub ayam. Kemudian masukkan garam dan gula. Selepas tutup api. Bahagi tiga kuah yang dah siap tu. Sebabnya nak menggoreng ketam, udang dan sotong secara berasingan. Lepas tu goreng jelah sampai setiap bahan tu masak. Lain2 tu saya goreng kunyit je. tapi suka hati korang la nak buat macam man. nak masak kicap boleh, nak rebus pun boleh, sbb yang dimasak tumis tadi dah sedap!

**happy family**

**happy family**